AL-JAZEERAH TALI BARUT ISRAEL? (VIDEO)

Oleh Dr Rahmany Gazelle

17 Mei 2021

Kenyataan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam sidang parlimen Israel tentang Al-Jazeera, sebagaimana yang telah diterjemahkan ke bahasa Indonesia, dan diterbitkan dalam YouTube pada 31 Okt 2019 tidaklah mengejutkan.

Antara lain Netanyahu mendedahkan bahawa:

“Melalui intelijen (perisik-perisik) kita seperti yang diserapkan dalam Talk Show, Zuwaiba dan Al-Jazeera (media) semuanya berada di Turki dan Qatar menyebarkan fitnah terhadap Mesir dan kita hanya memerhatikan sahaja mereka membunuh pemimpin Libya dan menghancurkan kekuatannya dan kita hanya perlu memerhatikan sahaja (tindakan tali barut kita itu).”

Kenyataan dan pendedahan tentang peranan Al-Jazeera oleh Netanyahu tidak boleh dipandang enteng, kerana dia mempunyai ‘locus standi’ sebagai Perdana Menteri Israel.

Sekiranya gerakan halus dan agenda politik tersembunyi Israel berjaya memusnahkan keharmonian dan kestabilan Bahrain, Libya, Mesir, Lubnan dan Yaman, adakah Malaysia masih mahu berkompromi dengan media asing yang sedemikian?

Gelagat Al-Jazeera bukan sahaja tertonjol pada dokumentari Rayhan Kabir yang memfitnah bahawa ‘Malaysia melayan warga asing seperti binatang’ tetapi Malaysia juga digambarkan sebagai gagal menangani pandemik Covid-19 sedangkan pada ketika itu Malaysia berada pada kedudukan lebih baik daripada India, Bangladesh, Myanmar, Indonesia dan banyak lagi.

Malaysia adalah negara multietnik, justeru kestabilan dalam konteks integrasi nasional, politik dan ekonomi amat sensitif yang harus dijaga dan tidak boleh dikompromi sekiranya ia disimbah dengan gejala fitnah, pembohongan dan salah fakta.

Beberapa hari lalu, tersebar berita Israel mengebom bangunan yang menempatkan pejabat Al-Jazeera dan AP (Associated Press) di Tebing Gaza sehingga seluruh bangunan runtuh akibat serangan jet Israel.

Timbul juga persoalan, bagaimanakah bangunan setinggi 11 tingkat itu boleh runtuh sebegitu sahaja dengan tembakan jet?

Anehnya bangunan bersebelahan tidakpun runtuh bersama atau terjejas.

Ia mengingatkan kita dengan tragedi runtuhnya WTC New York, sedangkan pada hari kejadian 2000 pekerja Yahudi di bangunan tersebut tidak datang bekerja.

Daripada video yang tular, runtuhan bangunan itu secara lojiknya adalah akibat bom yang ditanam pada bahagian bumi bangunan tersebut.

Bagaimanakah bom sedemikian boleh ditanam dan kemudian diletupkan, jika ia tidak dengan kerjasama pihak yang menduduki bangunan itu?

Anehnya lagi, pihak Israel telah memberi amaran kepada pemberita Al-Jazeera supaya meninggalkan bangunan itu sejam sebelum ia runtuh.

Lantas, tiada siapa yang terkorban. Adakah pengeboman bangunan media itu sebagai satu ‘colateral damage’ peperangan Israel-Palestin atau ia sekadar satu sandiwara Israel-Al-Jazeera?

****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: