Oleh Dr Rahmany Gazelle
15 Mei 2021
Pembaca yang dihormati sekalian, daripada video ucapan PM Israel Benjamin Netanyahu di Parlimen Israel itu, mudah-mudahan terbuka minda kita untuk memahami siapakah yang berada di belakang gejala politik ‘ARAB SPRING’, kaldai-kaldai ISIS, kehadiran Iran di Iraq, Syria, Lebanon dan militia Houthi di Yaman.
Kita tidak mahu mempercayainya, tetapi itulah yang diperakui oleh PM Israel sendiri di hadapan Ahli-ahli Parlimen Israel yang pastinya cuba dirahsiakan kepada masyarakat global terutamanya masyarakat Islam.
Terkini, adakah Iran lagi sekali bersandiwara membantu Palestin untuk memerangi Israel, sedangkan merekalah kaldai Israel dalam pergolakan di Timur Tengah, merekalah yang bermaharajalela di Iraq dan juga di Syria membunuh lelaki Islam daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah dan memperkosa wanita-wanita Muslim yang bukan daripada pengikut sesat Syiah?
Malah di negara kita, kaldai Yahudi seperti, International Republican Institute (IRI), National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Foundation (OSF) telah berani ke hadapan dan mendabik dada bahawa agenda mereka membantu pembangkang menjatuhkan BN pada PRU-14, telah berjaya.
Antara lain, perkara yang mengejutkan negara adalah pengakuan Netanyahu bahawa media asing Al-Jazeera adalah antara tali barut Israel dalam hal propaganda untuk membangkitkan kebencian rakyat terhadap pemimpin negara Islam yang tidak bersekongkol dengan Israel.
Dampaknya terlihat semasa kemelut ‘Arab Spring’ yang telah menyebabkan banyak negara Islam runtuh seperti Libya, Syria, Mesir, Yaman dan Bahrain, kononnya atas nama demokrasi dan kebangkitan rakyat.

Berikut adalah intipati ucapan PM Israel Benjamin Netanyahu di Parlimen Israel yang diterbitkan di YouTube pada 19 Jan 2020.
Saudara-saudara anggota parlimen Israel sekalian.
Sebagaimana yang kalian tahu, Israel bekerjasama dengan intelijen Perancis, kita juga telah menempatkan Khumaini di Iran dan kita jual senjata-senjata canggih (kepada Iran) demi melindungi Syiah daripada Saddam Hussien.
Kemudian kita perhatikan bagaimana Syiah membantu membunuh Saddam Hussien, kemudian Syiah membunuh Presiden Lebanon dan mereka juga telah membunuh rakyat Syria, dan kita hanya perlu memerhatikan sahaja.
Adapun Ikhwanul Muslimin di Mesir dan pengikut mereka Qatar telah berhasil dalam tindakan mereka menghancurkan regim dan tentera negara-negara Arab, dan kita juga hanya perlu memerhatikan sahaja.
Benar mereka gagal di Mesir, akan tetapi kita mengepung aliran air Mesir melalui sekutu kita di Etopia dan kita berusaha mempengaruhi rakyat Mesir melalui provokasi untuk menghancurkan militernya dan regim yang berkuasa dengan perantara Ikhwanul muslimin di Turki dan Qatar.
Melalui perisik-perisik kita seperti yang diserapkan dalam Talk Show, Zuwaiba dan Al-Jazeera (media) semuanya berada di Turki dan Qatar menyebarkan fitnah terhadap Mesir dan kita hanya memerhatikan sahaja mereka membunuh pemimpin Libya dan menghancurkan kekuatannya dan kita hanya perlu memerhatikan sahaja (tindakan tali barut kita itu).
Adapun perang antara Syiah dan Israel hanyalah sekadar sandiwara, malahan kurban di kedua-dua belah pihak sangat kecil, dan kita juga membantu Iran menyuburkan Syiah di Lebanon.

Lantas kita telah berjaya pecahkan Lebanon menjadi dua kelompok yang berlawanan.
Peluru-peluru berpandu Syiah yang dihalakan ke negara kita Israel sangatlah kecil, tetapi apa yang mereka halakan ke Mekah adalah peluru-peluru berpandu yang canggih dan hebat (Scud) dan kita hanya perlu memerhatikan sahaja.
Justeru, kita serahkan kepada mereka di Lebanon Selatan untuk mereka hancurkan semuanya.
Sebagai contoh yang mudah, mereka (Syiah) membunuh dan melemahkan rakyat Syria untuk membuktikan bahawa mereka adalah jongos (kaldai-orang upahan) kita.
Sekarang terdapat gerila Syiah di Lebanon Selatan setelah mereka membantu umat Islam di Iraq (sebenarnya memusnahkan Ahli Sunnah Wal Jammah dan menghidupkan Syiah) dan telah menghancurkan kota-kota seperti Moushi dan Falajah dan gerakan mereka (di Lebanon) itu masih aktif sampai sekarang dan kita hanya perlu memerhatikan sahaja.
Sampai saat ini mereka menculik rakyat Lebanon yang menentang dan membunuh, melumpuhkan kekuatan mereka serta menyembunyikan mereka di tempat-tempat rahsia.
Kehadiran gerila Syiah di Iraq hanyalah sekadar sandiwara sahaja (kononnya membantu umat Islam).
Sebagaimana kalian tahu, dalam waktu yang terdekat akan diadakan PRU di Iraq, sedangkan rakyat Iraq sudah muak terhadap militia (tentera yang diwujudkan daripada kalangan orang awam) yang bersenjata.
Rakyat Iraq mahukan industri, pertanian dan pembangunan.
Dengan demikian, tali barut kita telah berusaha untuk membubarkan militia (kaldai Syiah) tersebut demi kemajuan Iraq, kemajuan ekonomi dan kekuatan generasi muda Iraq.
Maka kami biarkan mereka (militia kaldai Syiah) berpindah ke Selatan Lebanon untuk membebaskan Al-Quds.
Tali barut kita dan militia Iraq mengambil gambar selfi di Lebanon sebagai pejuang dan rakyat Iraq kagum (hakikatnya tertipu).
Selanjutnya tidak terjadi pembubaran militia di Iraq dan pimpinan (boneka) sukses dalam PRU.
Maka pembunuhan umat Islam serta ancaman terhadap Jordan dan negara-negara Teluk tetap berlangsung.
Kehadiran mereka di Syria adalah dengan alasan untuk memerangi ISIS.
Kalian pasti masih ingat pemberontak ISIS yang diangkut dengan bas dan kenderaan Syiah dari perbatasan Lebanon sampai ke Timur Iraq.
Memanglah benar bahawa pemimpin Syiah adalah ISIS dan pengikutnya adalah kaldai (dan sukarelawan dari negara Islam).
Masih ingatkah sekatan Syiah terhadap perkampungan Palestin, di Kem Yamuk, lantas terjadi kelaparan dan matinya ribuan warga Palestin?
Syiah memberikan alasan bahawa pembunuhan itu adalah perbuatan ISIS dalam kem-kem tersebut.
Kemudian pasukan ISIS terus menghilang kerana ISIS adalah mereka sendiri (Syiah), kemudian dengan bas-bas kenderaan milik (Syiah), mereka menuju ke Timur Iraq.
Tugas mereka sebenarnya adalah menyerang, membunuh, mengebom dan menghancurkan Iraq.
Jadi Syiah membunuh warga Palestin dan sekali gus Syiah bertindak sebagai tali barut kita.
Mereka (Syiah) datang bukan dengan tujuan untuk membebaskan Palestin ataupun Al-Quds kerana mereka pengecut dan tidak berani bertindak secara bersemuka.
Tidakkah kalian melihat mereka hanya mahir membunuh penduduk yang lemah dan tidak berdaya, dan mereka bersekutu dengan 72 negara untuk menghancurkan kota-kota Iraq.
Maka para pemimpin tersebut (Syiah) telah memperoleh $680 bilion pada saat harga minyak melonjak dan menyerahkannya kepada Iran.
Jangan mendesak saya untuk menentang Houthi, matilah Amerika, matilah Israel, matilah Yaman.
Sebagai penutup, Syiah dan Yahudi adalah satu kesatuan yang erat.
******
Tinggalkan Jawapan