MUHYIDDIN JANJI PARLIMEN AKAN DIBUBARKAN SETELAH COVID-19 REDA

Oleh Dr Rahmany Gazelle

15 Mei 2021

Dimuat turun daripada YouTube

Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin, telah berjanji pada April lalu, bahawa beliau akan segera mengadap DYMM SPBYDP Agong sebaik-baik Covid-19 reda, untuk mendapatkan pekenan baginda supaya parlimen dibubarkan dan PRU-15 dapat diadakan.

Janji TS Muhyiddin dalam Perutusan Khas Proklamasi Darurat itu diharapkan dipegang teguh sebagai komitmen untuk kestabilan politik, yang kini memberi dampak yang buruk kepada para pelabur asing, penggiat industri dan ekonomi negara.

Beliau juga sedar tentang hakikat kritikan politik serta keluhan rakyat terhadap kerajaan PN pimpinan beliau yang tidak dapat lari daripada asakan pandemik Covid-19 serta krisis ekonomi negara.

Pengalaman negara semasa PRN Sabah yang diadakan ketika pandemik Covid-19 sedang menular seharusnya menjadi pengajaran kepada sikap pemimpin politik yang gopoh dan tamak kuasa tanpa memikirkan keselamatan rakyat.

Penularan pandemik Covid-19 di Selangor misalnya adalah disebabkan oleh kluster politik yang kembali daripada Sabah setelah berkempen di sana.

Adakah pemimpin politik yang dikatakan memperjuangkan kebajikan, keharmonian dan keselamatan rakyat, lebih suka melihat pertukaran kerajaan dan sekaligus membunuh rakyat jelata akibat serangan Covid-19?

TS Muhyiddin sedar tentang situasi yang meletakkan kerajaan pada dua persimpangan, melayani desakan politik atau menyelamatkan nyawa rakyat.

Beliau sedar tentang tuntutan demokrasi serta prinsip Raja Berpelembagaan, tetapi pembubaran parlimen dan PRU-15 tidak boleh diadakan tergesa-gesa dalam situasi yang amat bahaya.

Lihatlah bagaimana jutaan rakyat awam yang mati di India, sehingga ada yang tidak mampu untuk menampung kos kremasi lantas dicampak begitu sahaja ke Sungai Gangga.

Dalam keadaan darurat begini, pastinya ketekalan pelaksanaan dan sistem komunikasi pencegahan Covid-19 akan terganggu. Meskipun ia menunjukkan kelemahan urus tadbir kerajaan PN, namun keprihatinan terhadap keselamatan rakyat tetap diutamakan.

Apa gunanya bergembira gelak ketawa dengan hidangan yang amat menyelerakan di Hari Raya, sekiranya selepas itu akan ada anak-cucu, ibu-bapa, adik-kakak yang tercungap-cungap melawan Covid-19 dalam situasi hospital kekurangan katil, dan barisan hadapan kelesuan sehingga hospital menjadi pusat utama penyebaran Covid-19 daripada varian ketiga atau ‘triple mutation‘?

Sekiranya pula ada ahli politik pembangkang yang tidak berpuas hati dengan kerajaan dan pemimpin PN, janganlah hilang kesabaran sehingga mendedahkan nyawa rakyat kepada pandemik Covid-19 varian ketiga ini.

Sabar dan tunggulah selepas PRU-15 nanti untuk betindak jika kamu fikir kamu benar.

*******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: