RAKYAT RINDU ERA KESTABILAN POLITIK DAN EKONOMI UMNO-BN

Oleh Dr Rahmany Gazelle

13 Mei 2021

Tiga hari lalu, UMNO menyambut Jubli Intan 75 tahun kelahirannya iaitu pada 10 Mei 1946.

Pada 10 Mei 2021, genaplah usia UMNO 75 tahun, dan masih tekal dengan perjuangannya membela bangsa dan keutuhan negara.

Walaupun UMNO ditegakkan oleh bangsa Melayu-Bumiputera namun melalui parti komponennya yang bermula dengan gabungan dalam Perikatan yang diasaskan oleh YAM Tunku Abdul Rahman Putra pada 1946 dan kemudiannya Barisan Nasional oleh Tun Abdul Razak Hussein, pada 1973, UMNO tidak mengabaikan hak pelbagai kaum di Malaysia yang merentasi generasi dari era pramerdeka sehingga kepada era pascaglobalisasi.

Dipetik daripada Google

Perlembagaan baru UMNO telah meluluskan pindaan-pindaan tertentu yang meletakkan perjuangan bangsa dan tanah air dengan lebih utuh sebagai legasi perjuangan UMNO pada tahun-tahun yang mendatang.

Rakyat Malaysia sama ada Melayu-Bumiputera atau bukan-Melayu-Bumiputera, tanpa mengira batas agama dan warna kulit, menerima jasa UMNO begitu banyak sekali semasa pemerintahan Barisan Nasional selama 48 tahun dan 27 tahun di bawah Perikatan.

Dipetik daripada Google

Pelbagai fasa kejayaan telah UMNO tempuhi, iaitu fasa kemenangan, kegemilangan dan fasa kejatuhan yang didesak oleh pembohongan, penipuan dan janji palsu pihak lawan khususnya PH dan pemimpinnya yang tamak haloba.

Dipetik daripada Google

Walau apapun tuduhan yang dilemparkan terhadap UMNO, melalui Perikatan dan BN, UMNO telah membawa kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan kepada semua rakyat meskipun ia tertegak atas panji Melayu-Bumiputera-Islam sepanjang kewujudan dalam kerajaan.

Dipetik daripada Google

UMNO telah menjadi aspirasi dan inspirasi rakyat dalam membawa kemakmuran ekonomi, keharmonian multietnik, kesejahteraan dan keselamatan rakyat.

UMNO amat jelas mendukung matlamat serta hala tujunya yang menjunjung demokrasi dan Raja berperlembagaan .

Dipetik daripada Google

UMNO telah menjadi kerajaan bersama-sama parti komponennya dalam Barisan Nasional hasil keringat perjuangan tulen tokoh kemerdekaan dan pascakemerdekaan sehingga kepada tertubuhnya Malaysia yang meliputi Tanah Semenanjung dan Sabah-Sarawak.

UMNO menjadi juara kepada kestabilan politik dan ekonomi rakyat melalui DEB tanpa mengabaikan hak ekonomi ‘laissez faire’ golongan penggiat industri serta peniaga, apatah lagi golongan miskin.

Dipetik daripada Google

UMNO juga telah berdepan dengan pemberontakan gerila komunis, penjajah Inggeris, perbalahan kaum 13 Mei, pemberontakan Al-Maunah, operasi Lalang, tragedi Memali, serangan luar di Lahad Datu, usaha menegakkan ICERD, ratifikasi Statut Rom, usaha-usaha halus neo-komunisme, kemunculan pengganas LTTE, dan pelbagai lagi ancaman terhadap keharmonian negara serta kestabilan ekonomi negara dan keselamatan rakyat.

Dipetik daripada Google

Namun UMNO berjaya mengatasi semua gejala dan kemelut ini, meskipun pelbagai tuduhan dan persepsi genjot golongan yang cuba meracuni pemikiran rakyat terhadap keikhlasan dan perjuangan UMNO serta rakan komponennya dalam BN.

Tiada siapa dapat menafikan bahawa pembangunan negara hari ini adalah atas perjuangan dan usaha UMNO dan rakan-rakan komponennya.

Tidak ada gunanya bagi pihak anti-UMNO mendabik dada mendakwa bahawa mercu tanda pembangunan Malaysia hari ini adalah hasil perjuangan mereka sama ada daripada PH mahupun PN.

Meskipun sebagai negara demokratik, parlimen Malaysia yang didominasi oleh BN memerlukan tindakan ‘semak dan imbang’ kuasa UMNO-BN serta pembangkang, namun pihak anti-UMNO tidak boleh hipokrit untuk menolak hakikat pembangunan negara, kestabilan politik, serta pencapaian ekonomi yang cemerlang adalah usaha keringat UMNO-BN.

Dipetik daripada Google

Malah rakyat lebih melihat banyak kerosakan kepada negara baik semasa PH berkuasa yang didominasi oleh DAP, mahupun situasi politik terkini yang dikendalikan oleh Perikatan Nasional di bawah parti Bersatu yang diurus tadbir oleh TS Muhyiddin Yassin.

Dipetik daripada Google

Apa jua kritikan pedas dan realiti kegenjotan kerajaan Pakatan Harapan dan terkini kerajaan Perikatan Nasional, rakyat sebenarnya merindui suasana harmoni, kestabilan ekonomi, dan kemakmuran pemerintahan UMNO-BN.

Malangnya sebelum kejatuhan UMNO-BN pada PRU-14, 2018, ia telah dibeloti oleh pemimpin yang tamak-haloba yang menganggap dirinya sebagai manusia ‘super’ sehingga tidak boleh melihat bakat kepimpinan dan kejayaan pemimpin pelapis.

Kemelut pemimpin hipokrit ini telah diasak pula dengan pembohongan, janji palsu PH, sehingga manifesto mereka dijadikan alasan sebagai bukan kitab suci. Lantas adakah manifesto PH merupakan kertas tisu tandas?

Dipetik daripada Google

Pemimpin hipokrit PH telah meracuni pemikiran rakyat dengan dakyah dan racun sejak zaman kegemilangan ‘Bapa Kemerdekaan’ negara, sehinggalah kepada ‘membunuh karektor’ Hussein Onn, Abdullah Badawi, dan Najib Tun Razak, malah mengindoktrinasi pemikiran rakyat supaya melihat Muhyiddin Yassin sebagai pengkhianat.

This image has an empty alt attribute; its file name is a-rinduumno-11.jpg
Dipetik daripada Google

Rakyat harus berwaspada dengan pemimpin yang tamak kuasa sedemikian, kerana pada hari ini walaupun dia sudah berusia 95 tahun, dia masih mahu berada di atas takhta Putrajaya, sedangkan pada falsafah pemikirannya, dia sudah ketinggalan jauh ke belakang kerana rakyat hari ini memiliki kuasa bersuara untuk membongkar kemungkarannya melalui kronisme, nepotisme, dan dasar penswastaannya yang telah sekian lama meracuni periuk nasi rakyat.

Hari ini rakyat menjerit-jerit mengkritik urus tadbir TS Muhyiddin Yassin daripada PN, dan rakyat juga telah letih dan benci pada pemerintahan Pakatan Harapan selama 22 bulan yang penuh penipuan, pembohongan dan janji palsu.

Cukuplah dengan penderitaan yang rakyat hadapi baik pada era PH mahupun PN.

Apa yang rakyat rindui hari ini ialah keselamatan, keharmonian, kesejahteraan dan kestabilan ekonomi yang mereka rasai suatu ketika dahulu yang kini telah hilang.

Namun kami percaya bahawa segala yang hilang itu boleh diperoleh kembali kerana UMNO masih hidup, UMNO masih kuat dan teguh, meskipun petualang dan manusia hipokrit masih bernafas dalam kandang nafsunya yang tidak padam-padam.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: