HAMZAH TAKUT PADA SYED SADDIQ

Oleh Dr Rahmany Gazelle

11 Mei 2021

Sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas ROS (Pendaftar Pertubuhan), DS Hamzah Zainuddin ditohmah sebagai ‘penakut’ apabila dilihat seperti menghalang atau menangguh-nangguh pendaftaran Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).

Demikianlah tohmahan yang dilontarkan oleh pengasas parti MUDA, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta ahli politik yang lain terhadap Hamzah sehingga isu tersebut diheret ke mahkamah.

Malahan dalam isu berkenaan Syed Saddiq dikatakan diugut oleh Hamzah supaya menyokong kerajaan PN, sekiranya mahu MUDA diluluskan oleh ROS.

Apalah yang ditakutkan sangat oleh Hamzah terhadap parti MUDA itu?

Adakah oleh kerana pindaan Perlembagaan Persekutuan tentang had umur pengundi yang diturunkan kepada 18 tahun, maka kelahiran MUDA yang dipimpin oleh ahli politik yang juga masih muda, maka ia menjadi satu tekanan terhadap Hamzah?

Khalayak media dan rakyat tidak hairan sekiranya Hamzah takut dengan pendaftaran parti Pejuang yang diasaskan oleh Tun Mahathir, sehingga terdapat usaha menghantar ‘broker’ untuk memujuk Mahathir melompat menyertai Bersatu sebagaimana didakwa oleh Mahathir sendiri.

Namun sikap bacul Hamzah terhadap Syed Saddiq adalah sesuatu yang tidak dapat diterima, sehingga Syed Saddiq mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan PN lebih teruk daripada BN.

Dalam soal kerajaan PN ‘lebih teruk’ daripada BN bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana kerajaan BN sememangnya lebih baik daripada PN dan juga kerajaan PH yang digelar rakyat sebagai ‘Pakatan Hancing’.

Syed Saddiq mungkin tidak mahu membandingkan kerajaan BN dengan PH kerana dia tahu bahawa kerajaan PH adalah kerajaan yang serba lengkap kerana terdapat perogol, pengganas LTTE, pejuang komunisme, pembohong yang menjaja janji palsu, samseng yang banyak bergaduh ketika pemilihan, pejuang Republik, anti Raja-Raja Melayu, pejuang ICERD dan ratifikasi Statut Rom serta macam-macam lagi realiti kegenjotan PH.

Walau bagaimanapun sikap Hamzah dan ‘broker’ yang takut dengan pendaftaran parti Pejuang yang turut membawa kes penangguhan pendaftarannya ke mahkamah, dilihat selari dengan kritikan pedas mantan KPN Hamid Bador tentang gejala katak politik.

Kami melihat sikap Hamzah memperkukuhkan lagi senario ambang keruntuhan parti Bersatu yang kini Bahagiannya dibubar satu persatu.

Malahan Bahagian Pagoh, tempat TS Muhyiddin bertapak juga goyah apabila ribuan ahli Bersatu di situ dan seluruh negara keluar meninggalkan parti itu untuk bersama dengan Pejuang.

Bertambah malang bagi Bersatu, UMNO tidak akan berkompromi untuk melepaskan setiap kerusi parlimennya yang menjadi kerusi tradisi UMNO.

Justeru, Bersatu terpaksa berdepan dengan UMNO pada setiap kerusi Parlimen dan DUN pada PRU-15 nanti, sedangkan pengundi tidak mahu ditipu lagi oleh janji kosong konco-konco PH termasuk Bersatu yang dipimpin Muhyiddin@Mahaidin Yassin.

Tiada lagi modus operandi atau taktik politik terbaik buat Bersatu dan Setiausaha Agungnya kecuali menawarkan ganjaran-ganjaran enak untuk katak-katak politik menyertai Bersatu.

Sebagaimana dakwaan Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR, katak-katak politik itu dibentangkan dengan dua alternatif iaitu ‘carrot and stick’ atau dalam ertikata yang lain, ‘habuan politik atau hukuman politik’.

Inilah juga isu yang terbongkar daripada pendedahan mantan KPN TS Hamid Bador.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: