HAMID BADOR GAGAL KENAL PASTI WATAK VIDEO SEMBURIT – KADIR JASIN

Oleh Dr Mamat Desa

11 Mei 2021

Jika sebelum ini heboh bahawa DS Azmin Ali adalah tokoh kesayangan Tun Mahathir, dan TS Hamid Bador adalah KPN yang dilantik oleh Tun Mahathir ketika PH berkuasa, maka pelbagai spekulasi terbangkit apabila kes video semburit Haziq Aziz diketepikan oleh PDRM.

Dipetik daripada BadutRakyat

TS Hamid Bador memperakui bahawa video itu adalah tulen tetapi pasangan Haziq dalam aksi sensasi seks sejenis itu mengaku bahawa watak dalam video tulen itu adalah dirinya dan DS Azmin Ali.

Bagi Hamid, tiada pengesahan atau tidak dapat disahkan siapakah pelaku-pelaku dalam video berkenaan, cuma anehnya Haziq mengaku bahawa dia adalah watak dalam video itu dan pasangannya adalah Azmin Ali.

Soal pengesahan video itu sebagai tulen diperkukuhkan lagi dengan pengesahan Verden Forensiks UK atas usaha bekas AMT UMNO, Datok Lokman Noor Adam.

Inilah antara lain persoalan yang dibangkitkan oleh Datuk Kadir Jasin yang melihat bahawa TS Hamid Bador adalah seorang mantan KPN yang hebat, namun KPN baharu, DS Acryl Sani Abdullah Sani akan diangkat sebagai KPN yang lebih hebat sekiranya beliau berjaya mengenal pasti individu dalam video di Sandakan.” 

Bagi Kadir Jasin, Hamid walaupun dikatakan hebat, tetapi telah gagal mengenal pasti pelaku-pelaku dalam video itu kerana video tersebut dikatakan kabur.

Ramai penganalisis membangkit isu video CCTV di KLIA yang merakam pembunuhan tokoh politik Korea Utara, Kim Jong-Nam, abang kepada pemimpin utama negara itu, Kim Jong-Un, tetapi tidak pula dihentikan siasatan kes meskipun video itu kabur.

Semua pelaku dalam video pembunuhan Kim Jong-Nam itu telah diheret ke mahkamah.

Bagi video semburit Haziq dan pasangan sejenisnya itu, boleh dikatakan setiap penonton mengenali siapakah pasangannya itu, namun disahkan sebagai kabur dan tidak boleh dijadikan bahan bukti sekiranya dibawa ke mahkamah.

Anehnya adik kandung Azmin Ali, Azwan Ali telah mencabar abangnya supaya membuat perakuan bersumpah bahawa pelaku video itu bukan dirinya.

Dipetik daripada PerakToday

Bagi Kadir Jasin, Malaysia memerlukan seorang KPN yang lebih hebat berbanding Hamid Bador.

Kata Kadir, “Sekiranya Acryl Sani boleh cam (kenal pasti) pelakon yang Hamid Bador tidak cam, memanglah dia hebat.”

Dengan konotasi yang mudah difahami, Kadir Jasin berkata lagi, “Lagipun dia kena buktikan secara sahih yang dia bukan ‘budak’ sesiapa,” sebagaimana dipetik Malaysia Dateline daripada FB Kadir Jasin.

Hamid Bador mendakwa video yang disebarkan dengan tujuan membangkitkan kegusaran masyarakat telah dihasilkan oleh pihak yang diupah dengan ratusan ribu ringgit.

Malang dan anehnya, pihak PDRM tidak pula mendedahkan siapakah pihak yang diupah itu supaya budaya memfitnah melalui ‘media dalam talian’ sedemikian dapat disekat.

Di samping itu, rakyat dan khalayak media juga tertanya-tanya mengapakah Hamid Bador yang dikatakan hebat itu gagal membawa Jho Low yang sepatutnya menjadi saksi utama kes 1MDB yang sedang dihadapi oleh mantan DS Najib Tun Razak.

Sekiranya, Saddam Hussein yang bersembunyi di bawah tanah, dan Osama Laden yang disembunyikan Al Qaeda, begitu mudah ditemui, mengapakah Jho Low yang umpama ‘beruang putih’ gagal ditemui? Atau adakah sengaja tidak mahu ditemui?

Semoga KPN baharu, DS Acryl Sani boleh mengubah legasi Hamid Bador.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: