DAP UNTUNG JIKA UMUR 18 MENGUNDI?

Oleh Dr Rahmany Gazelle

9 Mei 2021

Meskipun belum dilaksanakan supaya warganegara yang berumur 18 tahun secara automatisnya boleh mengundi, namun ada pandangan yang bukan empirikal mengatakan bahawa DAP akan beruntung dengan pelaksanaan umur mengundi 18 itu.

Walaupun tiada kajian kuantitatif, namun generasi muda Cina baik di luar bandar, apatah lagi golongan kelas menengah dan kelas atasan di bandar, dilihat lebih peka terhadap politik negara yang sebelum PRU-14, lebih didominasi oleh kuasa politik Melayu-Bumiputera.

Sejauh manakah benar persepsi yang sedemikian, tidaklah dapat diangkat sebagai signifikan.

Namun kami setuju jika dikatakan bahawa DAP adalah parti cauvinis Cina yang mempunyai potensi yang signifikan untuk berjaya mengindoktrinasi pemikiran pengundi muda kaum China.

Keselesaan anak muda Melayu-Bumiputera terutamanya setelah matangnya DEB, mungkin telah menjadikan mereka mengabaikan tanggungjawab sebagai warganegara dalam konteks menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

Manakala kaum Cina yang melihat DAP sebagai amat signifikan memperjuangkan hak mereka, amat cenderung untuk menyokong pihak anti-kerajaan yang biasanya berada dalam satu blok dengan DAP.

Dimuat turun daripada YouTube

Meskipun terdapat kaum Cina dalam MCA, namun PRU-14 telah membuktikan bahawa mereka lebih cenderung untuk mengundi DAP.

Malahan calon MCA dalam PRU-14 yang lalu, amat bergantung kepada penyokong UMNO dan hanya menyumbang satu kerusi parlimen sahaja kepada BN.

Pandangan sedemikian telah dibuktikan di PRK Tanjung Piai, apabila calon MCA menang menentang calon Bersatu-PH meskipun Tanjung Piai didominasi oleh kaum Melayu.

Daripada analisis yang dibuat pada PRU-14, 12.299 juta rakyat telah keluar mengundi.

Jumlah tersebut hanyalah mewakili 2/3 jumlah pengundi berdaftar seluruh negara, sedangkan lagi 6 juta pengundi berdaftar tidak keluar mengundi.

Daripada jumlah tersebut 45.68% telah mengundi Pakatan Harapan, manakala 54.32% telah mengundi sama ada BN ataupun PAS.

Oleh kerana BN-PAS ketika itu tidak didaftarkan sebagai satu kesatuan politik, maka 45.68% undi berkenaan telah memenangkan PH sebagai parti pemerintah.

Sekiranya pelaksanaan pengundi umur 18 dilaksanakan pada PRU-15 nanti, kita akan melihat 22 juta rakyat Malaysia daripada jumlah 33 juta populasi akan layak mengundi.

Sekiranya pola keluar mengundi adalah sama seperti pola keluar mengundi sejak 60-70 tahun yang lalu, maka hanya 14.7 juta (purata 15 juta) yang akan keluar mengundi.

Jumlah 15 juta itu memperlihatkan tambahan 3 juta berbanding 12 juta pada PRU-14.

Keputusan PRU yang lalu, juga telah menunjukkan bahawa pengundi Melayu di negeri-negeri yang didominasi oleh kaum Melayu seperti Pahang, Trenggangu, Kelantan, Johor dan Kedah adalah peka terhadap hak mengundi mereka, meskipun pertembungan adalah antara parti Melayu lawan parti Melayu.

Malah bagi golongan pengundi Melayu yang bermastautin di bandar raya Kuala Lumpur, secara lazimnya akan ‘balik kampung’ untuk mengundi kerana alamat pendaftaran mengundi mereka adalah kampung halaman mereka.

Dengan itu juga, parti yang didominasi oleh kaum Melayu seperti UMNO, PAS dan Bersatu (Perikatan Nasional) akan lebih beruntung daripada pengundi 18 ini, sekiranya mereka wujud sebagai satu blok gabungan.

Sama ada PN perlu memainkan sentimen perkauman dan agama untuk memenangi undian mereka ini, tidaklah dapat dijangkakan.

Namun pendekatan cauvinisme DAP sememangnya telah terbukti dengan dogma “Use Malay to screw Malays” sebagaimana yang terdedah pada PRU-14 dahulu.

Adakah generasi muda Cina masih mahu mengundi DAP-PH setelah mereka saksikan kegenjotan pemerintahan PH selama 22 bulan (2018-2020)?

Malahan legasi pemerintahan PH itu masih terlihat utuh dalam Bersatu yang kini pemimpin tertingginya adalah Perdana Menteri.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: