SPRM MESTI SIASAT AP YANG MELOMPAT PARTI (VIDEO)

Oleh Dr Rahmany Gazelle

6 Mei 2021

Dalam PRU, pengundi bukan sekadar memilih calon, tetapi juga memilih parti yang mendukung calon iaitu parti yang mereka yakin berwibawa, berakauntabiliti, ada misi dan wawasan sebagaimana yang dikendong oleh manifesto mereka semasa pilihan raya.

Dimuat turun daripada YouTube

Jika pengundi memilih calon UMNO, maka pengundi telah meletakkan kepercayaan kepada UMNO, hala tuju, prinsip, dan falsafah UMNO bukan semata-mata kemurnian karektor calon mereka.

Dimuat turun daripada YouTube

Dengan itu apabila pengundi memangkah UMNO, bermakna mereka menolak sekeras-kerasnya parti DAP, PPBM, PKR, PAN, PAS atau lain-lainnya serta segala hala tuju, manifesto mahupun dasar, falsafah yang dikendong parti-parti itu.

Namun setelah memenangi PRU, sekiranya calon UMNO yang telah dipilih melompat parti, maka tertipulah pengundi yang telah memilih mereka.

Penipuan ini secara tuntas, mencabul dan mengkhianati prinsip demokrasi dan janji wakil rakyat kepada pengundi.

AP UMNO (bertanda X) yang telah melompat parti

Meskipun dari aspek undang-undang ia tidak diterjemahkan sebagai satu jenayah penipuan, namun dari segi moral ia satu pengkhianatan, penipuan, dan pencabulan janji yang tidak boleh dimaafkan. 

Maka jadilah golongan yang melompat parti ini sebagai wakil rakyat yang menipu, mengkhianati dan mencabul janji hakiki sebelum PRU.

Dimuat turun daripada YouTube

Dengan itulah kita lihat, Parlimen ke-14 menjadi mercu tanda parlimen yang paling banyak  katak melompat terutamanya daripada parti UMNO kepada PPBM.

Daripada 110 AP Perikatan Nasional, 26 terdiri daripada katak yang melompat dan mereka membentuk 24% daripada keseluruhan Ahli Parlimen kerajaan Perikatan Nasional (terkini).

Adakah mereka ini melompat parti kerana prinsip demokrasi atau kerana habuan yang dijanjikan sebagaimana pendedahan mantan KPN TS Hamid Bador yang menggesa SPRM supaya menyiasat golongan yang melompat parti ini?

SPRM sewajarnya mesti mengambil tindakan segera untuk menyiasat gejala ini, kerana ia merupakan gejala rasuah golongan pemimpin atasan, di samping pengkhianatan kepada para pengundi.

Jika alasan yang diberikan oleh wakil rakyat yang melompat parti itu ialah ‘UMNO tidak mempunyai moral standing‘, maka ‘moral standing’ apakah yang dipertahankan oleh PPBM semasa mereka berkuasa dahulu?

Sebagai contoh, rakyat melihat bahawa selepas PRU-14, PH yang Perdana Menterinya daripada PPBM dan Menteri Kewangannya daripada DAP telah memusnahkan Tabung Haji, mencabar kedudukan Raja-Raja Melayu, membatalkan projek ECRL, menipu janji-janji manifestonya yang digambarkan bagai bulan-bintang, tidak memansuhkan tol lebuh raya yang banyak menyelinap di tengah bandar, hutang negara mencecah RM1 trilion, memansuhkan BR1M, serta menipu itu dan ini melalui janji palsu mereka terhadap pengundi.

Apatah lagi PH menggugat agama dan akidah kepercayaan dan keimanan umat Islam, lantas mencabul Perlembagaan Persekutuan berkenaan bangsa Melayu-Bumiputera, Raja-Raja Melayu, dan agama Islam melalui ICERD dan Statut Rome, dengan muslihat menegakkan keadilan dan kesamarataan, sedangkan sama rata bukan keadilan.

Dimuat turun daripada YouTube

Dalam situasi terkini, ada kemungkinan besar 30 AP UMNO akan melompat ke PPBM sekiranya mereka kalah dalam Pemilihan UMNO yang akan datang.

Maka, sebagaimana yang disarankan oleh TS Hamid Bador, SPRM tidak boleh memberi pelbagai alasan, juga melalui LHDN, mereka harus menyiasat golongan katak yang melompat parti ini.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: