AKAR UMBI UMNO TOLAK KERJASAMA DENGAN BERSATU (VIDEO)

Oleh Dr Rahmany Gazelle

6 Mei 2021

Akar umbi UMNO, sebagaimana dilaporkan oleh media UMNO, MYKMU.NET pada Jan lalu, 189 Ketua Bahagian UMNO seluruh negara menolak kerjasama UMNO dengan PPBM pada PRU-15 nanti.

Dimuat turun daripada YouTube

PPBM yang merupakan parti melukut di tepi gantang semasa berkuasa di bawah PH setelah memenangi PRU-14 melalui pembohongan dan janji palsu, harus sedar bahawa mereka sepatutnya menghormati UMNO dan bukannya bertindak mengkhianati UMNO sebagaimana yang ditunjukkan semasa PRN Sabah.

Jumlah 189 bahagian itu membentuk 98% dari keseluruhan 191 Bahagian UMNO dengan 21,851 cawangan dan 3.6 juta ahli, yang menyatakan bahawa suara akar umbi yang sedemikian adalah lantang sebagai suara majoriti dari parti politik yang terbesar di Malaysia.

Penulis Blog ‘Korek, Bongkar dan Dedah’ pernah menyatakan bahawa tindakan pihak istana (Ampunkan patik Tuanku) memilih “Siapakah pilihan majoriti Ahli Parlimen (AP) yang mahu diangkat sebagai PM ke-8” adalah suatu tindakan kuantitatif yang tidak signifikan dari aspek statistik kerana sepatutnya pihak istana memilih “Siapakah pilihan majoriti rakyat yang mahu diangkat sebagai PM ke-8” (sila rujuk (Video) YDP AGONG MENCEMAR DULI BERSEMUKA DENGAN SEMUA 221 AP UNTUK PILIHAN PM KE-8 – KOREK, BONGKAR, DEDAH (cungkils.com))

Populasi sampel sepatutnya adalah rakyat dan bukannya ahli parlimen termasuk golongan majoriti yang mendominasi kerajaan, iaitu ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan.

Sampel daripada golongan majoriti AP Pakatan Harapan inilah yang menjadi isu utama kemelut politik Malaysia hari ini, apabila banyak masalah timbul kerana sampel yang dipilih tidak mewakili populasi dan dengan itu sampel tersebut adalah tidak signifikan, tidak *sahih dan *tiada kebolehpercayaan” (not valid and not reliable) (*istilah statistik).

Analoginya samalah seperti memilih kereta terbaik daripada kilang pengeluar kereta genjot yang tidak bermutu.

Sewajarnya ketika itu, parlimen dibubarkan dan PRU ke-15 diadakan untuk memilih PM ke-8 dan sayugia memilih parti yang akan menerajui negara.

Sebagaimana dijelaskan oleh SUA UMNO, DS Ahmad Maslan, pendirian UMNO untuk tidak bekerjasama dengan PPBM, bukanlah atas faktor kluster mahkamah yang sedang menghadapi tuduhan undang-undang.

Dimuat turun daripada YouTube

Pendirian UMNO lebih didorong oleh sikap khianat PPBM terhadap UMNO apabila terdapat unsur ugutan dan mungkin juga sogokan sebagaimana yang didakwa oleh mantan KPN TS Hamid Bador tentang AP yang melompat parti.

Pada Mac lalu, menurut DS Ahmad Maslan, 15 AP UMNO telah melompat parti untuk bersama dengan PPBM, lantas bahagian UMNO di situ amat sukar untuk bekerjasama dengan PPBM kerana UMNO tidak akan melepaskan kawasan Parlimen tersebut kepada PPBM.

Terdapat juga Ketua Bahagian UMNO yang kalah bertanding dalam Pemilihan UMNO lantas keluar untuk bersama dengan PPBM.

Pengkritik UMNO tidak sepatutnya membuat kesimpulan dengan momok-momok bahawa UMNO menolak ‘penyatuan ummah’.

Penyatuan ummah sudah lama menjadi dasar UMNO pada 2018 lagi dan diperkukuhkan dengan parti PAS ketika PPBM masih bersekongkol dengan DAP dan PH yang didominasi oleh DAP.

Pengkritik UMNO harus faham bahawa PPBM adalah terdiri daripada golongan yang mengkhianati UMNO, meninggalkan UMNO untuk bersama dengan parti lain, kononnya atas dasar prinsip tetapi sebagaimana didedahkan oleh mantan KPN terdapat unsur-unsur sogokan atau rasuah yang harus disiasat oleh SPRM. Gejala politik sedemikian adalah satu pengkhianatan terhadap UMNO.

Pada pandangan kami, antara lain sentimen akar umbi UMNO menolak kerjasama dengan PPBM adalah kerana:

  • PPBM masih tebal dengan gerakan mereka untuk haramkan UMNO
  • Akaun kewangan UMNO masih dibekukan walaupun TS Muhyiddin Yassin telah menggantikan Tun Mahathir Mohamad sebagai PM
  • PPBM masih dibayangi oleh Tun Mahathir, mantan PM yang dilihat sebagai pemimpin yang mengkhianati UMNO dan musuh UMNO
  • PPBM terus dengan gerakan memujuk, menghasut AP UMNO melalui ugutan dan sogokan
  • Semasa PRN Sabah, PPBM telah meletakkan calon bebas untuk menentang calon UMNO yang dilihat sebagai satu pengkhianatan
  • PPBM mungkir janji terhadap Bung Moktar Radin yang hampir kehilangan jawatan Menteri KR Sabah
  • PPBM tidak mahu menyokong Datuk Saarani, ADUN UMNO di DUN Kota Tampan sebagai MB Perak
  • Ramai melihat proklamasi Darurat adalah alternatif Presiden PPBM untuk menghindari sebarang tindak balas ke atas dasar PPBM@PN di parlimen
  • PN bukanlah parti yang dominan dari aspek jumlah AP di parlimen dan PN yang didominasi oleh PPBM hanya bergaya melalui kuasa presidennya yang diangkat sebagai PM, tetapi hakikatnya amat tidak signifikan sebagai parti pemerintah kerana PPBM hanyalah melukut di tepi gantang

Tarikh 1 Ogos 2021 ini akan menjadi penentu bagi UMNO dan kluster menteri UMNO dalam kerajaan PN, kerana itulah tarikh tamatnya tempoh ‘Darurat’ sekiranya ia tidak dilanjutkan dengan perkenan DYMM Agong.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: