KETIDAKHADIRAN HAMZAH PADA MAJLIS PELANTIKAN KPN BAHARU BANGKITKAN PELBAGAI SPEKULASI

Oleh Dr Rahmany Gazelle

4 Mei 2021

Kemelut politik Menteri KDN, DS Hamzah Zainuddin yang dikatakan cuba masuk campur hal elwal pengurusan PDRM bergolak lagi apabila beliau tidak hadir pada majlis pelantikan KPN baharu DS Acryl Sani Abdullah Sani.

Mengikut tradisi PDRM di Bukit Aman, Menteri KDN yang bertanggungjawab ke atas institusi utama yang menjaga keselamatan negara itu, akan mentauliahkan KPN baharu ketika berlaku pertukaran atau kenaikan pangkat KPN.

Meskipun DS Hamzah telah diumumkan sebagai tetamu utama majlis sebagaimana terpampang pada baner majlis di atas pentas, namun beliau tidak hadir atas alasan terpaksa menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sebaliknya Menteri KDN itu diwakili oleh Timbalannya, DS Ismail Mohamed Said untuk mentauliahkan KPN baharu DS Acryl Sani Abdullah Sani, menggantikan TS Hamid Bador.

Pelbagai spekulasi berlegar yang antaranya menyokong tindakan DS Hamzah yang tidak hadir dalam majlis itu supaya tidak dipersepsikan sebagai merestui pelantikan ‘budak-budak kita’ sebagaimana yang terdedah dalam audio sensasi tersebut yang membangkitkan isu ‘masuk-campur politik dalam pengurusan PDRM’.

Dimuat turun daripada YouTube

Ada juga yang mengatakan bahawa adalah lebih relevan untuk DS Hamzah tidak menghadiri majlis tersebut kerana dengan turut-sertanya mantan KPN TS Hamid Bador akan hanya menjadikan majlis tersebut dingin.

Malahan ada yang melihat bahawa hubungan DS Hamzah dan TS Hamid Bador akan terus menggelegak apabila Hamzah cuba mengelak pertemuannya dengan mantan KPN itu.

Meskipun apa jua spekulasi khalayak dan penganalisis media, ketidakhadiran DS Hamzah akan terus menghangatkan isu ‘masuk-campur’ kuasa politik dalam PDRM dan memberi dampak yang buruk kepada kerajaan PN.

Dimuat turun daripada YouTube

Sebagaimana yang ditegaskan oleh mantan KPN, masuk-campur kuasa politik dalam PDRM akan menghancurkan kredibiliti PDRM sendiri.

Di tengah-tengah usaha PDRM menentang gengsterisme, taikun dan kartel dadah, pengubahan wang haram, aktiviti judi haram, rasuah dan sebagainya, masuk-campur kuasa politik dalam PDRM dilihat sebagai suatu gejala politik yang tidak boleh dibiarkan.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: