BERSIH KRITIK PROSES PELANTIKAN KPN DARIPADA KALANGAN ‘BUDAK KITA’

Oleh Dr Rahmany Gazelle, 2 Mei 2021

BERSIH atau Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil menggesa agar proses pelantikan KPN (Ketua Polis Negara) disemak semula setelah tertularnya perbualan audio Menteri Dalam Negeri berkaitan pelantikan KPN.

BERSIH mahu kerajaan memperbaiki proses pelantikan KPN untuk membina integriti dan kepercayaan rakyat.

Bagi BERSIH adalah penting kepada PDRM tanpa campur tangan politik, untuk menilai kebolehan pegawai tingginya untuk melaksanakan tanggung jawab mereka dengan integriti, menegakkan keadilan, tanpa gangguan kuasa politik.

‘Jawatankuasa Tindakan’ (the steering committee) BERSIH 2.0 telah meluahkan kegusaran mereka terhadap Menteri Dalam Negeri, DS Hamzah Zainuddin dalam audio berkenaan yang membincangkan tentang calon KPN.

“Audio perbincangan yang lolos dalam media sosial, antara lain mendedahkan bahawa mereka perlu memilih “budak-budak kita sebagai KPN”.

Bagi BERSIH tindakan memilih “budak-budak kita” adalah sesuatu yang menggusarkan kerana pemilihan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) hendaklah dibuat berdasarkan objektif kriteria dan bukannya sama ada mereka “budak kita” atau bukan, kerana KPN hendaklah menjalankan tanggung jawabnya secara profesional dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.

Bagi KPN, Abdul Hamid Bador, kenyataan DS Hamzah adalah sesuatu yang mengecewakan kerana ia memperlihatkan campur-tangan politik melalui SPP.

BERSIH mahu DS Hamzah melalui SPP menghebahkan kriteria pelantikan KPN supaya rakyat boleh menilai akauntabiliti pelantikan berkenaan.

Demi menjamin ketelusan dan akauntabiliti proses pencalonan dan pelantikan KPN, SPP hendaklah menubuhkan badan penasihat yang mengemukakan tiga calon yang kemudiannya SPP akan memilih dan menyerahkannya kepada Jawatankuasa Pemilih Parlimen (JPP) untuk diluluskan yang kemudiannya pula diserahkan untuk diperkenankan oleh DYMM Agong.

BERSIH juga berharap agar KPN baharu Datuk Acryl Sani dapat menjalankan tugas beliau tanpa takut atau dipengaruhi oleh kuasa politik dan mendukung keadilan serta kesejahteraan rakyat.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: