
RENCANA UTAMA
25 September 2020
Oleh Dr Mamat Desa
DS Anwar ibrahim telah membuat kejutan melalui sidang media tergemparnya (23 September) untuk memaklumkan bahawa dia telah mendapat sokongan majoriti ahli parlimen bagi membentuk kerajaan baharu, lantas turut mengisytiharkan tumbangnya kerajaan PN.

Ini bukan kali pertama Anwar cuba gemparkan rakyat dengan angka ilusi yang didakwanya sebagai sokongan majoriti ahli parlimen untuk mengangkat dirinya sebagai PM.
Sebelum ini pada 16 September 2008 dia juga telah cuba menggemparkan rakyat dengan mendakwa bahawa majoriti ahli parlimen telah berpaling tadah terhadap BN dan menyokongnya untuk diangkat sebagai PM. Namun ia hanyalah gimik politik pemimpin yang sedang terdesak dan meroyan dengan sindrom PM.

Kemudian Julai lalu, dia juga menggunakan propaganda yang sama untuk memintas dakwaan Tun Mahathir bahawa dia juga mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen dan akan mengusulkan undi tidak percaya terhadap TS Muhyiddin Yassin.
Hakikatnya Anwar telah banyak kali berbohong kepada rakyat dengan janji harga petrol akan turun, janji kepada rakyat Sarawak bahawa dia tidak akan memijak lagi bumi Sarawak jika gagal tunaikan janji PH, dia mendesak peguam Zulkifli Nordin supaya membohongi mahkamah dalam kes Altantunya, dia dan PKR pernah berbohong tentang dokumen memfitnah TS Khalid Ibrahim untuk memberi laluan dalam kes Langkah Kajang, dan macam-macam lagi pembohongan, tidak termasuk kes liwat yang telah mengheretnya ke penjara.
Anwar pernah digelar ‘Al-Juburi’ oleh Mat Sabu, digelar ‘binatang sesumpah’ oleh President Just, Dr Chandra Muzaffar, serta gelaran ‘Sodomis’ oleh Tun Mahathir kerana tabiat seksualnya yang celaru dan perwatakannya yang berubah-ubah. Amat signifikan jika dikatakan bahawa majoriti kaum Melayu-Islam menolak Anwar sebagai PM.

Kali ini Anwar mendakwa dia mempunyai sokongan majoriti dua-pertiga ahli parlimen Melayu-Islam yang melayakkannya untuk diangkat sebagai PM ke-9 sekali gus menjatuhkan kerajaan PN.

Kontradiknya, dia mendakwa mendapat sokongan daripada ahli parlimen UMNO, sedangkan tidak ada seorang pun yang mengaku menyokongnya kerana masing-masing sibuk dengan kempen PRN Sabah.
Malahan pemimpin DAP juga terkejut dengan sidang media Anwar, pastinya kerana mereka tidak percaya dengan kenyataan Anwar.
Timbalan Presiden PAS, Datok Tuan Ibrahim Tuan Man juga menafikan dakwaan Anwar bahawa terdapat ramai ahli parlimen PAS yang menyokongnya.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi membidas sidang media Anwar tersebut sebagai gimik politik untuk memancing undi rakyat Sabah supaya menyokong Warisan-PKR kerana terdesak dengan sokongan pengundi terhadap BN-PN dan GRS (Gabungan Rakyat Sabah).

Kini, Anwar juga amat tertekan apabila dia sedang berdepan dengan keputusan mahkamah berhubung kes Lembaga Pengampunan ke atas kesalahan liwatnya yang lalu yang didakwa tidak sah.
Peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz telah memfailkan saman terhadap Lembaga Pengampunan bagi mencabar nasihat yang diberikan kepada DYMM SPB YDP Agong (DYMM Sultan Kelantan ketika itu) oleh pihak lembaga berkenaan pada 16 Mei 2018.

Anwar akan hilang kerusi Parlimen Port Dickson secara serta-merta dan beliau tidak boleh bertanding pada PRU-15 akan datang sekiranya Mahkamah memutuskan bahawa pengampunan yang membebaskannya dari penjara tempoh hari tidak sah.
Pengampunan penuh itu bercanggah dengan Perkara 42(4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan berikutan kuasa pengampunan hendaklah dilaksanakan dengan nasihat oleh Lembaga Pengampunan.
Lantas, Anwar sebenarnya sedang gelabah dan terdesak apatah lagi apabila parti Warisan, sedang menghadapi tekanan apabila pemimpinnya Mohamaddin Ketapi menghina pasukan keselamatan, manakala Presdien Warisan pula mengaku cuba menyogok pasukan keselamatan dengan RM10 juta untuk memancing undi.

Walau bagaimanapun rakyat Sabahlah yang menentukan kerajaan yang akan memerintah Sabah, namun hari ini apa yang kita lihat, imej Warisan amat buruk pada kacamata rakyat.
Lantas, adakah Anwar sedang meroyan kerana dilanda sindrom kerusi PM atau sebenarnya dia sedang menderita tertekan dengan senario politik yang tidak memberi ruang kepada survivalnya?
*****
Tinggalkan Jawapan