SHAFIE CUBA RASUAH ANGGOTA KESELAMATAN RM10 JUTA UNTUK PANCING UNDI?

BERITA SISIPAN

22 September 2020

Dr Mamat Desa

Kami amat terkejut apabila membaca laporan bahawa SPRM telah menahan dua anggota keselamatan yang membawa sejumlah wang yang banyak sebagaimana dilaporkan berlaku di Lahad Datu pada 21 September 2020 (semalam).

Tiada lain yang difikirkan, wang tersebut pastinya merupakan sogokan untuk memancing undi menjelangnya PRN Sabah pada 26 September ini.

Namun pengundian awal pihak anggota keselamatan telah berlangsung hari ini, 22 September.

Berita Harian Online memperincikan bahawa wang tersebut dipercayai sebagai bayaran membeli undi oleh sebuah parti politik di Sabah, namun tidak pula dijelaskan parti manakah itu.

Suspek telah mendedahkan bahawa dia merupakan ‘orang tengah’ untuk memberikan wang tersebut kepada pengundi awal (hari ini 22 September) iaitu anggota keselamatan di Sabah yang mengundi untuk PRN Sabah.

Pengarah SPRM Sabah, TPj. S. Karunanithy mengesahkan penahanan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.

Kami terus mencari parti manakah yang cuba membeli undi tersebut, dan kemudiannya kami terbaca berita yang disiarkan oleh Blog Dialog Rakyat yang memetik laporan Malaysia Gazette bahawa DS Shafie Apdal ‘telah memperuntukkan RM10 juta dana kerajaan untuk diagih-agihkan kepada semua frontliners termasuk RM1 juta kepada anggota PDRM dan RM1 juta kepada Kem Lok Kawi.’

Namun tidak pula kami temui versi asal daripada Malaysia Gazette.

Walau bagaimanapun kami temui laporan daripada Sinar Harian dengan tajuk, “Warisan didakwa sogok anggota keselamatan”.

Dalam laporan tersebut Shafie mengaku pula bahawa wang tersebut merupakan sumbangan (bukan rasuah?) dan sumbangan sedemikian tidak pernah dilakukan di mana-mana negeri di Malaysia.

Dengan alasan yang amat manis Shafie cuba menjelaskan bahawa “Jumlah tersebut tidaklah banyak jika dibandingkan dengan risiko dan pengorbanan wira-wira negara ini, namun itu membuktikan komitmen Kerajaan Sabah meskipun agensi keselamatan berada di bawah bidang kuasa Persekutuan.”

Kami masih sangsi adakah laporan tangkapan SPRM ke atas dua anggota keselamatan itu serta sejumlah wang yang banyak di tangan mereka merupakan wang RM10 juta yang dimaksudkan dalam kenyataan Shafie?

Jika benar, nampaknya Shafie cuba memberi definisi baharu terhadap istilah rasuah.

Dia cuba menggunakan istilah ‘wang sumbangan’ ketika, menjelangnya PRN Sabah pada 26 September ini dan pada hari ini (22 September) untuk pengundian awal bagi anggota keselamatan.

Shafie juga lupa bahawa dia tiada hak untuk mengambil wang kerajaan negeri kerana dia bukan lagi Ketua Menteri penuh sebaliknya hanyalah Ketua Menteri Interim dalam tempoh waktu pembubaran DUN, yang tidak berkuasa untuk menggunakan wang kerajaan tanpa merujuk kepada DUN.

Timbul juga persoalan, adakah itu sahaja wang ‘sumbangan’ Shafie kepada pengundi?

Bagaimana sekiranya dua ‘orang tengah’ itu terlepas dengan kegiatan pengagihan wang sogokan tersebut dan tidak dikesan oleh SPRM?

Bagaimana juga sekiranya ada lagi yang sudah terlepas ke tangan pengundi awam yang akan mengundi pada 26 September ini?

Di manakah letaknya integriti mahupun digniti PRN Sabah ini yang dikatakan telus, bersih dan suci?

Jika kami berada pada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya, pastinya kami akan membatalkan PRN 26 September ini.

Lantas, Shafie Apdal akan kami sumbat ke lokap sebagai tahanan reman sehingga dipastikan bahawa tiada lagi saluran pengagihan wang sogokan atau ‘orang tengah’ yang cuba membeli undi dan menjijikan kemenangan Warisan.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: