PRN SABAH: PENGUNDI MESTI TOLAK WARISAN DEMI KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT SABAH

RENCANA UTAMA

22 September 2020

Oleh Dr Mamat Desa

Apabila meletusnya serangan penceroboh militan Sulu ke atas bumi Sabah di Tanduo, Lahad Datu pada Februari 2013, siapakah yang telah mempertahankan Sabah sehingga 10 anggota ATM terkorban manakala 60 pengganas dibunuh?

Kontradiknya bekas Menteri Kebudayaan, Seni dan Budaya PH-Warisan, Datok Mohamaddin Ketapi menganggap perjuangan ATM dan PDRM menentang pencerobohan militan Sulu itu hanyalah satu sandiwara bagaikan berperang dengan ayam dan anjing.

Kenyataan Mohamaddin adalah satu penghinaan yang tidak boleh diterima rakyat serta pihak ATM-PDRM, apatah lagi keluarga pihak yang terkorban.

Pihak ATM sendiri telah mengeluarkan surat bantahan terhadap kenyataan Mohamaddin itu.

Kami kira amat wajar sekiranya tindakan diambil melalui akta SOSMA kerana ia dilihat sebagai

membangkitkan perasaan tidak setia kepada DYMM SPB DP Agong serta memudaratkan ketenteraman awam.

Adakah Mohamaddin melalui ucapannya yang sedemikian, mahu memancing undi daripada pendatang Sulu yang ramai telah bermastautin di kawasan parlimennya di Lahad Datu?

Hari ini rakyat saksikan sendiri, bagaimana Ketua Menteri Interim Sabah, Shafie Apdal mahu melaksanakan program PSS (Pas Sementara Sabah) bagi membenarkan PATI, lebih-lebih lagi kaum Sulu memasuki Sabah yang kemudiannya akan menuntut hak kewarganegaraan Malaysia.

Kerana apakah mereka amat antusiastik mahu menjadi rakyat Malaysia? Pastinya kerana mereka sendiri rasa lebih selamat berada di bumi Malaysia daripada berada di tanah air mereka sendiri baik dari aspek kemudahan awam, pendidikan, amalan agama dan ekonomi.

Serentak dengan itu, pihak Filipina tiba-tiba kembali menuntut Timur Sabah sebagai milik mereka, dan Shafie mahu mengadakan rundingan dengan mereka.

Bagi Menteri Pertahanan, DS Ismail Sabri Yaakop, dan disokong oleh Menteri Luar Ds Hisahmuddin Hussein, mengadakan rundingan dengan mereka bermakna, memperkaui hak mereka.

Kontradiknya pendirian kerajaan Filipina semasa pembentukan Persekutuan Malaysia pada 1963 yang terakam dalam ‘Philippine Daily Inquirer’ telah  merestui kehendak rakyat Sabah untuk menyertai Persekutuan Malaysia.

Akhbar Manila Times pada 25 Mac, 1963, telah memetik ucapan Senator Lorenzo Sumulong  (difailkan oleh President Diosdado Macapagal pada 22 Jun, 1962) yang menyatakan adalah lebih baik menyerahkan kepada rakyat Sabah tentang kehendak mereka menyertai Malaysia.

BERNAMA pula melaporkan pada 20 September (dua hari lalu) Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali memberi peringatan kepada angkatan bersenjata Malaysia supaya siap siaga kerana pihak PDRM telah mendapat maklumat mengenai kemasukan besar-besaran rakyat dari negara jiran untuk membuat kekacauan pada hari pengundian PRN Sabah, 26 September ini.

Datuk Hazani berjanji bahawa PDRM akan bersiap sedia manakala aset pertahanan negara sudah sedia digunakan untuk memastikan tiada sebarang gangguan dan halangan pihak luar ke atas proses PRN Sabah.

Sabahdaily mendakwa masih ada pemimpin politik Sabah yang bertindak seperti ‘musuh dalam selimut’ kerana masih mahu menyokong tuntutan militan dari Sulu itu.

Lantas adakah Mohamaddin dan Shafie sebahagian daripada golongan yang didakwa oleh Sabahdaily itu?

Lebih mencurigakan lagi apabila Presiden Warisan Shafie Apdal juga merangkap Ketua Menteri Interim, dikatakan berketurunan Sulu, Jolo, Filipina.

Isu pembinaan Empangan Papar yang bernilai RM3 bilion juga menjadi satu lagi pekung pada Shafie yang selama ini cuba menonjolkan Warisan sebagai kerajaan yang menjaga ekologi alam.

Ahli geologi UMS, Dr Felix Tongkul menyuarakan ketidaksetujuan untuk meneruskan projek Empangan Papar kerana Sabah mempunyai kawasan takungan pengambilan air langsung yang boleh menjadi alternatif penyelesaian yang lebih murah dan pragmatik.

Projek Empangan Papar amat mengecewakan dan mencetuskan kemarahan rakyat dan NGO kerana ia merangkumi empat kampung di Papar dan sembilan di Penampang, yang akan memusnahkan aktiviti ekonomi dan survival lebih dari 3,000 penduduk pribumi.

Sebelum itu Shafie dan konco-konconya hebat menentang pembinaan Empangan Kaiduan sehingga berjaya menghentikan projek tersebut.

Rupa-rupanya projek RM3 bilion tersebut dijelmakan kembali tetapi di kawasan yang berbeza dengan kontrak pembinaan diberikan kepada kroni DAP.

Patutlah begitu cenderung sekali Lim Guan Eng menyokong Shafie Apdal untuk diangkat sebagai PM yang ke-9.

Dengan itu, adakah pengundi Sabah masih mahu memilih Warisan dan kepimpinan Shafie untuk terus menerajui Sabah?

Sewajarnya Warisan ditolak pada 26 September ini.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: