WARISAN PERDAYA RAKYAT SABAH DENGAN PROJEK RM3 BILION EMPANGAN PAPAR

RENCANA SISIPAN

20 September 2020

Oleh Dr Mamat Desa

Sebelum PRU14 Warisan telah berjanji akan membatalkan projek Empangan Kaiduan sekiranya mereka memenangi PRU tersebut atas alasan ia mengancam sistem ekologi dan alam sekitar.

Sebaliknya setelah memenangi PRU14, Presiden Warisan, Shafie Apdal telah memindahkan projek Empangan Kaiduan ke Papar di Modoringin.

Tindakan Shafie menonjolkan sifat hipokrit dan tipu-daya Warisan untuk mengaut kekayaan melalui projek tersebut.

Pengerusi Gerakan Bantahan Empangan Kaiduan (TAKAD) Diana Sipail meluahkan kekesalannya kerana sebelum PRU14 ketika mereka menentang projek Empangan Kaiduan, ramai yang membantah projek yang akan memusnahkan alam sekitar itu, tetapi kini setelah Warisan berkuasa, mereka hanya berdiam diri.

Dipetik daripada Blog Soscili

Masyarakat pribumi di Ulu Papar mengecam kerajaan negeri kerana tidak menunaikan janji PRU14, sebaliknya membuat penjemaan semula projek Kaiduan.

Projek Empangan Papar yang bernilai RM3 bilion akan melibatkan ketinggian antara 150 hingga 200 meter dan akan menenggelami kawasan seluas 522 hektar.

TAKAD membantah projek itu kerana ia akan menenggelami tanah adat dan kampung pusaka yang didiami masyarakat pribumi, selain memusnahkan hutan serta sistem ekologi alam.

Lebih 3,000 masyarakat pribumi di daerah Penampang dan Papar perlu berpindah ke kawasan lain dan meninggalkan tanah pusaka, serta mengubah gaya hidup mereka yang pastinya akan mengalami keperitan dan tekanan.

Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), DS Anifah Aman mendedahkan, sejak mula lagi Projek Empangan Papar telah mendapat tentangan hebat daripada NGO, rakyat setempat, dan organisasi pemuliharaan alam sekitar.

Ironinya Warisan sering mendabik dada bahawa mereka adalah parti yang menjaga dan memelihara alam sekitar sebelum PRU14, sedangkan hakikatnya kini mereka membohongi rakyat setelah berkuasa.

Hipokritnya sebelum ini Warisan menentang pembinaan Empangan Kaiduan, tetapi sebenarnya ia hanyalah satu muslihat untuk memindahkan projek kepada kroni Shafie dengan mengubah lokasi projek dari Kaiduan, Penampang ke Modoringin di Papar.

Jelaslah bahawa projek empangan di Papar hanyalah satu perubahan nama sahaja kepada projek Empangan Kaiduan yang telah dibatalkan, malahan menelan belanja lebih daripada projek asal di Kaiduan iaitu RM3 bilion berbanding RM2 bilion sebelumnya.

Ketua Menteri Interim Shafie Apdal yang juga presiden Parti Warisan, tidak mempedulikan keluhan rakyat dan bantahan pejuang alam sekitar, apabila mengumumkan bahawa projek kontroversi Empangan Papar akan tetap diteruskan.

NGO-NGO komuniti rakyat Sabah juga telah meluahkan perasan berang dan kecewa dengan Warisan kerana memungkiri janji pilihan raya mereka.

Jelaslah bahawa Warisan dan sekutu mereka adalah parti hipokrit yang membohongi dan menipu rakyat.

Ironinya Shafie hanya berpura-pura mendakwa bahawa Kerajaan pimpinan Warisan memberi fokus kepada isu alam sekitar ketika menjawab soalan WWF-Malaysia bagi parti-parti politik untuk mengesahkan komitmen memelihara alam sekitar dalam manifesto mereka untuk PRN Sabah 26 September ini.

Sememangnya rakyat Sabah memerlukan bekalan air dan pengurusan yang efisien, tetapi ia hendaklah dilaksanakan dengan bijaksana dan mengambil kira segala kesan alam sekitar, sistem ekologi, dampak kepada penduduk, serta pengurusan bekalan air ke penempatan rakyat dengan berkesan.

Ahli geologi UMS, Dr Felix Tongkul menyuarakan ketidaksetujuan untuk meneruskan projek tersebut, kerana Sabah tidak perlu meminjam berbilion-bilion ringgit untuk membina sebuah empangan apabila takungan pengambilan air langsung boleh menjadi alternatif penyelesaian yang lebih murah dan pragmatik.

Mantan Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony mengatakan bahawa kerajaan negeri boleh meminjam dari Putrajaya untuk membina empangan atau mempertimbangkan usaha swasta-awam untuk mengumpul dana daripada membebankan Sabah dengan hutang luar negara.

Projek tersebut amat mengecewakan dan mencetuskan kemarahan rakyat dan NGO kerana ia merangkumi empat kampung di Papar dan sembilan yang lain di Penampang, yang akan memusnahkan aktiviti ekonomi dan survival lebih dari 3,000 penduduk pribumi.

Pengerusi TAKAD, Diana Sipail, kesal dengan kesombongan dan sikap Shafie yang tidak berprinsip apabila janji-janji yang dibuat oleh pihaknya yang bertanding pada PRU14 di kawasan-kawasan yang terjejas oleh projek itu.

SAPP, juga mempersoalkan cara tergesa-gesa di belakang tabir untuk meluluskan empangan Papar tanpa Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dan pelantikan kontraktor China yang berkaitan dengan terowong bawah laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.

Dipetik daripada FB Najib Razak

Adakah ini yang menjadi alasan DAP terutamanya Lim Guan Eng, bermati-matian menyokong Shafie untuk diangkat sebagai PM ke-9?

Dipetik daripada Blog IbnuHashim

Pendirian Shafie untuk meneruskan projek itu telah mengaibkan timbalannya Datuk Darell Leiking serta mantan ADUN Moyog dan Kapayan, Jennifer dan Jannie Lasimbang, bersama Senator Adrian, kerana mereka amat lantang menentang projek empangan Kaiduan sebelumnya.

DS Anifah Aman juga berpendapat bahawa setelah berunding dengan semua pihak yang berkepentingan dan mengkaji saranan dari suruhanjaya bebas, kami yakin bahawa projek Empangan Papar tidak membawa manfaat nyata bagi rakyat sebaliknya hanya menguntungkan beberapa kontraktor (kroni).

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: