RAKYAT SEMEMANGNYA SUDAH LAMA HILANG KEPERCAYAAN KEPADA MAHATHIR

RENCANA UTAMA

19 September 2020

Oleh Dr Mamat Desa

Kami tidak terkejut dengan pendedahan Dtk Husam Musa bahawa “populariti Tun Mahathir Mohamad kini sedang merudum teruk dan tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat”.

Kami telah menulis beberapa artikel sejak sebelum PH tumbang lagi yang membahaskan bahawa Tun Mahathir sememangnya sudah tidak popular dalam kalangan rakyat, malah dalam kelompok PH sendiri.

Antaranya:

Kami tidak membuat premis yang melulu, hanya kerana kelemahan kerajaan PH pimpinan Mahathir, sebaliknya kami merujuk kepada beberapa penyelidikan tentang populariti Mahathir.

Kajian Nobleman Creation yang menyelidik tentang populariti empat pemimpin tertinggi dalam dua garis masa iaitu pada Mei 2018 dan Jan 2019.

Nobleman telah mendapati bahawa DS Najib Razak mendahulu ketiga-tiga pemimpin lain iaitu Tun Mahathir, DS Haji Hadi dan DS Anwar Ibrahim dengan jumlah skor 6.7 juta.

Jatuhnya populariti Tun Mahathir dan DS Anwar, menjadi penanda kepada merudumnya kepercayaan rakyat terhadap PH, sebaliknya menjulang Muafakat Nasional, sebagaimana yang telah ditunjukkan pada PRK Semenyih, Cameron Highlands, Rantau, Tanjung Piai, Kimanis, Chini, dan Slim.

Keseluruhan PRK itu menjangkau daripada Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Sabah. Manakala negeri yang dikuasai PH di Kedah, Johor, Perak dan Melaka, satu-persatu jatuh ke tangan BN-Muafakat Nasional.

Sebelum itu, YB Syed Saddiq, juga telah membuat bancian bandingan tentang populariti Mahathir dan DS Najib dalam kalangan warganet.

Daripada 29,300 responden, kajian Saddiq mendapati skor untuk DS Najib adalah 83% manakala Mahathir hanya mendapat skor 17%. Ia sesungguhnya amat memalukan Mahathir.

Di negara maju seperti Great Britain, Perdana Menteri sedemikian boleh dikenakan tindakan undi tidak percaya kerana merudumnya popularitinya dalam kalangan rakyat. 

Kami juga tidak terkejut, kerana hipotesis yang mengatakan PH telah menang PRU14 atas faktor Mahathir, adalah tidak benar kerana sebagaimana yang dibuktikan oleh kajian Invoke.

Menurut Invoke, isu kenaikan kos sara hidup serta fitnah terhadap pelaksanaan GST adalah sebab utama PH berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN).

Walau bagaimanapun sistem SST yang menggantikan GST dilihat lebih teruk membebankan rakyat.

Kemudian apabila timbulnya kes dan isu kontroversial seperti isu ICERD, kejatuhan nilai ringgit berbanding USD, kejatuhan harga sawit,  isu pelabur lari meninggalkan Malaysia, isu Bursa Malaysia tercorot di dunia, kes kematian pegawai Bomba Adib Mohd Kassim, kes perarakan LGBT yang berselindung di sebalik perhimpunan hari Wanita Sedunia, kes ‘gendang perang’ yang dihebohkan Lim Guan Eng ekoran kerjasama UMNO-PAS, sikap pemimpin PH menyalahkan orang lain atas kelemahan menteri kabinet PH sendiri, dan isu rebutan kerusi PM antara Mahathir-Anwar, telah membuatkan rakyat bosan, apabila ditambah pula dengan kos sara hidup yang terus meningkat, tetapi tidak dipedulikan PH.

Dtk Husam Musa amat serius dengan dakwaannya sehinggakan dia meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden Amanah.

Mungkin amat dangkal baginya menyokong Amanah sekiranya Amanah masih bersekongkol dengan Mahathir dan bertindak bagaikan kaldai kepada DAP.

Lantas, Husam menyarankan agar PH mengambil balik 13 kerusi yang diperuntukkan kepada Bersatu pada PRU14.

Jika PH masih mahu berkompromi dengan parti baharu Mahathir, iaitu Pejuang, nescaya PH akan kalah pada PRU15 nanti.

Sungguh ironik persepsi Husam Musa terhadap Mahathir, kerana pada Mei 2017, Husamlah orang yang pertama mencadangkan kepada PH supaya mengangkat Mahathir sebagai PM ke-7.

Sebagaimana pengesahan penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusof, persepsi Husam yang sedemikian terhadap Mahathir amatlah besar kesannya.

Bagi kami dampak kenyataan Husam akan terus memusnahkan masa depan Pejuang yang baru mula merangkak, apatah lagi sekiranya Mahathir amat mengharapkan sokongan kaum Melayu-Islam, dan lebih dahsyat lagi hilangnya sokongan pengundi Melayu luar bandar.

Kaum Melayu tidak akan lupa penghinaan Mahathir terhadap mereka dan betapa celuparnya mulut Mahathir meskipun ketika Kongres ‘Maruah’ Melayu, satu platform kaum Melayu yang amat mengharapkan sokongan semangat untuk mengangkat maruah mereka. Sebaliknya Mahathir terus mengeji dan menghina kaum Melayu.

Demikianlah juga penghinaan Mahathir terhadap rakyat Sabah dan Sarawak (pribumi dan rumpun Melayu) apabila dia mengeluarkan kenyataan bahawa Sabah dan Sarawak ketinggalan kerana mentaliti rendah dan memilih jalan mudah untuk menjalani hidup mereka.

Mahathir memang terkenal dengan sikapnya yang suka mencari musuh. Sekiranya pemimpin tertinggi negara, sentiasa menjadi sasaran serangannya, maka menghina dan memusuhi rakyat adalah tindakannya yang mencerminkan sikap egosentriknya yang melampau.

Tidak hairanlah sekiranya pemimpin begini kehilangan kepercayaan rakyat.

*****

Advertisement

2 thoughts on “RAKYAT SEMEMANGNYA SUDAH LAMA HILANG KEPERCAYAAN KEPADA MAHATHIR

Add yours

  1. Gⲟod day! I simply want to offer you a huge thumbs up for the excellent info you’ve got right
    here on this post. I will be coming back to your site for
    more soon.

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: