RASUAH: GUAN ENG CUBA BUTAKAN RAKYAT DENGAN PROPAGANDA DAN PEMBOHONGAN

RENCANA UTAMA

15 September 2020

Oleh Dr Mamat Desa

Sikap berbohong dan menyalahkan orang lain, sudah menjadi jenama atau ‘trademark’ kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Dia cuba melaungkan kepada rakyat bahawa dia bersih dan tidak terlibat dengan rasuah Terowong Dasar Laut PP, bagaikan tokong batu yang bersih dan tidak suka mengusik atau diusik oleh orang lain.

Mengikut undang-undang, setelah wujudnya ‘prima facie’ (bukti) daripada siasatan SPRM, barulah mereka bertindak mengheret OKT (orang kena tuduh) ke mahkamah.

Demikianlah juga dengan kes Lim Guan Eng atau sesiapa sahaja tidak kira pemimpin atau rakyat marhaen.

Sikap egosentriknya telah mendesak Guan Eng supaya membohongi rakyat dengan propaganda bahawa dia ‘teraniaya’, ‘kes terpilih’, dan ‘UMNO balas dendam’.

Adakah mudah dan wewenangnya bagi SPRM mahupun PDRM menuduh dan mengheret seseorang dengan tuduhan yang tidak berasas?

Dipetik daripada Blog IbnuHashim

Guan Eng pernah dipenjarakan kerana berbohong, lantas ‘escapism’ atau alasan dangkal yang digunakan hanya akan terpakai pada orang ramai yang buta dan kelabu mata.

Tidakkah anehnya apabila Guan Eng memberikan nama Tommy Thomas untuk diangkat sebagai Peguam Negara, sedangkan Tommy adalah peguambelanya dalam kes pembelian banglo mewah dengan harga yang murah, manakala penjualnya mempunyai kepentingan dalam projek kerajaan PP?

Mengapa Guan Eng tidak berasa malu apabila Peguam Negara itulah yang telah membebaskannya daripada kes pembelian banglo mewah itu?

Bertambah malu lagi apabila SPRM ‘terkejut’ dengan keputusan Mahkamah Tinggi PP yang membebaskan Guan Eng setelah kes tersebut ditarik balik.

Sebagai propaganda untuk mengelabukan mata rakyat, DAP dan konco-konco Guan Eng melancarkan ‘Tabung Solidariti Lim Guan Eng,’ kononnya untuk membantunya membayar wang ikat jamin sejumlah RM1 juta dalam kes ‘Rasuah Terowong Dasar Laut PP’.

Tabung itu cuba menyatakan bahawa Guan Eng tidak ada wang sedemikian banyak untuk membayar wang jaminan.

Maka tertanamlah dalam fikiran rakyat yang ‘bodoh’, “masakan orang miskin seperti Guan Eng boleh makan rasuah beratus juta ringgit?”

Tidakkah dalam kes sogokan 10% yang dituntut daripada Pengarah Zenith Construction, dengan mudah Guan Eng boleh mendapat RM600 juta, sebagai upah membantu syarikat mendapatkan projek pembinaan terowong dan lebuh raya, sekiranya keuntungan projek adalah RM6 bilion?

Masakan RM1 juta tak mampu dibayar sehingga terpaksa merintih meminta sedekah orang ramai?

Untuk menambahkan lagi rempah-ratus prihatin terhadap Guan Eng, maka dicanangkan bahawa Guan Eng terpaksa berhutang daripada penyokong-penyokongnya sejumlah RM500 ribu untuk pembayaran pendahuluan kepada mahkamah.

Selebihnya daripada tabung solidariti itu, akan digunakan untuk membantu DAP dalam kempen PRU15 nanti untuk mengembalikan mandat rakyat kononnya.

Kalau benar DAP-PH tertegak atas mandat rakyat, mengapa tidak berani meletakkan calon di PRK Chini mahupun di Slim?

Kalau benar rakyat memberi mandat mengapa DAP tidak berani menggunakan simbol parti sendiri dalam PRN Sabah?

Adakah Guan Eng lupa apabila banyak kes pemimpin DAP yang ditarik balik dan ditutup oleh Tommy Thomas, hanya dengan menggunakan budi bicaranya semata-mata dan bukannya bukti dan fakta kes?

Dalam kes pengganas LTTE, tertuduh dibebaskan, sedangkan dalam kes aktivis Al Maunah dikenakan hukuman berat, malah dalam kes Memali, ramai orang kampung mati. Kes bekas Menteri Besar Selangor yang telah dipenjara, hampir sama dengan kes pembelian banglo mewah Guan Eng. Mengapa kes Guan Eng ditutup?

Bagi kes rasuah, jika pemimpin parti Melayu yang dituduh, akaun mereka dibekukan, dan rumah digeledah sehingga awal pagi tetapi mengapa tidak bagi kes Cina DAP.

Demikianlah sikap manusia Cina DAP ketika PH berkuasa, yang nampaknya sama dengan tingkah gerila komunis yang mendapat kuasa selama tiga minggu pada Ogos 1945 untuk membalas dendam, kerana membalas dendam adalah warisan budaya mereka.

Mereka menggunakan propaganda ‘negara akan bankrap’ ‘hutang negara RM1 trilion’, ‘negara tiada wang’ dan macam-macam lagi propaganda untuk mewajarkan pembohongan DAP.

Bukan itu sahaja, DAP cuba melindungi Guan Eng apabila mengatakan bahawa kes ‘Rasuah Terowong Dasar Laut PP’ telah ditutup oleh SPRM, sebaliknya pada 3 Julai 2020 SPRM menegaskan bahawa kes tersebut tidak pernah ditutup, dan siasatan tetap diteruskan.

Guan Eng juga mengatakan bahawa SPRM menutup kes tersebut kerana projek Terowong Dasar Laut itu ditawarkan melalui tender terbuka dan tiada unsur rasuah.

Sebaliknya pihak Zenith Construction yang diminta membayar sogokan mengaku bahawa Guan Eng menuntut 10% daripada keuntungan projek.

Guan Eng berbohong mengatakan bahawa hutang negara berjumlah RM1 trilion tetapi semasa membentangkan Belanjawan Negara 2019, dia sendiri mendedahkan bahawa hutang negara hanyalah RM686 bilion.

Guan Eng juga berbohong di parlimen apabila mengatakan bahawa kerajaan BN telah mencuri wang bayaran balik cukai GST berjumlah RM19.4 bilion yang sepatutnya dikembalikan kepada pembayar cukai.

Sebaliknya siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendapati wang tersebut tidak hilang dan tidak dicuri.

Jelaslah bahawa Cina DAP ini yang tinggi egosentriknya kuat berbohong, dan kini dia cuba menaburkan propaganda yang penuh pembohongan supaya rakyat simpati padanya dalam kes rasuah yang dikaitkan dengannya.

Apakah dia fikir dengan tindakan subjudis melalui pembohongan dan propaganda sedemikian, mahkamah akan tunduk terhadap emosi awam?

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: