TS MUSA AMAN TIDAK BERTANDING KERANA KEUTUHAN PRINSIP MENOLAK PEMBUBARAN DUN SABAH

RENCANA UTAMA

Isnin, 14 September 2020

Oleh Dr Mamat Desa

Terdapat penganalisis politik yang memberi amaran kepada UMNO bahawa BN, MN mahupun PN akan kecundang setelah mengetepikan pencalonan TS Aman dalam senarai calon PRN Sabah.

Hakikatnya BN tidak pernah menolak TS Musa Aman, baik di DUN Sungai Manila atau di mana jua beliau memilih untuk bertanding.

Sebaliknya TS Musa Aman, dengan penuh kesedaran telah menolak untuk bertanding di PRN Sabah 26 September ini.

Rakyat dan pemerhati politik harus faham sedalam-dalamnya, bahawa tindakan TS Musa adalah referendum kepada tindakannya membantah pembubaran DUN Sabah, yang meleret kepada PRN Sabah.

Sebaik-baik keputusan PRU14 diumumkan dengan keputusan majoriti mudah bagi pihak BN (29) yang disokong oleh STAR (2) yang telah mengalahkan Warisan yang disokong oleh PKR dan DAP (29), TS Musa telah ditabalkan sebagai Ketua Menteri Sabah pada 10 Mei 2018.

Namun dengan hasutan pihak tertentu berdasarkan isu utama iaitu memudahkan kerjasama dengan kerajaan Persekutuan PH-DAP, lima ADUN dikatakan telah melompat parti dan menyertai Warisan, lantas TS Musa telah dipecat sebagai Ketua Menteri Sabah.

Dengan itu juga pada 12 Mei 2018 lagi sekali pertabalan Ketua Menteri dilaksanakan dan kali ini DS Shafie Apdal pula menduduki kerusi KM tersebut.

Soal PRN akan menyelesaikan kemelut kerajaan Sabah yang ‘dipermainkan’ oleh kuasa oportunis daripada golongan kepimpinan tertinggi negeri, adalah satu persoalan.

Namun memecat beliau sebagai Ketua Menteri dalam tempoh 48 jam adalah suatu tindakan yang tidak boleh dikompromi dan ditoleransikan, yang sepatutnya dirujuk kepada Perlembagaan Negara.

Kontradiknya pada 29 Julai 2020, apabila TS Musa kembali mendapat sokongan majoriti apabila 11 ADUN penyokong Warisan telah berubah kepada BN atas alasan yang sama iaitu ‘memudahkan kerjasama dengan kerajaan Persekutuan yang kini berada di bawah Perikatan Nasional’, Shafie Apdal tidak pula mahu meletakkan jawatan dan menyerahkan kerajaan Sabah kepada BN.

Lebih rakus lagi Shafie telah mencadangkan pembubarkan DUN Sabah kepada TYT, lantas PRN terpaksa diadakan, meskipun negara berada di tengah-tengah krisis pandemik Covid19 yang masih panas.

Mengapakah TYT tidak memecat Shafie Apdal setelah TS Musa Aman mendapat sokongan majoriti ADUN untuk membentuk kerajaan baharu, sebagaimana beliau memecat TS Musa pada 12 Mei 2018?

Lantas, adakah benar spekulasi yang mengatakan bahawa beliau terhutang budi kerana Shafie kerana telah melanjutkan tempoh lantikan beliau sebagai TYT sebagaimana yang dilaporkan oleh SABAHKINI2 pada 6 Ogos 2020?

“Sebelum ini Tun Juhar pernah membantu memujuk wakil rakyat Barisan Nasional (BN) untuk melompat keluar parti pada Mei 2018, bagi menyokong Shafie menjadi Ketua Menteri Sabah. Imbuhan yang diberikan ke atas Tun Juhar ialah Shafie telah membantu menggubal undang-undang untuk tidak lagi menghadkan tempoh jawatan Tuan Yang Terutama (TYT) yang sebelum ini dua penggal sahaja,”- Zulkarnain Mahdar, Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia @ G57.

Dipetik daripada MYKMU.net

TS Musa Aman membantah pembubaran DUN Sabah, oleh itu mengapakah perlu beliau turut serta dalam PRN Sabah yang akan berlangsung pada 26 September ini?

Lebih menghangatkan situasi apabila Mahkamah Persekutuan pada 7 September 2020, telah memutuskan bahawa TYT Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Hj Juhar Hj Mahiruddin telah membuat keputusan yang salah dan bertentangan dengan Perlembagaan apabila beliau memecat TS Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah dan selepas itu melantik Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu pada 12 Mei 2018.

Dipetik daripada MYKMU.net

Dalam penghakiman 34 halaman, antara lain Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli, berkata:

Dengan keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut, tidakkah kerajaan yang dibentuk oleh Shafie Apdal sejak 12 Mei 2018, adalah kerajaan Sabah yang tidak sah dari segi undang-undang?

Tiadalah ertinya bagi TS Musa Aman untuk turut bertanding dalam PRN Sabah 26 September ini, kerana dia adalah pemimpin yang utuh prinsipnya, ‘apa ertinya dicalonkan untuk PRN Sabah, sekiranya beliau menolak pembubaran parlimen, dan apa ertinya membubarkan parlimen sekiranya kerajaan sedia ada adalah kerajaan yang tidak sah dari sudut Perlembagaan?’

****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: