
RENCANA UTAMA
Oleh Dr Mamat Desa
Pastinya PH telah memenangi hati golongan saki-baki pengganas komunis kerana dalam 22 bulan pemerintahan, mereka telah berjaya membawa balik abu mayat Setiausaha Agung atau Ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.
Isu ini telah dibangkitkan oleh Senator, Zahid Mat Arip dalam sidang parlimen baru-baru ini.
Bukan sekadar berjaya membawa pulang abu mayat Chin Peng yang menjadi musuh negara, malahan PH berjaya menabur abu mayat tersebut di kawasan hutan Banjaran Titiwangsa dan sebahagiannya di laut berhampiran Lumut.

Mungkin itulah antara mandat rakyat yang amat PH banggakan selama ini.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua telah melarikan diri ke hutan di sempadan Siam setelah gerila komunis berjaya dikalahkan oleh ATM.
Pada 1955, Chin Peng dengan sikap kecinaannya yang bongkak dan angkuh, tidak mahu menerima pelan damai YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam Perjanjian Baling, sebelum British mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Sejak itu juga Chin Peng hidup dalam buangan di sempadan Thai-Malaysia.
Tommy Thomas yang telah dilantik oleh PH sebagai Peguam Negara, sebelumnya telah membela Chin Peng, untuk kembali ke Malaysia, namun tidak dibenarkan menjejakkan kakinya di Tanah Melayu ini semula kerana dia telah mengaku dia bukan rakyat Malaysia.
Pastinya dalam minda Tommy Thomas, terkandung kecenderungan terhadap perjuangan komunis, yang sebenarnya mahu menjadikan negara ini sebagai jajahan Republik China Komunis yang mendukung ideologi komunisme.
Dalam bukunya, “Anything But The Law” Tommy telah mendesak Kerajaan Malaysia mengisytiharkan Chin Peng sebagai “one of the great liberation fighters of the second half of the twentieh century” dan “a major contributor to Merdeka” sedangkan ini bercanggah dengan pendirian ATM dan mangsa kekejaman komunis yang melabelkan Chin Peng sebagai musuh utama negara.
Satu kesilapan besar negara melantik manusia keparat ini sebagai Peguam Negara, apabila dia menyamakan Chin Peng dengan Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak dalam konteks perjuangan menuntut kemerdekaan negara.

Dengan itu juga, apabila Chin Peng telah mati pada 16 September 2013, Jemaah Menteri telah bersetuju untuk menolak permohonan membawa mayat Chin Peng, mahupun abu mayatnya kembali ke Malaysia dan di mana jua dalam negara ini.
Membenarkan mayat Chin Peng kembali ke tanah air boleh membangkitkan kemarahan waris mangsa korban yang majoritinya Melayu, dan berpotensi membangkitkan pergolakan kaum, kerana sebagaimana yang dicatatkan oleh seorang penganalisis politik, Nagata (1979:14) gerila komunis Malaya dilabelkan sebagai Cina dan Cina dilabelkan sebagai komunis.

Hebatnya agenda PH untuk mengubah sejarah, setelah abu mayat Chin Peng berjaya dibawa pulang, menular pula kes komik prokomunisme yang ditebitkan oleh konco DAP yang mahu diedarkan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia, dan kemudiannya pengibaran bendera Malaysia berbucu lima sebagaimana simbol bintang gerila komunis.

Selain itu PH juga telah berjaya membina satu budaya baru (precedence) iaitu ‘perhimpunan bekas pejuang gerila komunis’ di sebuah institut milik Dong Jiao Zong di Kajang Selangor.
Perhimpunan tersebut melibatkan kira-kira 300 orang termasuk bekas gerila komunis.
Pelbagai alasan diuar-uarkan untuk mewajarkan perhimpunan itu sebagaimana kata bekas anggota komunis Tan Yi Yu iaitu antaranya untuk ‘membetulkan salah faham terhadap perjuangan gerila komunis’.
Adakah wujud salah faham apabila, ideologi perjuangan mereka adalah untuk menegakkan komunisme yang bercanggah dengan sistem demokrasi sedia ada?

Sejarah telah mencatatkan sejumlah 18,000 rakyat telah terkorban, 40% daripadanya adalah tentera dan 60% selebihnya adalah orang awam yang tidak berdosa dan tidak pernah memikul senjata, mati dibunuh pada era Darurat 1948-1960.
Apa yang dilihat adalah agenda tersebunyi PH yang didominasi DAP, untuk mengubah sejarah dan menghidupkan semula perjuangan komunis dan ideologi komunisme.

Ia seakan-akan memberi pengiktirafan bahawa ‘pejuang komunis’ adalah wira negara sebagaimana yang dicanangkan oleh Mat Sabu suatu ketika dahulu apabila dia menyarankan agar Mat Indera (gerila komunis) diangkat sebagai pejuang kemerdekaan.

Persepsi sokongan PH terhadap ideologi komunis menjadi lebih hangat apabila, pemimpin d’facto DAP, Lim Kit Siang dikatakan sebagai salah seorang gerila komunis apabila gambarnya terpampang dalam media sosial ketika masih aktif dalam gerakan bawah tanah itu.

Bayangkanlah apa akan berlaku sekiranya PH terus berkuasa, sekiranya perkara yang dibenci oleh rakyat, terang-terangan menjadi agenda terbuka mereka?
Tidak cukup dengan itu, pemimpin DAP juga didakwa di mahkamah kerana terlibat sebagai aktivis yang menyokong pengganas antarabangsa LTTE.
Apakah erti semuanya ini? Inikah sebahagian daripada mandat rakyat yang dilaung-laungkan oleh PH?
*****
Tinggalkan Jawapan