SHAFIE APDAL HIPOKRIT DAN HILANG PRINSIP

RENCANA UTAMA

Oleh Dr Mamat Desa

Kenyataan DS Shafie Apdal bahawa “kerajaan Negeri dan Persekutuan tidak perlu selari dalam konteks membangunkan Sabah” dikecam sebagai hilang hala tuju dan kehabisan modal dalam wacana kempennya menjelang PRN 26 September ini.

Adakah Shafie lupa terhadap tindakannya menghasut ADUN BN supaya melompat parti pada 11 Mei 2018 ketika BN memperolehi majoriti 31 ADUN berbanding 29 yang menyokong Warisan?

Alasan yang diberikan adalah untuk kepentingan Sabah supaya kerajaan Negeri selari dengan kerajaan Persekutuan dalam konteks pertahanan, keselamatan, pembangunan, pentadbiran kepentingan awam, serta kewangan.

Lebih aneh lagi, pada 30 Julai lalu, prinsip Shafie Apdal berubah apabila dia mengusulkan pembubarkan DUN Sabah ketika TS Musa Aman membuktikan bahawa beliau mempunyai 33 sokongan ADUN untuk melayakkan BN mengambil alih kuasa dan sekali gus menggugurkan kedudukan Shafie sebagai Ketua Menteri.

Mengapakah Shafie begitu posesif dan tidak mahu menyerahkan kuasa sebagaimana ketika dia memiliki majoriti apabila terdapat ADUN BN yang melompat parti?

Pendirian Shafie yang menegaskan bahawa kerajaan Sabah boleh kekal sebagai pembangkang, hanya menonjolkan sikap hipokritnya yang kontradik dengan tindakannya pada 11 Mei 2018 lalu, apabila dia seakan-akan ‘merampas kuasa’ daripada TS Musa Aman.

Antara lain, lihat sahaja pengendalian kerajaan Persekutuan yang mesti diselarikan dengan kerajaan Negeri dalam krisis pandemik Covid19, untuk mengelakkan kematian rakyat yang sesetengahnya jahil tentang pendekatan melawan wabak tersebut, lebih-lebih lagi masyarakat pedalaman.

Dalam isu lebuhraya rentas Sabah-Sarawak, adakah kerajaan Negeri mempunyai keupayaan untuk mengabaikan perancangan dan pengurusan tanpa wujud kesepakatan dan kerjasama dengan kerajaan Persekutuan?

Bagaimana dengan dasar pendidikan, kesihatan, ekonomi, sosial yang semuanya perlu diselarikan untuk mewujudkan rakyat Malaysia yang bersatu-padu?

UMNO Sabah, sebagaimana reaksi DS Bung Moktar Radin menggolongkan Shafie sebagai hilang hala tuju sekali gus mahu terus rakyat Sabah menderita dan ketinggalan dalam hal mengurangkan jurang ekonomi seluruh rakyat Malaysia.

Shafie dilihat sebagai kehabisan modal apabila mengeluarkan kenyataan ‘politik murahan’ sedemikian.

Shafie lupa bagaimana tindakan kerajaan Persekutuan ketika menyekat serangan pengganas Sulu di Lahad Datu pada Februari 2013 dahulu yang telah meragut nyawa beberapa orang polis dan tentera negara.

Tanpa kerjasama dan pentadbiran yang selari dengan kerajaan Persekutuan dan pasukan pertahanan negara pastinya Sabah sudah jatuh ke tangan pengganas yang mungkin menolak sistem demokrasi dan Persekutuan Malaysia yang sedia ada sekarang.

Tidakkah Shafie melihat dan menjadikan teladan sebelum PRU14 dahulu, bagaimana Lim Guan Eng menangis mengharapkan bantuan kerajaan pusat ketika Pulau Pinang dilanda ribut taufan dan banjir besar?

Hipokrasi, keangkuhan dan pemimpin yang hilang prinsip, tidak akan membawa kebajikan kepada rakyat seluruhnya.

****

2 thoughts on “SHAFIE APDAL HIPOKRIT DAN HILANG PRINSIP

Add yours

Tinggalkan komen

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑