
RENCANA UTAMA
Oleh Dr Mamat Desa
Pada PRU14 dahulu, BN telah menang di Sabah, namun Shafie Apdal dikatakan telah menghasut beberapa ADUN BN supaya melompat kepada Warisan yang pro-PH-DAP dengan alasan untuk memudahkan urusan dengan kerajaan pusat.
Keadaan menjadi amat kusut setelah TS Musa Aman diangkat menjadi Ketua Menteri dan 48 jam kemudiannya dirampas oleh Shafie melalui pintu belakang.
Situasi berkenaan seakan berulang kembali pada hujung Julai 2020 lalu, setelah kelemahan Shafie mentadbir Sabah terdedah, lantas beberapa ADUN yang sebelumnya menyokong Warisan kini, bersatu menyokong TS Musa Aman.

Namun secara liciknya, Shafie mendesak TYT Sabah supaya membubarkan DUN, lantas PRN Sabah akan diadakan pada 26 September 2020 ini.
Timbul spekulasi bahawa Shafie Apdal sebenarnya gusar tentang penyelewengan wang rizab Sabah yang didakwa oleh kerajaan terdahulu berjumlah kira-kira RM4 bilion.
Sebaliknya Shafie menyangkal dakwaan tersebut, walaupun telah disahkan oleh Ketua Audit Negara.

Serentak dengan konspirasi PH-DAP yang mendakwa kerajaan berhutang RM1 trilion dan negara ketika itu hampir muflis, Shafie juga berbohong kepada rakyat Sabah, bahawa kerajaan negeri ketandusan dana, dan apa yang ada hanyalah tanggungan hutang.

Adakah kerana pembohongan tersebut maka Shafie terpaksa membubarkan DUN Sabah dan seterusnya terpaksa mengadakan PRN Sabah?

Tidak memadai dengan ‘rampasan kuasa’ secara jijik, kini Shafie mengheret rakyat Sabah untuk keluar mengundi dalam situasi negara dan seluruh dunia menghadapi krisis pandemik Covid19.
Walau bagaimanapun Mahkamah Rayuan sedang melaksanakan perbicaraan yang akan menentukan sama ada kedudukan Shafie selaku KM Sabah sebagai sah atau tidak, yang mula berlangsung pada hari ini (7 September).
Jika pada Ogos lalu, bekas Menteri Kewangan Persekutuan, Lim Guan Eng telah dimalukan di parlimen apabila Menteri Kewangan PN, Datuk Tengku Zafrul yang mendedahkan tentang 101 projek bernilai RM6.61 bilion yang dilaksanakan tanpa tender terbuka, kini Shafie Apdal selaku Menteri Kewangan Sabah, juga didakwa bertindak selari dengan Lim Guan Eng.
Gerakan Anti Rasuah Malaysia (GERAM), mendakwa Shafie telah memberikan projek kepada kroninya tanpa tender terbuka bernilai RM5 bilion.
Jika pada peringkat kerajaan Persekutuan, Lim Guan Eng telah memberikan projek bernilai RM6.61 bilion tanpa tender terbuka, maka hebatlah lagi Shafie Apdal apabila di peringkat negeri sahaja telah memberikan kroninya projek bernilai RM5 bilion.

Dengan itu, adakah tindakan yang paling wajar bagi Shafie, adalah membubarkan DUN Sabah daripada diheret semula ke mahkamah dan merengkok dalam lokap SPRM?
Bagi pemerhati politik, tindakan Shafie lebih dilihat sebagai langkah menyelamatkan diri dan terus kekal sebagai Ketua Menteri, kecuali setelah PRN tidak memihak kepada Warisan.
Namun hakikatnya tindakan Shafie telah membangkitkan spekulasi bahawa dia telah kalah dari aspek jumlah DUN yang kini majoritinya berpihak kepada TS Musa Aman.
Sekiranya pada PRU14 lagi sudah kalah, apatah lagi pada PRN yang akan berlangsung pada 26 September ini?
Daripada penelitian yang dibuat oleh pihak media, Warisan di bawah kepimpinan Shafie Apdal dijangka akan kalah teruk.

PRN yang diusulkan oleh Shafie hanyalah satu ‘escapism’ yang hakikatnya tidak akan membantunya untuk kekal berkuasa sebaliknya hanyalah satu tindakan adhoc untuk menghalang TS Musa Aman kembali mendapatkan hak beliau yang sah.
Namun adakah Shafie akan selamat setelah selesainya pengumuman PRN Sabah pada malam 26 September nanti?
Hanya rakyat Sabah yang menentukan segalanya.
*****
Tinggalkan Jawapan