PETRONAS MUSNAH DI TANGAN PH

RENCANA UTAMA

Oleh Dr Mamat Desa

Kerajaan PH tidak boleh dipercayai dan dibiarkan lagi menguasai Petronas kerana syarikat petroleum milik kerajaan itu dalam usaha cari gali dan perniagaan petrol, dilihat jahanam dan musnah ketika mereka berkuasa pada landskap politik negara.

Perbandingan penyata akaun Petronas pada suku kedua 2020 dengan suku pertama 2018, ketika berada di bawah pentadbiran BN, sebelum PH memenangi PRU14 memperlihatkan dengan jelasnya kemusnahan yang diperlakukan oleh PH.

Ketika PH berkuasa, walaupun rizab wang tunai Petronas jatuh RM8 bilion sahaja dari RM164.7 bilion ke RM156.8 bilion, tetapi jumlah liabiliti dan hutang Petronas telah meningkat naik sebanyak RM51.3 bilion iaitu daripada RM160.3 bilion ke RM211.6 bilion.

Jumlah rizab ekuiti terkumpul (net equity) Petronas milik penuh kerajaan juga telah jatuh sebanyak RM39.2 bilion daripada RM390.6 bilion kepada RM351.4 bilion dalam masa 2 tahun sahaja ketika PH berkuasa.

Kedudukan akaun Petronas berbeza dengan penyata akaunnya ketika BN berkuasa.

Di sebalik keuntungan Petronas sebanyak RM55.3 bilion pada tahun 2018, ia telah merosot kepada RM40.4 bilion pada tahun 2019 apabila PH mengambil alih kuasa kerajaan.

Ketika PH berkuasa, mereka telah menjual 478.43 juta saham-saham milik Petronas dalam Petronas Dagangan, MISC dan Petronas Gas, dengan harga RM6 bilion pada akhir tahun 2019.

Sepatutnya rizab ekuiti Petronas naik RM94.7 bilion (RM55.3 bilion+ RM40.4 bilion) tapi kontradiknya ia telah jatuh RM39.2 bilion – iaitu perbezaan sebanyak RM133.9 bilion.

Jika Petronas rugi RM21 bilion akibat Covid semasa PN berkuasa sejak Mac 2020, ia bermakna PH telah menjahanamkan RM111.9 bilion semasa tiada krisis Covid, hakikat ini hanya menonjolkan sifat kakistokrasi serta kerakusan rompakan kerajaan PH.

Semasa BN berkuasa Petronas telah dijaga dengan baik tanpa dijarah sebagaimana PH lakukan ibarat lintah darat.

BN hanya mengambil dividen dengan kadar sederhana dan Petronas terus berkembang melalui usaha cari gali dan perniagaan mereka.

Rizab wang tunai Petronas telah meningkat naik EMPAT kali ganda semasa BN berkuasa pada akhir tahun kewangan 2008 daripada RM45.5 bilion kepada 164.7 bilion pada suku pertama 2018 sebelum PRU14.

Rizab ekuiti terkumpul Petronas juga naik lebih TIGA kali ganda daripada RM114.3 bilion pada tahun 2008 kepada RM390.6 bilion pada suku pertama tahun 2018.

Adakah ini semua relevan untuk menuduh DS Najib Tun Razak sebagai lanun dan perompak negara sedangkan rizab tunai Petronas telah meningkat naik RM120 bilion (4 kali ganda) manakala nilai ekuiti Petronas juga naik RM276 bilion (lebih 3 kali ganda) dalam tempoh 9 tahun ketika DS Najib menerajui negara selama 9 tahun?

Hakikat sedemikian jauh berbeza dengan era PH berkuasa di bawah pemimpin tua Tun Mahathir dan kuasa Menteri kewangan DAP, Lim Guan Eng, tanpa mengira krisis pandemik Covid19, PH telah dengan ghairahnya menjarah kewangan Petronas sebanyak RM111.9 bilion.

Itupun mereka melaung-laungkan bahawa negara akan bankrap-muflis dan berbohong bahawa hutang negara di bawah kerajaan BN adalah RM1 trilion, sedangkan hakikatnya adalah RM686 bilion dengan kadar normal 47% berbanding KDNK negara.

PH tidak boleh lagi dibiarkan berkuasa, kerana merekalah perompak sebenarnya yang menolak dan mengabaikan penderitaan rakyat dengan klise ‘Negara tiada wang, Rakyat miskin jangan lagi mengharapkan bantuan kerajaan, tiada yang percuma dan rakyat disogok dengan RM30 sebagai simpati mereka, sedangkan mereka menjarah Petronas RM111.9 bilion.

Malahan PH cuba membiarkan pandemik Covid19 menular tanpa memberi perhatian kepada kemasukan warganegara China dari kota Wuhan, Hubei China yang merupakan pusat merebaknya virus pembunuh tersebut.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: