GUAN ENG JUARA PENCABUL MANIFESTO PH

RENCANA UTAMA

Oleh Dr Mamat Desa

Ahli parlimen PH cuba menjadi juara apabila mempersoalkan sama ada perbelanjaan Projek Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat telah mendapat kelulusan kabinet.

Mereka membangkitkan isu kerajaan PN di bawah pentadbiran TS Muhyiddin Yassin yang telah membelajakan wang negara untuk membantu rakyat menghadapi gejala pandemik Covid19.

Hakikatnya Perlembagaan melalui Artikel 39 telah memperuntukkan kepada PM untuk menggunakan dana negara dengan matlamat melindungi rakyat, memperkukuhkan ekonomi, dan menghadapi darurat, sebagaimana situasi negara ketika dilanda pandemik Covid19, tanpa terlebih dahulu diluluskan oleh kabinet sebagaimana juga diamalkan oleh sistem demokrasi Westminster Model of Government.

Pada awal Ogos lalu, Lim Guan Eng juga cuba hendak menjadi juara apabila membangkitkan persoalan keputusan kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang tidak dibawa ke kabinet, namun telah dijelaskan oleh Menteri Kewangan, Datuk Tengku Zafrul Abdul Aziz bahawa sebagaimana Laporan Jawatan Kuasa Kira-Kira Wang Negara yang merumuskan tidak ada kehilangan dalam kutipan hasil GST.

Kontradiknya baru-baru ini, Menteri Kewangan, Datok Tengku Zafrul telah mendedahkan 101 projek rundingan terus, bernilai RM6.61 bilion yang tiada kaitan dengan darurat atau apa jua keperluan bagi melindungi rakyat dan tekanan ekonomi negara, ketika Guan Eng berkuasa sebagai Menteri Kewangan selama 22 bulan.

Guan Eng terkedu dan terduduk setelah pendedahan tersebut, seakan-akan ia membuka pekung busuk PH ketika Guan Eng berada di kerusi Menteri Kewangan.

Tidakkah selama sebelum PRU14, PH sering melalung-laungkan bahawa sekiranya mereka berkuasa, PH tidak akan mengamalkan kelulusan projek secara rundingan terus, sebaliknya melalui tender terbuka?

Malahan hipokrasi PH itu dicatatkan dalam manifesto PH atau ‘Buku Harapan’ PH.

Kemudiannya, Guan Eng yang seakan-akan terperangkap dengan pendedahan Tengku Zafrul, telah membuat perakuan bahawa ia telah diluluskan oleh kabinet, sebaliknya bekas menteri Ekonomi DS Azmin Ali telah mencabar Guan Eng bahawa 101 projek berkenaan tidak pernah dibincangkan di kabinet.

Pengesahan DS Azmin itu juga disokong oleh bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, DS Rina Harun.

Sekiranya jumlah besar RM6.61 bilion sedemikian melalui 101 projek, tidak diluluskan oleh kabinet, maka siapakah yang berkuasa meluluskannya?

Adakah semua projek itu tersenarai sebagai projek ‘darurat’ bagi pemulihan ekonomi yang merudum dan terdesak, tindakan untuk menyelamatkan kemiskinan rakyat atau keperluan adhoc bagi mengatasi bencana yang boleh memudaratkan negara dan rakyat jika tidak dilaksanakan segera?

Senarai 101 projek PH bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus

Mengapakah isu ini hanya terdedah setelah PH tumbang?

Di manakah letaknya ketelusan dan integriti kerajaan PH sebagaimana yang mereka canangkan dalam manifesto mereka serta sokongan kuat ‘mandat rakyat’?

Di Sabah pula, DS Shafie Apdal dikatakan enggan menyerahkan kedudukannya sebagai Ketua Menteri dan memilih untuk membubarkan DUN kerana bimbang isu yang sama didedahkan apabila banyak projek pembangunan Sabah hanya tertumpu di kawasan parlimennya Semporna.

Selama 27 bulan dia berkuasa di Sabah, Shafie enggan mendedahkan ke mana perginya dana kerajaan negeri terdahulu yang berjumlah RM3.74 bilion. Adakah ia juga disalurkan melalui projek rundingan terus yang tidak dibentangkan di DUN?

Lantas, terbangkit persoalan, sama ada tindakan Guan Eng mahupun Shafie Apdal membelanjakan dana rakyat berkenaan berada dalam pengetahuan bekas PM Tun Mahathir atau didesak oleh pihak tertentu atas doktrin kronisme dan nepotisme?

Sewajarnya isu ini menjadi kes pada meja SPRM.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: