WARISAN YANG WARISKAN PATI KEPADA RAKYAT SABAH, AKAN KALAH

RENCANA UTAMA

Oleh Dr Mamat Desa

Rakyat Sabah telah menyampaikan referendum mereka semasa PRK Kimanis, betapa kemarahan mereka terhadap ‘Projek M’ yang wewenangnya membenarkan kemasukan pendatang haram tanpa izin, terutamanya daripada Filipina dan Indonesia.

Sekali gus, hati dan perasaan rakyat Sabah masih membara dibakar oleh kebencian mereka terhadap Tun Mahathir yang didakwa membenarkan pendatang asing diberikan kad pengenalan, sehingga banyaklah kemudahan awam untuk rakyat Sabah dirampas secara halus.

Sebagaimana dakwaan tegas Bekas Ketua Daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim, ‘bekas PM, Tun Mahathir adalah dalang projek kad pengenalan kepada pendatang asing di Sabah’.

Dakwaan Hassnar dikukuhkan lagi apabila Timbalan Menteri dalam Negeri ketika itu, Dtk Megat Junid Megat Ayob sendiri memperakui bahawa Mahathir telah meluluskan projek tersebut.

Akibatnya sejumlah 130,000 pendatang tanpa izin diberikan kad pengenalan pada tahun 1985 yang mengangkat status mereka sebagai warganegara.

Walau bagaimanapun SUHAKAM mendakwa sekurang-kurangnya 750,000 rakyat asing dikatakan memiliki KP tulen melalui dokumen palsu.

Parti Bersatu Sabah pula mendedahkan bahawa dalam tempoh tiga dekad (1970-2000) jumlah penduduk Sabah telah meningkat mendadak sebanyak 301% iaitu 1.954 juta, dengan 600,000 ‘rakyat baharu’ Sabah yang mendakwa diri mereka sebagai bumiputera, manakala 750,000 lagi menggunakan dokumen palsu.

Dakwaan PBS diperakui oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) yang mendapati terdapat pertumbuhan luar biasa populasi di Sabah.

Ia dilihat sebagai ‘population explosion’ atau ledakan populasi yang amat membimbangkan dan mencabar hak rakyat pribumi Sabah.

Ketua Menteri Sabah, DS Shafie Apdal, yang juga merupakan Presiden Warisan, seperti tidak sensitif terhadap isu PATI dan gejala ‘ledakan populasi’ tersebut, lantas melaksanakan pula program Pas Sementara Sabah (PSS) kepada pendatang asing untuk terus mengeruhkan lagi keadaan.

Inilah antara faktor utama kekalahan Warisan pada PRK Kimanis yang membentuk gelombang protes rakyat terhadap Warisan.

Malahan terdapat pemerhati politik yang menterjemahkan kekalahan di Kimanis sebagai ‘gelombang penolakan rakyat’ terhadap Mahathir yang sudah menular sehingga ke Sabah.

Pusat kajian ‘Ilham Centre’ mendakwa bahawa kemenangan PRK Kimanis akan membentuk satu momentum besar kepada BN untuk memenangi PRU15.

Momentum tersebut masih konsisten dan signifikan apabila BN memang besar di PRK Slim yang turut membuktikan penolakan rakyat terhadap calon tajaan parti baharu Mahathir, ‘Pejuang’.

Bukan itu sahaja, kami melihat kemenangan BN di PRK Slim bagaikan didak-bidak domino yang bermula di Cameron Highlands, Semenyih, Rantau, Tanjung Piai, Kimas dan terkini di Slim.

Hari ini rakyat melihat bahawa kemelut politik yang dibawa oleh Sahfie Apdal di Sabah menjadi bertambah kusut, apabila dia mengusulkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah, lantas PRU DUN terpaksa diadakan.

Rakyat masih ingat bagaimana BN telah menang di Sabah semasa PRU14, tetapi hasutan telah meresapi pemikiran Ahli DUN Sabah sehingga ramai yang melompat parti menyokong Warisan atas alasan bahawa kerajaan Persekutuan bukan lagi BN.

Anehnya kali ini apabila kerajaan Persekutuan bukan lagi PH, dengan licik dan ciliknya Sahfie Apdal mengusulkan kepada TYT Sabah agar DUN dibubarkan.

Isu pembangunan yang hanya tertumpu pada Semporna, kawasan parlimen Shafie Apdal juga menjadi isu besar kepada rakyat, belum lagi projek pembangunan yang diberikan kepada kroni kuatnya di situ.

Kegagalan PH melaksanakan manifesto, pembohongan hutang negara RM1 trilion, negara akan muflis, rakyat miskin diabaikan, bantuan rakyat disempitkan, DAP sebagai parti dominasi PH, manakala Mahathir hanyalah PM boneka, adalah antara faktor yang membina kebencian rakyat terhadap PH, bukan sahaja di Semenanjung, bahkan juga tertular kepada rakyat Sabah.

Mungkin inilah antara opera yang dimainkan oleh Mahathir apabila dia mencadangkan agar Shafie Apdal diangkat menjadi PM sekiranya Perikatan Nasional dapat ditumbangkan melalui usul ‘undi tidak percaya’ terhadap PM TS Muhyiddin Yassin.

Tiada apa yang akan diwariskan kepada rakyat Sabah nanti, kecualilah PATI yang hanya mencabul hak rakyat Sabah.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: