
RENCANA UTAMA
Oleh Dr Mamat Desa
Dalam kemelut ahli-ahli parti baharu Pejuang mula berebut kuasa Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan, Tun Mahathir menghalakan kritikan sinisnya terhadap Bersatu yang kini sedang mengikat janji setia bersama Muafakat Nasional.

Tanpa perlu, berselindung, Mahathir sebenarnya kecewa dan iri hati terhadap kejayaan Muafakat Nasional menarik masuk parti Bersatu, bekas ciptaannya. Apatah lagi apabila teraju Muafakat Nasional dipegang oleh musuh ketatnya, PAS dan UMNO.
Di tengah-tengah kekecewaannya terhadap kekalahan PH dan juga partinya dalam semua PRK yang telah berlangsung di Semenyih, Cameron Highlands, Rantau, Tanjung Piai, Kimanis, Chini dan kini akan kalah pula di Slim, Mahathir tidak dapat lagi menolak hakikat bahawa rakyat secara terang-terangan menolak PH, kerajaan yang telah dipimpinnya selama 22 bulan.
Kemenangan BN melangkaui negeri dari Selangor, Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Sabah, dan kini akan terangkat lagi referendum rakyat yang menolak PH dan Mahathir di Perak.
Mandat rakyat yang mereka perolehi pada PRU14, adalah mandat yang rakyat berikan tetapi dibalas dengan penipuan, pembohongan dan janji palsu kerajaan kakistokrasi PH.
Jika PH memiliki mandat rakyat, mengapakah mereka tidak bertanding di Chini, mahupun di Slim?
Mereka tidak berani bertanding di Slim tapi nampaknya mereka masih sibuk untuk menjaja ‘mandat rakyat 2018’ sedangkan ‘mandat rakyat’ yang mereka jaja itu hanyalah retorik kosong.
Sebagaimana slogan rakyat yang dilaungkan oleh Pemuda UMNO ‘Cukuplah Sekali Ditipu’ dan janganlah puak PH hendak menipu lagi, demikianlah dendam rakyat terhadap Mahathir dan PH.
Tiada apa isu yang mampu diangkat oleh penyokong PH di Slim kerana mereka tidak mempunyai calon, kecuali calon proksi Mahathir yang bertanding atas tiket bebas iaitu Amir Khusairi Mohamad Tanusi, bekas ahli Bersatu yang pernah kalah dalam pemilihan Ketua Bahagian di Teluk Intan.

Modal utama yang digunakan oleh penyokong Mahathir ialah kedudukan Amir Khusairi sebagai Peguam Syarie, yang dilihat oleh pengamal undang-undang sebagai ‘peguam kelas rendah’.
Tapi apa yang kami lihat, Amir Khusairi hanyalah tikus yang dijadikan eksperimen Mahathir, untuk menguji kekuatannya yang sebenarnya sudah pun luntur dan longlai.
Jika Mahathir sudah meninggalkan Bersatu, di manakah perginya kejantanan PKR, PAN Mahupun DAP yang heboh meuar-uarkan partinya sebagai parti mesra Melayu-Islam?
PKR, melalui Farhash Wafa Salvador (Pengerusi PKR Perak) sewaktu jenazah Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib belum lagi dikafankan, telah terus melontarkan hasrat untuk meletakkan calon di Slim, sehingga dia dan PKR dilabelkan sebagai biadab dan kurang ajar.

DAP pula mengapa tidak meletakkan calon Melayu, sedangkan mereka heboh mengiklankan sokongan kaldai-kaldai Melayu hasil didikan sekolah Demokrasi DAP?
Apa yang kami lihat, DAP telah membawa sial pada setiap kempen di enam PRK terakhir yang telah diadakan apabila PH kalah kesemuanya .
Kini Mahathir diterjah pula oleh kes cucunya yang ditahan di night club Salute yang dikatakan tidak mematuhi SOP mencegah Covid-19.
Isunya bukan sahaja mengabaikan SOP Covid-19, tetapi ialah budaya berfoya-foya di tempat yang memang diketahui sebagai sarang akses arak.

Tekanan psikologi terhadap Mahathir datang betimpa-timpa.
Lantas, pada saat akhir kempen PRK Slim yang tiada calon Pejuang, PKR, PAN mahupun DAP, Mahathir cuba mengelirukan rakyat dengan menakut-nakutkan ahli Bersatu apabila parti itu kini berpayung di bawah Muafakat Nasional.

Kata Mahathir, jika apa yang kamu tanam, itulah yang akan kamu tuai, maka kami ingin katakan pada Mahathir apa yang sedang berlaku pada Bersatu kini, adalah apa yang telah Mahathir semai, dan kini dia sedang tuai hasil semaiannya yang meleset dan gagal membuahkan hasil.
Dia telah menyemai sejak 8 September 2016 lagi, dan apabila tanaman tidak menjadi, cuma bunganya sahaja yang kembang pada Mei 2018, dengan kebaculannya dia meninggalkan Bersatu pada Februari 2020.
Kini dia menyemai pula benih-benih Pejuang dari kalangan kaum Melayu yang pernah dia hina dan caci sebagai pemalas, perompak dan penyangak.
******
Memang benar dan tepat sekali catitan saudara.Tun M hanyut dgn sikap takbur dan busuk hatinya dgn kejayaan org lain.Belisu beranggapan hanya dirinya boleh,super hebat melakukan semua perkara,tiada sesiapa yg sebenarnya.”Tersingkirlah seorang negarawan dek kerana tersadung tunggul buatan sendiri “.
LikeLike
👍
LikeLike