SADDIQ BUTA TERHADAP GEJALA PILIH KASIH PH

RENCANA UTAMA

Oleh Dr Mamat Desa

Bekas Menteri Belia dan Sukan PH, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman cuba membangkitkan isu pilih kasih kerajaan PN apabila membangkitkan kes kuarantin kendiri Dr Khairuddin Aman Razali yang dikenakan denda RM1000 setelah pulang dari Turki untuk melaksanakan tugas negara.

Malahan Dr Khairuddin telah mengambil tanggungjawab dengan memulangkan empat bulan gajinya (kira-kira berjumlah RM208,000) sebagai menteri untuk disumbangkan kepada Tabung Bantuan Bencana Negara Covid-19.

Dr Khairuddin yang merupakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi telah berjaya memulihkan pasaran minyak sawit Malaysia, setelah harga komoditi tersebut jatuh merudum apabila diboikot oleh India kerana keceluparan bekas PM yang cuba masuk campur isu politik negara itu.

Usaha keras Dr Khairuddin telah berjaya meningkatkan harga kelapa sawit yang jatuh RM900 setan kepada RM2,400 setan hasil kempen kementeriannya kepada negara-negara pengimport termasuk Turki.

Saddiq membangkitkan isu pilih kasih daripada aspek undang-undang sehingga mengeluarkan kenyataan yang amat sensitif terhadap agama Islam.

Saddiq mendakwa “kalau hudud dilaksanakan, rakyat potong tangan, menteri potong kuku”.

Saddiq membuat perbandingan dangkal dengan kes Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57, tuan punya restoran yang didenda RM12,000 dan dikenakan penjara lima bulan kerana dibuktikan telah membawa bersama wabak Covid-19 dari India sehingga mewujudkan kluster Sivagangga.

Kluster Sivagangga, sebagaimana rekod Kementerian Kesihatan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 45 individu terjangkit dan didapati positif Covid-19 di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Kementerian kesihatan mengesahkan bahawa kluster Sivagangga telah merebak dengan cepat sekali dan virus Covid-19 itu telah melalui evolusi mutasi yang menjadikannya lebih kuat untuk menularkan jangkitan.

Aspek inilah yang gagal dilihat oleh Saddiq, sedangkan Dr Khairuddin telah melalui tiga saringan Covid-19 yang didapati negatif. Beliau pulang daripada Turki pada 7 Julai dan terpaksa menghadiri sidang parlimen pada 13 Julai bagi mewakili kementeriannya.

Berbeza dengan kes Nezar yang dengan sengaja mencampuri pelanggan di restorannya dan sekali gus menyebarkan Covid-19 sehingga membentuk kluster Sivagangga.

Kes Dr Khairuddin yang gagal mematuhi SOP KKM, telah meleret-leret sehingga dia digesa meletakkan jawatan.

Saddiq lupa bagaimana desakannya terhadap rakan politiknya Waytha Moorthy dalam PH supaya meletakkan jawatan kerana memfitnah negara kononnya penganut Hindu dipaksa memeluk agama Islam jika mahu bekerja dengan kerajaan, dan jika mahu mendapatkan biasiswa, manakala kuil Hindu dirobohkan oleh kerajaan sebagai amalan deskriminasi agama.

Malahan terdapat petisyen yang ditandatangani oleh 279,156 rakyat yang mendesak Waytha Moothy meletakkan jawatan.

Adakah kerajaan PH mengambil apa-apa tindakan? Atau ia hanyalah drama PH yang penuh dengan gejala pilih kasih.

Saddiq juga lupa bagaimana keterlibatan sekumpulan pentaksub Al-Maunah yang dipenjara kerana disabitkan dengan kesalahan keganasan, malahan ketuanya dijatuhi hukuman gantung, sedangkan pihak yang dikaitkan dengan aktiviti pengganas LTTE dibebaskan begitu sahaja. Malahan kes pembebasan mereka itu dianggap sebagai penghinaan terhadap PDRM.

Tidakkah itu pilih kasih namanya?

Saddiq juga lupa tentang kes kematian Teoh Beng Hock yang dikaitkan dengan rasuah pemimpin DAP dan kerajaan membayar pampasan kepada ahli keluarganya sejumlah RM600,000.

Sebaliknya kematian anggota Bomba, Muhamad Adib Mohd Kassim yang dibunuh oleh pengganas Hindu di Kuil Mariamman Seafield dibiarkan begitu sahaja, malahan pembunuhnya lepas-bebas.

Tidakkah pilih kasih namanya?

Kenapa Saddiq tidak bising apabila banyak kes yang melibatkan kaum-puak PH, termasuk bekas Menteri Kewangan yang dilepas-bebas daripada kes rasuah, sedangankan kes pemimpin UMNO ditekan semahu-mahunya?

Lihat sahaja pendedahan Menteri Kewangan DS Tengku Zafrul tentang projek bernilai RM6.61 bilion yang diberikan oleh Lim Guan Eng kepada kroni tanpa tender terbuka.

Bagaimana pula dengan kes rasuah BNM-Forex, Maminco, Perwaja Steel, Menara Kembar Petronas dan banyak lagi?

Tidakkah semua itu merupakan kes-kes ‘pilih kasih’?

Nasihat kami, ‘kalau mulut masih disuap bubur, janganlah cuba mengunyah buah keras’.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: