MATLAMAT UTAMA MUAFAKAT NASIONAL ADALAH SEKAT KUASA DAP

RENCANA UTAMA

Oleh Dr Mamat Desa

Isu kontroversi yang terpantul daripada penyertaan Bersatu ke dalam Muafakat Nasional, pastinya adalah pembahagian kerusi, baik Parlimen mahupun DUN di semua kawasan dominasi Melayu di seluruh Malaysia di samping sejarah pembelotan terhadap UMNO.

Bagi kawasan yang telah menjadi milik warisan UMNO, dan telah turut dimenangi pada PRU14, pastinya tidak membangkitkan masalah.

Begitu juga bagi kawasan yang telah menjadi milik warisan PAS dan telah turut dimenangi pada PRU-14, pastinya juga tidak membangkitkan masalah.

Namun bagi kerusi yang dimenangi oleh Bersatu di kawasan Parlimen mahupun DUN pada PRU-14, tetapi sebelumnya adalah milik UMNO atau PAS, pastinya membangkitkan isu calon parti manakah antara ketiga-tiga parti Melayu-Bumiputera itu yang akan dicalonkan dalam PRU-15 nanti?

Kemenangan PH pada PRU-14 lebih dipersepsikan sebagai kemenangan yang diasaskan oleh janji palsu, pembohongan dan fitnah.

Dengan itu kemenangan calon PH (baik PAN, PKR mahupun Bersatu) tidak diterima oleh pengundi yang rasa tertipu, apabila mereka sedar apa yang berlaku setelah kuasa jatuh ke tangan PH yang didominasi oleh DAP.

Misalnya pada PRU-14, Parlimen Tambun telah dimenangi oleh calon Bersatu, sedangkan ia adalah kerusi warisan UMNO.

Demikianlah juga dengan Parlimen Larut, yang telah menjadi milik UMNO sejak sekian lamanya. Malahan pada PRU-14 ia juga dimenangi oleh calon UMNO tetapi calon UMNO tersebut telah belot melompat ke parti Bersatu.

Isu yang sama berlaku di lima kawasan Parlimen di negeri Johor iaitu Parlimen Muar, Pagoh, Sri Gading, Simpang Renggam dan Mersing.

Semuanya adalah kerusi Parlimen warisan UMNO, tetapi telah jatuh ke tangan Bersatu pada PRU-14.

Parlimen Mersing menambahkan lagi kehangatan isu kontroversi tersebut apabila calon UMNO yang telah menang pada PRU-14, telah melompat ke parti Bersatu.

Justeru dengan senario baharu, apabila Bersatu menyerap masuk ke dalam kesatuan Muafakat Nasional, maka terbangkitlah isu, calon parti manakah yang akan dicalonkan untuk kawasan Parlimen berkenaan.

Sewajarnya ia boleh dikompromi, namun sekiranya kedua-dua pihak berkeras untuk mempertahankan kedudukan masing-masing dengan mendakwa bahawa masing-masing memiliki sokongan majoriti pengundi, pastinya isu pemilihan calon dan pembahagian kerusi tidak akan selesai begitu sahaja.

Dengan mengangkat pembohongan, fitnah dan janji palsu PH pada PRU-14, pastinya UMNO mahu mendapatkan kembali kawasan Parlimen yang menjadi warisannya.

Perbalahan sedemikian akan meleret kepada soal sabotaj dan akan wujud kembali kes lompat parti, gunting dalam lipatan, api dalam sekam dan sebagainya.

Kawasan-kawasan Parlimen yang disenaraikan di atas, hanyalah sekadar beberapa contoh, dan belum lagi melibatkan kawasan DUN dan Parlimen di seluruh negara, baik yang membangkitkan konflik antara UMNO dan Bersatu, malahan juga antara UMNO dan PAS.

Isu hangat di Terengganu misalnya, telah menunjukkan bahawa terdapat suara-suara sumbang daripada pemimpin UMNO yang tidak mahu bersama dengan Muafakat Nasional kerana konflik antara PAS dan UMNO.

Beberapa hari lalu tertular pula puak ahli parlimen PAN yang mahu kembali ke pangkuan PAS. Adakah mereka ini ikhlas atau sebenarnya sekadar mahu memenangi PRU-15 di kawasan Parlimen yang telah mereka menangi pada PRU-14?

Tidakkah pihak PAS terpfikir bahawa mereka ini yang telah menderhakai baiyah PAS, akan melompat semula kepada PAN setelah memenangi PRU-15 nanti?

Pastinya pengundi benci pada golongan yang dikatakan sebagai ‘pelacur politik’ ini.

Rakyat mahukan pemimpin yang taat setia kepada parti, seperti DS Annuar Musa, DS Ahmad Maslan, DS Mohamed Hassan, Dtk Dr Asyraf Wajdi, (sekadar menyebut beberapa nama) dan bukan pemimpin yang lari meninggalkan parti setelah parti kalah (tak perlu disebut siapakah mereka ini).

Sekiranya tiada kompromi antara komponen Perikatan Nasional mahupun Muafakat Nasional, kita bimbang akan berlaku pertandingan tiga penjuru, yang hanya akan memenangkan PH, dan mengembalikan semula dominasi kuasa DAP.

Sebagaimana gesaan Setiausaha Agung UMNO, DS Ahmad Maslan, ahli-ahli UMNO hendaklah meredakan perbalahan antara mereka dengan parti komponen MN mahupun PN.

Perkara utama bagi Ahmad Maslan ialah MN mahupun PN harus bersatu seteguhnya untuk menyekat kuasa DAP.

DAP tidak ada sebarang kekuatan jika Melayu bersatu-padu dalam satu kesatuan yang kukuh seperti Muafakat Nasional.

Kemasukan Bersatu dalam MN adalah sesuatu yang amat baik, namun pemimpin ‘pelacur politik’ hendaklah dielakkan.

Bagi Ahmad Maslan, beliau memahami bahawa kesan dan luka pada ahli-ahli UMNO begitu mendalam apabila ramai pimpinan UMNO yang melompat ke PPBM setelah BN kalah pada PRU-14, dan ia cukup berbeza dengan luka perbalahan dengan PAS.

Ibarat kata, “Memaafkan seseorang itu adalah sesuatu yang mulia, tetapi untuk kembali mempercayai mereka yang belot dan derhaka adalah sesuatu yang amat perit dan parah.”

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: