BEKUKAN AKAUN BANK GUAN ENG DEMI KEADILAN

RENCANA UTAMA

Pada sekitar 10 Julai 2018, berkaitan kes SRC, akaun DS Najib Razak telah dibekukan dan dinafikan kebebasan peribadi walaupun mematuhi semua perintah mahkamah.

Tidakkah sebagai ketua keluarga, DS Najib perlu membayar pelbagai bil di rumah termasuk bil perubatan ibu, dirinya, isteri dan anak-anak? 

Pembekuan akaun itu menyebabkan beliau mengalami kesulitan melaksanakan tanggungjawab kepada keluarga.

Lantas arahan pembekuan akaun DS Najib lebih condong kepada tindakan pihak tertentu yang bersifat ‘mala fide’ (buruk sangka) dalam konteks perundang-undangan supaya DS Najib ditekan dan dianiaya secukupnya kerana latar politik beliau.

Dalam kes rasuah ‘Terowong Dasar Laut Pulau Pinang’ Zenith Construction adalah Zarul Ahmad Mohd Zulkifli yang telah diberikan peranan untuk melaksanakan projek infrastruktur besar-besaran, iaitu tiga lebuh raya di dan terowong dasar laut di Pulau Pinang, negeri kerajaan DAP.

Rakyat juga melihat bagaimana Zenith melangkaui pengaruhnya dalam Kementerian Kewangan apabila ia seakan-akan diberikan kuasa monopoli projek-projek mega Lim Guan Eng.

Secara keseluruhan Zenith mempunyai 31% kepentingan dalam syarikat konsesi terowong iaitu Consortium Zenith, manakala baki 69% lagi adalah milik taikun kroni Lim Guan Eng termasuk Ahli Jawatankuasa Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) yang dipelopori Penasihat PCCC Tan Sri Kok Ping dan Dato ‘Seri Choot Ewe Seng Presiden PCCC termasuk isteri Lim Guan Eng Betty Chew PCCC bersama Phang Li Khoon (penjual banglo rumah murah).

Mungkin atas faktor sedemikian, Lim Guan Eng  dikatakan telah mengarahkan Tony Pua, mastermind DAP, menggunakan Consortium Zenith ini memandangkan kepentingan DAP turut dipelihara. 

Rakyat juga melihat bagaimana Tony Pua memainkan peranan utama dalam Kementerian Kewangan ketika Lim Guan Eng dan PH berkuasa, dan sejak sebelum PRU14 lagi.

Malahan nama Tony Pua disebut oleh bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Melayu-Islam DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman dalam pendedahannya tentang strategi jahat DAP.

This image has an empty alt attribute; its file name is a-a-a-usligone-zone-4.png

Akhirnya kes ‘Terowong Dasar Laut’ telah mengheret ahli lembaga pengarah Consortium Zenith ke lokap SPRM dan dia telah mendedahkan bahawa Guan Eng menuntut 10% sogokan daripada keuntungan projek dan dikatakan sejumlah RM3.3 sudah pun dibayar.

Lantas, sekiranya akaun bank peribadi DS Najib boleh dibekukan, kenapakah akaun peribadi Lim Guan Eng dan Tony Pua tidak dibekukan?

Sebagaimana pandangan Datok Puad Zakarshi, rakyat pasti mahu keadilan ditegakkan, dan tidak berat sebelah mengikut bangsa dan latar politik.

Wang dalam akaun Guan Eng boleh saja datang daripada sumber dari wang RM3.3 juta itu.

Meskipun Sarawak Report dakwa ‘RM3.3 juta’ itu kecil sangat dengan niat membela Guan Eng, namun kecil bagaimanapun ia adalah rasuah dan rasuah adalah jenayah. Malahan ada kemungkinan ia terkait dengan rasuah lain yang lebih besar jumlahnya. Tidakkah projek mega ‘Terowong Dasar Laut’ itu mencecah RM6.3 bilion?

Datok Puad juga bertanya kepada LHDN, sudahkah siasatan terhadap aset dan modal Lim Guan Eng dibuat? Seeloknya disiasat mulai tahun 2008.

Jangan lupa siasat juga Tony Pua. Dahulu dia tekan LHDN supaya pemimpin UMNO disiasat habis-habisan, dan kini mengapa dia tidak disiasat?

Sekiranya Najib boleh didakwa kononnya meminta deraf awal laporan 1MDB, maka Lim Guan Eng juga boleh disiasat kerana meminda keputusan pembekuan akaun TS Lim Soon Peng?

Surat Tommy Thomas kepada Guan Eng bertajuk ‘Application to Release the Frozen Accounts of YBhg Tan Dri Dato’ Lim Soon Peng’ sebagai bukti kukuh campur tangan Guan Eng.

Surat tersebut mendedahkan Lim Guan Eng mengarahkan Tommy Thomas akaun Lim Soon Peng dinyahbekukan.

Semua itu membuktikan terdapat campur tangan politik yang ketara, balas dendam dan pelepasan politik oleh Lim Guan Eng.

Guan Eng wajar terima pembalasan.

Baru-baru ini khalayak media terkejut apabila Tony Pua mengeluarkan kenyataan bahawa Pengerusi Zenith, Datuk Zarul Ahmad sebagai ‘tidak boleh dipercayai’ setelah menjadi saksi utama pendakwa dalam kes projek mega Pulau Pinang itu.

Adakah sebelum ini Guan Eng telah memberikan kontrak projek mega bernilai berbilion ringgit untuk dilaksanakan kepada “seorang individu yang tidak boleh dipercayai”?

Sebaliknya terbangkit persoalan, ‘Zarul tidak boleh dipercayai dari aspek apa? Adakah tidak boleh dipercayai untuk menutup pekung Lim Guan Eng?

Atau, adakah Zarul kini tidak boleh dipercayai hanya kerana dia membantu SPRM menjadi saksi utama pendakwa terhadap kes rasuah Guan Eng?

Atau hakikatnya Zarul adalah orang yang paling boleh dipercayai SPRM?

Sebagai individu yang boleh dipercayailah maka Zenith diberikan projek mega tanpa tender terbuka seperti didakwa.

Rupa-rupanya bagi Tony Pua, projek mega itu telah diberikan kepada ‘individu yang tidak boleh dipercayai’ kerana individu yang sama telah mendedahkan sogokan 10% daripada keuntungan projek.

Amat tidak cerdiklah (dalam bahasa kasar, ‘bodoh’) sekiranya Guan Eng memberikan projek bernilai RM6.34 bilion kepada orang yang tidak boleh dipercayai.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: