PRK SLIM UJI KESERASIAN PAS, UMNO DAN BERSATU

RENCANA UTAMA

Parti komponen ‘Perikatan Nasional’ telah sah memberi laluan kepada calon UMNO untuk mempertahankan DUN Slim yang dikosongkan setelah Allahyarham Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, juga ADUN UMNO, meninggal dunia, Julai lepas.

UMNO mencalonkan Mohd Zaidi Aziz, 43, seorang ahli perniagaan anak jati Slim River, juga merangkap pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, untuk mempertahankan kerusi DUN Slim yang telah menjadi milik UMNO sekian lamanya.

Parti baharu yang ditubuhkan Tun Mahathir, atas nama Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan mencalonkan peguam Syarie, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi.

Walau bagaimanapun Amir Khusairi akan bertanding sebagai calon Bebas, atas alasan bahawa Pejuang belum didaftarkan secara rasmi. Faktor ini dilihat sebagai satu kecacatan kepada calon Pejuang.

Walaupun keupayaan Pejuang tidak boleh dinafikan, namun kami percaya kemenangan akan tetap berpihak kepada calon UMNO, setelah meneliti sejarah DUN Slim yang telah dimenangi oleh calon UMNO-BN sejak empat PRU yang lalu.

Rekod empat pilihan raya yang lalu sejak PRU ke-11 pada tahun 2004 adalah milik UMNO-BN dengan calon yang sama iaitu Datok Mohd Khusairi Abd Talib.

Manakala parti lawan yang kekal menentang UMNO-BN adalah PAS.

Kali pertamanya Bersatu bertanding adalah pada PRU14 tetapi telah kalah kepada Datok Khusairi dengan majoriti 2183 undi. Calon PAS pada PRU14 telah memperoleh 4103 undi.

Kini, Bersatu di bawah kepimpinan TS Muhyiddin Yassin, telah memberi laluan kepada calon UMNO, manakala PAS juga turut sama tidak meletakkan calon.

Pendirian politik Bersatu dan PAS yang sedemikian, adalah satu pemuafakatan yang amat baik dalam ikatan kesatuan Perikatan Nasional, meskipun terdapat suara-suara sumbang yang mengatakan UMNO tidak akan bersama dengan Perikatan Nasional pada PRU15 nanti.

Pendirian UMNO mudah difahami kerana banyak kawasan parlimen UMNO-BN telah jatuh ke tangan PH-Bersatu yang UMNO mahu pertahankan pada PRU15 nanti.

Kebanyakannya adalah kawasan parlimen yang secara tradisinya adalah milik UMNO tetapi telah jatuh ke tangan PH yang dilihat atas faktor-faktor fitnah, pembohongan dan janji palsu.

Sebagai contoh, bagaimanakah pengundi FELDA tidak cenderung memilih calon PH apabila PH berjanji akan melupuskan semua hutang-piutang peneroka FELDA.

Manakala anak-anak muda juga terpengaruh apabila PH berjanji akan melupuskan segala pinjaman PTPTN sekiranya mereka menang.

Di samping itu, DS Anwar Ibrahim pula berjanji bahawa harga petrol akan turun mendadak kepada RM1.50 seliter sekiranya PH menang dan semua tol akan dihapuskan.

Pengundi telah terpengaruh, taksub dan terasuk dengan janji-janji kosong PH yang tidak langsung mereka tunaikan.

Sebaliknya pemimpin PH lebih ghairah menjarah aset negara, manakala ekonomi negara meleset apabila pelabur asing lari ke negara lain, yang turut menyebabkan Bursa KL merudum kepada rating terburuk dunia.

PH turut menjadi popular dengan label ‘kerajaan kakistokrasi’ atau kerajaan yang dipimpin oleh tokoh-tokoh bengap, teruk dan bodoh.

Daripada rekod PRU silam, pada PRU 11,12, 13 dan 14, PAS sentiasa menjadi penentang UMNO, manakala Bersatu pula tampil pada PRU14.

Sebelum ini, PRK di Semenyih, Rembau, Cameron Highlands, Tanjung Piai, Kimanis dan Cini, semuanya di menangi oleh calon BN-UMNO setelah UMNO dan PAS mengikat perjanjian dalam kesatuan yang dinamakan Muafakat Nasional.

Kini kekuatan itu dikukuhkan lagi dengan kehadiran Bersatu di bawah TS Muhyiddin Yassin.

Meskipun terdapat sekelompok besar yang meninggalkan Bersatu, untuk turut bersama dengan parti baharu Tun Mahathir, namun kelompok Mahathir dilihat hanyalah sebagai serpihan Bersatu yang tidak setanding dengan kekuatan Muafakat Nasional (MN).

MN telah memenangi enam PRK sebelum ini yang menjangkau dari Selangor, Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Sabah dan kini akan menyelinap pula ke Perak melalui PRK Slim.

Kelemahan calon Bebas (Pejuang) dibebankan lagi apabila PKR di bawah kepimpinan Presidennya DS Anwar Ibrahim, telah sedia diketahui bersengketa dengan Tun Mahathir.

Sekiranya PH menunjukkan sokongannya kepada calon Pejuang, maka kaum Melayu Slim, tidaklah sebodoh yang mereka sangkakan apabila DAP yang menjadi musuh Melayu-Islam masih mendominasi PH.

Lusa 15 Ogos adalah hari penamaan calon, manakala 25 Ogos adalah hari pengundian awal.

Sama-samalah kita lihat kemenangan calon UMNO-Muafakat Nasional dan PN, sekiranya pengundi masih tidak lupa segala pembohongan Tun Mahathir dan kelompoknya dalam PH.

Manakala kemenangan calon UMNO, Mohd Zaidi Aziz akan menjadi satu lembaran baharu kesatuan parti politik Melayu yang menolak hipokrasi pihak lawan yang didominasi DAP dan pemimpin tua yang telah kehilangan ketrampilannya.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: