
RENCANA UTAMA
Oleh Dr Mamat Desa
Sehari-dua yang lalu, ramai ahli Bersatu (PPBM) mengisytiharkan keluar daripada parti untuk turut bersama parti baharu Parti Bersatu Rakyat Malaysia (PBRM) yang dicanangkan Tun Mahathir.
Persoalan utama yang tertonjol daripada tindakan ahli-ahli Bersatu keluar parti adalah sikap dan pendirian mereka terhadap PM, TS Muhyiddin Yassin.
Ramai yang sangka bahawa Mahathir hanya berdiri bersama lima lagi ahli parlimen sahaja, tetapi hakikatnya banyak lagi penyokongnya yang masih berselindung dalam Bersatu (PPBM), dan ada yang berpura-pura menyokong dan berpayung di bawah kuasa TS Muhyiddin.
Apa yang dikhuatiri adalah peranan mereka sebagai duri dalam daging, musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan dan api dalam sekam.
Lihat sahaja apa yang telah berlaku ketika undian dalam parlimen untuk menamatkan khidmat Speaker TS Mohamad Ariff Md Yusof.
Bagaimanakah PH memperoleh 109 sokongan, sedangkan ahli parlimen PH hanyalah 105 sahaja.

Anehnya hasil undian mendapati bahawa PH telah memperoleh 109 undi.
Meskipun pihak PN mendapat 111 undi untuk menamatkan khidmat TS Mohamad Ariff, namun timbul persoalan dari manakah datangnya 5 ahli parlimen lagi yang menyokong PH untuk mempertahankan TS Mohamad Ariff?

Sedangkan mengikut jumlah ahli parlimen yang berada di bawah pembangkang hanyalah 105 sahaja.
Jawapan yang boleh difikirkan untuk menjawab soalan tersebut adalah wujudnya duri dalam daging, gunting dalam lipatan, api dalam sekam mahupun musuh dalam selimut yang berada di sekeliling TS Muhyiddin Yassin.
Meskipun PBRM belum lagi didaftarkan tetapi ramai penganalisis menterjemahkannya ia sebagai parti yang akan terus memecah-belahkan kekuatan politik Melayu, sebagaimana strategi ‘Divide and Rule’ penjajah British untuk melemahkan kekuatan kaum Melayu ketika menjajah Tanah Melayu.
Malahan ada yang melihat bahawa, destini Mahathir tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengangkat anaknya DS Mukhriz sebagai PM, apabila Mukhriz telah diangkat sebagai Presiden dan dia sendiri sebagai Pengerusi PBRM.
Ironi sungguh sekiranya masih ada yang percaya bahawa Mahathir adalah pemimpin yang berprinsip.





Namun sememangnya sejak Tun Abdullah berkuasa prinsipnya adalah untuk mengusung anaknya ke kerusi PM namun dia gagal, dan digagalkan lagi oleh DS Najib Razak, meskipun Mahathir telah berjaya mengenyahkan Tun Abdullah daripada kerusi PM. Kini dia menganggap DS Najib sebagaimana musuh dunia-akhirat, dengan dendam kesumatnya yang tidak padam-padam.
Lantas, adakah TS Muhyiddin masih lagi relevan untuk mempertahankan parti Bersatu yang kelihatannya sudahpun tempang setelah ahli-ahlinya berpecah dua?

Atau adakah jalan yang terbaik adalah supaya TS Muhyiddin menyertai UMNO, meskipun terdapat segelintir ahli-ahli UMNO sendiri telah melaungkan bahawa pengkhianat parti tidak seharusnya diterima kembali?
Apa yang dibimbangi adalah wujudkan kumpulan sulit sebagaimana parasit yang melumpuhkan daging dari dalam, atau ‘Trojan Horse’ yang dibanggakan tetapi hakikatnya ia adalah musuh dalam selimut, bukan sahaja kepada TS Muhyiddin tetapi juga kepada semua komponen PN.
Lihatlah apabila api dalam sekam ini membakar ketika PRU15 nanti.
*****
Tinggalkan Jawapan