TABUNG SOLIDARITI GUAN ENG ADALAH OPERA AIR MATA TEPI JALAN

RENCANA UTAMA

Orang kuat DAP telah dihadapkan ke mahkamah, dan kali ini bukan lagi Tommy Thomas, kaldai DAP yang mengendalikan urusan Peguam Negara.

Kalau kes rasuah ‘banglo murah’ Guan Eng boleh ditutup begitu sahaja oleh Tommy Thomas, tetapi kali ini Guan Eng tidak lagi boleh tersenyum apabila Peguam Negara bukan lagi peguambelanya yang dilantik atas tiket politik.

Untuk mencanangkan bahawa dia tidak terbabit sama sekali dalam kes rasuah Terowong Dasar Laut Pulau Pinang maka perlulah digerakkan kempen bahawa dia tidak mempunyai wang untuk mengendalikan urusan pembelaan dan juga wang jaminan RM1 juta.

Lantas apa yang perlu DAP lakukan ialah, mencanangkan kepada rakyat bahawa Guan Eng tiada wang, Guan Eng bukan perasuah, Guang Eng perlukan bantuan kewangan daripada rakyat, Guan Eng bukan sahaja perlukan simpati rakyat, Guan Eng juga perlukan empati rakyat.

Imbuhan 10% daripada projek RM6.341 bilion hanyalah rekaan orang yang bencikan Guan Eng. Dia tiada duit, samalah dengan kempen Guan Eng dahulu diikuti jeritan Khalid Samad “Tak ada duit, tak ada duit.”

Ironinya, jumlah 10% daripada RM6.3 bilion itu adalah RM630juta. Lantas apalah sangat RM1 juta.

Kempen meraih simpati rakyat pun dilancarkan dengan menubuhkan Tabung Solidati Guan Eng bagi membantunya membayar wang jaminan RM1 juta.

Rakyat masih ingat lagi ‘Tabung Harapan’ yang digerakkan oleh Guan Eng untuk membayar hutang negara RM1 trilion, sedangkan hutang negara sebenarnya hanyalah RM686 bilion ketika PH mengambil alih.

Peliknya hutang negara tidak pun luak, sebaliknya meningkat sehingga kepada RM1.2 trilion setelah PH berkuasa selama 22 bulan. Guang Eng berjaya menipu rakyat sehingga ada yang mengorbankan wang tabung simpanan peribadi sejak kecil untuk membantu kerajaan korup PH, di samping pelbagai polemik yang terbangkit daripada isu Tabung Harapan.

Dipetik daripada Blog ‘Tinggalkan Satu Peluru”

Persoalannya, adakah wajar bagi sebuah kerajaan yang efisien mengemis daripada wang tabungan rakyat untuk membayar hutang, dan adakah PH cuba menjadikan tabiat merengek-rengek untuk ‘merompak’ wang rakyat atas kelemahan kerajaan menguruskan kewangan negara, sebagai satu budaya?

Kali ini Tabung Solidariti Guan Eng lebih hebat apabila Tony Puah, balaci DAP, merayu rakyat yang masih bodoh untuk mengumpul RM10 seminggu semata-mata untuk membayar wang ikat jamin Guan Eng yang dituduh terlibat dalam kes rasuah.

Kata Tony Puah tabung itu juga adalah untuk menegakkan keadilan.

Pastinya rakyat akan lihat perbezaan tindak balas penyokong Guan Eng dan penyokong DS Najib.

DS Najib tidak merayu simpati-empati untuk menagih wang rakyat bagi membantunya membayar wang jaminan, tetapi kesiannya Guan Eng terpaksa mengemis daripada rakyat.

Apa yang dilihat oleh penganalisis politik, hanyalah satu lagi ‘political psywar’ DAP untuk mengindoktrinasikan pemikiran rakyat bahawa pemimpin DAP adalah bersih, mereka tidak mempunyai wang, malah merekalah pejuang menentang rasuah. Hakikatnya, seluruh dunia tahu bahawa bangsa Cinalah yang menjadikan rasuah sebagai budaya perniagaan mereka sehingga mereka berjaya menguasai sebahagian daripada urusniaga dunia.

Alangkah baiknya jika puak DAP ini, duduk menyangkung di hadapan pintu bank memohon bantuan derma dan ‘sedekah’ pengunjung bank untuk mengumpul RM1 juta bagi membantu Guan Eng, pemimpin hebat DAP yang juga bekas Menteri Kewangan, yang pernah menipu parlimen bahawa wang GST telah dirompak, malahan fitnah hutang negara RM1 trilion adalah satu pembohongan terbesar dalam sejarah setengah abad usia Malaysia.

Lim Guan Eng telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan di bawah Seksyen 16 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana penyalahgunaan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Guan Eng dituduh meminta wang sogokan 10% daripada keuntungan projek lebuh raya dan terowong dasar laut Pulau Pinang daripada Pengarah Kanan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.

Tony Puah juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa baki kutipan Tabung Solidatiti Guan Eng itu akan digunakan dalam PRU15 untuk membantu DAP merampas kembali ‘kerajaan pintu belakang’ dan mengembalikan mandat rakyat yang diberikan kepada DAP-Mahathir pada PRU14.

Jelas label ‘kerajaan pintu belakang’ adalah satu penghinaan dan penderhakaan terhadap DYMM SPB YDP Agong, kerana tertubuhnya kerajaan PN adalah atas keputusan baginda dan undian 222 ahli parlimen.

Bagi Tony Puah, “Ini bukanlah kali pertama Lim perlu berdepan pertuduhan yang dibuat-buat oleh pihak berkuasa di mahkamah.”

Jadi nampaknya bagi konco-konco DAP segala pertuduhan terhadap Guan Eng hanyalah opera tepi jalan, sebagaimana drama rasuah pembelian banglo Guan Eng tempoh hari.

Lantas, benarlah sekiranya watak protagonis Tommy Thomas yang menyelamatkan Guan Eng seelok-elok DAP-Mahathir menang PRU14, sengaja diwujudkan dalam skrip untuk menghangatkan opera tepi jalan DAP itu.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: