KECELARUAN POLITIK MAHATHIR

RENCANA UTAMA

Oleh Dr Mamat Desa

Semalam (7 Ogos) apabila Tun Mahathir menerima keputusan mahkamah yang mengesahkan bahawa dia bukan lagi Pengerusi Bersatu, dia terus mengadakan sidang media untuk menubuhkan parti baharu.

Apakah hala tuju Mahathir dengan penubuhan parti baharu yang akan dinamakan Parti Bersatu Rakyat Malaysia (PBRM)? Tiada lain yang kelihatan, kecuali kecelaruannya yang terbina daripada kekusutan mindanya setelah mengkhianati rakan-rakan komponen dalam PH, PPBM, malah PKR.

Kecelaruan Mahathir tertonjol setelah PN, dengan gabungan UMNO, PAS, GPS, Bersatu serta MCA dan MIC, diperakui kuat dan utuh untuk menghadapi PRU15 yang dijangkakan akan diumumkan bila-bila masa sahaja.

Kecelaruan Mahathir diasak oleh kegelabahannya, setelah apa yang ada padanya hanyalah 5 ahli parlimen, termasuk anaknya Mukhriz yang menjadi sandaran kepada masa depannya yang amat pendek.

Manifestasi kecelaruan Mahathir itu terbongkar apabila parti baharu ciptaannya itu akan mengangkat Mukhriz sebagai presiden, manakala dia sendiri sebagai pengerusi.

Soal presiden menjadi bonekanya tidak akan lagi timbul kerana seorang anak manja pastinya sentiasa mahu berada di bawah ketiak ayahnya.

Namun bagi pemerhati politik, itulah sebenarnya punca kecelaruan Mahathir, iaitu mengangkat anaknya yang merupakan ‘political loser,’ sebagai calon PM Malaysia. Malangnya perancangannya untuk mengangkat Mukhriz sejak zaman Tun Abdullah lagi telah gagal dan meleret ke era DS Najib, dan terkini TS Muhyiddin Yassin.

Kecelaruan hala tuju dan destini politik Mahathir bukan sahaja mewarnai ‘welstanchaung’ atau pandangan dunianya yang rakus dan tamak, tetapi juga meracuni dunia politik Melayu agar ia berpecah dan berkecamuk.

Sekiranya PBRM adalah parti ‘rakyat Malaysia’ yang berbilang kaum dan bebas, pastinya ia akan menjadi saingan kepada PKR atau mungkin juga DAP.

Sayangnya Mahathir tidak boleh meloloskan dirinya ke dalam PKR, kerana sebagaimana yang dia perakui PKR telah kehilangan sokongan dan kepercayaan kaum Melayu yang menjadi komposisi majoriti rakyat negara ini.

Mahathir juga berkecelaruan kerana tidak dapat hendak menyerap masuk ke dalam DAP, kerana DAP adalah musuh kaum Melayu-Islam yang turut dibenci oleh kaum Bumiputera Sabah-Sarawak.

Namun hakikatnya, kebencian dan penghinaan Mahathir terhadap kaum Melayu, sewajarnya menjadikan DAP sebagai parti terbaik untuknya, kerana selama ini dialah yang dilihat memecah-belahkan solidariti kaum Melayu apabila dia memecah-belahkan UMNO, PPBM, dan mangsa terakhirnya ialah PKR.

DAP amat suka dan sayang kepada Mahathir, kerana kecelaruan sedemikianlah yang menjadi strategi DAP setelah DAP sendiri berjaya memecah-belahkan PAS dengan mencipta PAN.

PRU-15 boleh sahaja tercetus bila-bila masa sahaja, sedangkan parti baharu PBRM Mahathir belum lagi didaftarkan, apatah lagi membina tapak untuk berdiri sama tinggi dengan Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, sekalipun Pakatan Harapan.

Mungkin Mahathir ada jalan pintas untuk merungkai kecelaruan dan kekusutan mindanya yang seribu kedutan, iaitu dengan mencari parti lain yang sudah berdaftar untuk dibeli dan diletakkan di bawah telapak kakinya.

Itupun hanyalah satu alternatif yang dangkal yang tidak dapat hendak mengalahkan UMNO yang sudah berdiri mantap sejak 1946 dan PAS lima tahun kemudiannya pada 1951.

Apakah pula dasar perjuangan PBRM yang akan dicanangkan Mahathir nanti?

Adakah asas perjuangan PBRM adalah menentang kleptokrat seperti DS Najib dan Lim Guan Eng, melawan pengkhianat seperti TS Muhyiddin Yassin, menyerang rasis seperti Lim Kit Siang, menghapuskan sodomis seperti DS Anwar, menentang ‘kekafiran’ DS Hadi Awang atau melumpuhkan kakistokrat seperti Mat Sabu?

Semua tokoh-tokoh itu adalah cacat bagi Mahathir dalam kecelaruan dan kekusutan mindanya yang sudah berkedut seribu.

Mahathir dan PBRM tidak akan membantu membangunkan bangsa, sebaliknya dialah yang dilihat sebagai bapa ‘perpecahan’ Malaysia.

*****

Advertisement

2 thoughts on “KECELARUAN POLITIK MAHATHIR

Add yours

  1. orang melayu islam saya rasa sudah kenal siapa Mahathir madey kuti keseluruhannya sudah jemu dan jelak tidak akan percaya lagi dengan mahathir 85% tidak akan menyokong mahathir dan penyokongnya

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: