(Video) GUAN ENG AKAN DITAHAN SPRM KERANA SKANDAL TEROWONG DASAR LAUT

BERITA SISIPAN

Pada 30 Jun lalu, SPRM telah pun menahan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Jeffrey Chew Gim Eam berkaitan kes rasuah projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Projek terowong sepanjang 7.2 kilometer itu yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai telah membangkitkan kemusykilan korupsi kerana kajian pelaksanaannya sahaja telah menelan belanja RM305 juta.

Menurut Kementerian Kerja Raya, kos kajian pelaksanaan projek terowong sebanyak RM305 juta itu adalah terlalu besar, malahan 400 peratus lebih tinggi daripada sepatutnya.

Jeffrey Chew yang juga merupakan bekas Timbalan Bendahari DAP Pulau Pinang itu ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Negeri di Jalan Sultan Ahmad Shah, Georgetown.

SPRM dilaporkan menyiasat kes terowong bawah laut Pulau Pinang selepas mendapat bukti baharu.

Ramai saksi sudah dipanggil termasuk Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) Pulau Pinang selain individu dari pejabat kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) untuk direkod percakapan mereka.

Raja Petra Kamarudin, melalui Malaysia Today, dengan berdasarkan kertas siasatan SPRM berkaitan kes terowong bawah laut Pulau Pinang, telah mendakwa bahawa Menteri Kewangan ketika itu, Lim Guan Eng, dan empat Exco Kerajaan Pulau Pinang terkait dengan skandal projek bernilai RM6.341 bilion itu.

Walau bagaimanapun dalam isu itu, Guan Eng yang melancarkan projek terowong bawah laut itu menegaskan dakwaan Raja Petra adalah satu penipuan dan mengarut kerana projek terowong dasar laut berkenaan dibuat menerusi proses tender terbuka, sekali gus tidak memungkinkan wujud unsur rasuah dalam pelaksanaannya.

Terkini, sebagaimana dilaporkan oleh Suara TV, yang maklumatnya diperoleh daripada sumber rasmi SPRM, Guan Eng akan ditahan berhubung dengan skandal projek terowong dasar laut itu serta tiga lebuh raya berkaitan dengannya.

Berdasarkan siasatan SPRM dan kenyataan saksi yang direkodkan dalam siasatan sebelum ini menunjukkan ada kes yang kuat untuk mendakwa Guan Eng.

DAP juga telah memaklumkan kepada media bahawa Guan Eng telah berjumpa dengan kumpulan peguamnya bagi membincangkan mengenai kemungkinan dirinya akan ditahan SPRM.

Sebelum ini, Guan Eng juga telah dipanggil oleh pihak SPRM sebanyak tiga kali untuk memberikan keterangan berkaitan dengan skandal terowong tersebut.

Pertama kalinya dia telah dipanggil untuk hadir ke pejabat SPRM bagi membantu siasatan kes itu pada 26 Julai dan telah disoal kira-kira selama tujuh jam.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan beberapa individu lain juga dilaporkan turut memberi keterangan kepada SPRM berhubung projek mega berkenaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki, sebelum ini dilaporkan berkata siasatan adalah berkaitan pengubahan wang.

Kes itu telah disiasat oleh SPRM sejak tahun 2017.

Projek berkenaan dirancang ketika Guan Eng masih memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: