
RENCANA UTAMA
Oleh Dr Mamat Desa
Low Taek Jho atau Jho Low, individu kapitalis yang disyaki menjadi dalang utama penyelewengan dana 1MDB, dipercayai oleh PDRM bersembunyi di Macau.

Sebelum ini Jho Low dikatakan bersembunyi di Wuhan, China. Walau bagaimanapun Kedutaan China di Kuala Lumpur telah menafikan keberadaannya baik di Wuhan mahupun di Macau.
Pihak polis China telah mengesahkan bahawa mereka telah mengambil tindakan susulan dan menyiasat dengan teliti setiap petunjuk yang relevan daripada PDRM, tetapi malangnya Jho Low masih tidak ditemui.
Lebih memalukan apabila pihak polis China mendakwa, siasatan PDRM yang mengatakan bahawa Jho Low berada di Macau adalah tidak berasas dan tidak boleh diterima.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendakwa bahawa Jho Low bertanggungjawab memindahkan dana SRC berjumlah RM42 juta ke akaun DS Najib Razak.

Jho Low adalah instrumen yang amat penting dalam konspirasi menjatuhkan 1MDB kerana Jho Low adalah ‘multi-billionaire’ anak kepada Tan Sri Low Hock Peng, jutawan yang dikatakan kroni Tun Mahathir.
Semasa Tun Mahthir berkuasa sebagai PM pada 1981-2003, dia pernah memberikan beberapa kontrak kerajaan kepada Larry Low, antaranya:
- Projek kereta api Kerteh-Kuantan yang dikendalikan MWE
- Projek Light Medium Industrial buildings in Mukah
- Projek Perumahan untuk pegawai-pegawai kerajaan
- Projek Mukah Coal Stockyard
- Projek Mukah Coal-Fired Power PlantRC works for coal handling & conveyor system
- Projek Terminal Bas Kota Samarahan
- Projek Assyakirin Commercial Centre
- Projek Bandar Baru Betong termasuk Projek Terminal Bas Betong
- Projek Bintulu Sentral
- Projek Demak Laut Industrial Park
- ..dan puluhan lagi projek di bawah kendalian Pertubuhan ‘Hock Peng’

Media arus perdana, saban hari menjaja nama Jho Low seiring dengan skandal 1MDB, seakan-akan Jho Low adalah penjenayah hebat, sehebat tokoh kartel dadah Mexico, Pablo Escobar.
Namun anehnya pihak Interpol sendiri seperti gagal menjejaki Jho Low yang seakan-akan dilindungi oleh pihak tempat dia bersembunyi.

Hairannya, Jho Low yang dicari-cari, malah kononnya dengan bantuan polis antarabangsa untuk dekstradisi, tidak berjaya sehingga ke hari ini.
Lebih aneh lagi apabila Jho Low sebaliknya mendakwa bahawa tuduhan terhadapnya adalah bermotifkan politik oleh pihak Tun Mahathir dan konco-konconya.
Media juga telah menghebahkan walaupun passport Jho Low telah dibatalkan oleh beberapa negara, Joh Low masih tidak ditemui.
Lebih mengelirukan apabila Mahathir telah mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia tidak mahu berperang dengan negara lain kerana mahu mengekstradisi Jho Low, sedangkan usaha ekstradisi itu adalah termasuk dalam undang-undang antarabangsa bagi mengatasi masalah jenayah apatah lagi ia melibatkan AMLA yang mencakupi undang-undang ‘Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Pengganas.’

Suatu ketika dahulu, apabila DS Hishamuddin Hussein memberi tawaran untuk menjejaki Jho Low dengan menggunakan networknya di China, konco-konco Mahathir dengan lantang telah menolak.
Adakah watak Jho Low mesti dibawa sehingga PRU15, supaya rakyat yang ‘uneducated’ sebagaimana dakwaan Tun Mahathir, akan terus tertipu, taksub dan terasuk dengan mesej subliminal “rasuah, perompak, lanun, penyamun, pengangak”?
Lantas, dengan itu, fikiran rakyat akan terpesong dan lupa dengan rompakan dalam skandal Maminco, Forex-BNM, BMF, Perwaja Steel, pembunuhan Memali, Operasi Lalang, Pemberontakan Reformasi, Lebuhraya untuk Kroni, Tanah Menara Kembar Kroni dan banyak lagi.
Malangnya Jho Low tetap gagal ditemui atau Jho Low seakan-akan lebih hebat daripada Saddam Hussein, Osama Laden mahupun Pablo Escobar yang amat mudah dijejaki oleh Interpol.
*****
Tinggalkan Jawapan