(Video) SHAFIE APDAL AMAT LICIK DEMI KUASA, WALAUPUN DIA SEDAR WARISAN AKAN TUMBANG

RENCANA UTAMA

Oleh Dr Mamat Desa

Apabila ‘SD’ atau ‘surat akuan sumpah’ ADUN Sabah telah membentuk majoriti mudah yang berpihak kepada TS Musa Aman, DS Shafie Apdal tanpa berlengah mengadap TYT Sabah dan memohon agar DUN Sabah dibubarkan dan dengan itu PRN (Pilihan Raya Negeri) terpaksalah diadakan.

Tindakan licik Shafie membuktikan bahawa sokongan ADUN Sabah terhadapnya telah merosot.

Pihak pembangkang yang menyokong TS Musa Aman didakwa mempunyai majoriti mudah, setelah beberapa ADUN kerajaan negeri telah berpaling tadah.

Walaupun jumlah ADUN Sabah adalah 63, tetapi 33 daripadanya telah berpihak kepada TS Musa Aman.

Sayugia, timbul persoalan apakah rasionalnya untuk Shafie mengusulkan pembubaran DUN Sabah, dan dengan itu PRN terpaksa diadakan?

Sudah menjadi ‘tradisi’ bagi ADUN Sabah bertukar haluan, dan menyokong kerajaan Persekutuan setelah Pakatan Harapan tumbang pada Mac lalu. Ia bukanlah soal hasutan UMNO terhadap ADUN, kerana fenomena politik sedemikian juga berlaku setelah PH mengasai kerajaan pada PRU14, Mei 2018.

Ironinya, ketika BN telah kalah semasa PRU14 dengan diikuti oleh sekumpulan ADUN yang melompat ke kem Warisan, TS Musa Aman tidak pula bertindak sebagaimana liciknya Shafie membubarkan DUN Sabah.

Meskipun TS Musa Aman telah menubuhkan kerajaan negeri apabila BN memenangi majoriti DUN Sabah dan telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah, tetapi beliau telah dipecat serta-merta setelah Shafie mendapat sokongan daripada ADUN yang melompat parti.

Pastinya PRN akan membawa kelebihan kepada Warisan kerana Shafie berkuasa terhadap dana negeri bagi menaja perbelanjaan PRN terhadap ADUN yang menyokong Warisan.

Walau bagaimanapun, kerajaan Persekutuan tidak akan berdiam diri untuk memastikan UMNO-BN dan parti yang masih setia kepada TS Musa, berkuasa semula di Sabah.

Musa Aman menterjemahkan tindakan Shafie sebagai penganiayaan kedua terhadapnya.

Pertamanya ketika PH memenangi PRU14, tetapi UMNO tetap menguasai Sabah, Shafie telah dikatakan ‘merampas’ kuasa setelah beberapa ADUN yang menyokong kerajaan BN telah berpaling tadah dan Shafie dengan licik mengadap TYT Sabah untuk mengangkat dirinya sebagai Ketua Menteri.

Kini buat kali keduanya, Shafie mengadap TYT Sabah, bukan untuk menyerahkan kuasa kepada pihak pembangkang, sebalik membubarkan DUN Sabah dan PRN terpaksa diadakan.

Kepimpinan Shafie selama dia berkuasa, dikatakan gagal membangunkan Sabah, sebaliknya telah menumpukan pembangunan hanya di Semporna dan dipersepsikan sebagai tindakan untuk mengukuhkan kawasan DUN dan Parlimen yang dikuasainya.

Pada PRK Kimanis Januari lalu, pengundi telah memberikan amaran terhadap Shafie apabila calon Warisan telah kalah kepada calon BN-UMNO, meskipun Kimanis berada dalam Parlimen yang dikuasai Shafie.

Sebelumnya, mahkamah telah mengetepikan tuduhan rasuah terhadap Shafie yang melayakkan beliau bertanding pada PRU14.

Antara faktor yang menyebabkan penyokong Shafie berpaling tadah akhir-akhir ini adalah masalah perhubungan kerajaan Warisan yang tidak sehaluan dengan kerajaan Persekutuan yang dikuasai PN.

Lantas, lebih relevan mereka menyokong TS Musa Aman daripada UMNO yang merupakan parti komponen PN.

Meskipun pembubaran DUN akan menyusahkan rakyat dan pengundi, di tengah-tengah pandemik Covid19, serta menelan belanja yang besar, namun pihak UMNO dan parti dalam kemnya tetap bersedia menyahut cabaran Shafie untuk bertarung dalam medan PRN.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: