(Video) SHAHRIL HAMDAN PERBODOHKAN LIEW CHIN TONG

RENCANA SISIPAN

Oleh Dr Mamat Desa

Dalam satu siaran video Bekas Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong telah dilihat sebagai buta bahawa kerajaan PH yang didominasi DAP adalah kerajaan kakistokrasi yang diperakui sendiri oleh pemimpin PH.

Liew Chin Tong, yang merupakan Ketua DAP Johor, dalam bukunya ‘The Great Reset’ telah cuba mengubah sejarah dan mencanangkan kepada dunia bahawa kerajaan PH-DAP tumbang kerana pihak pembangkang telah memainkan isu perkauman.

Sebaliknya dia lupa apabila dia mendedahkan strategi  ‘bumi hangus’ atau ‘scorched earth’ DAP untuk melemahkan ekonomi dan sumber perkhidmatan awam negara supaya kerajaan terkemudian yang mengambil alih akan lumpuh dan nazak.

Chin Tong berulang kali menjaja generalisasi bahawa UMNO adalah kreptokrat, satu bentuk propaganda stereotaip yang tidak berfakta, tetapi penuh dengan klise, sama seperti apa yang Perdana Menteri PH jaja “perompak, lanun, pencuri penyangak” dan macam-macam lagi untuk mewajarkan pembohongan dan fitnah.

Berikut kami terjemahkan kenyataan Chin Tong yang loghat bahasa Inggerisnya seperti Cina “bukit” dan bidasan yang dilontarkan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Sufian Hamdan.

Kami selitkan juga sumber media untuk memperkukuhkan bidasan dan fakta yang menyokong hujah Shahril.

TERJEMAHAN

Liew Chin Tong

PM Muhyiddin Yassin tidak mempunyai majoriti di Parlimen.

Shahril Hamdan

Kamu salah, dia ada majoriti. Ia mungkin bukan majoriti yang selesa, tetapi ia tetap merupakan majoriti.

Chin Tong

Adalah sangat penting bahawa DS Anwar, Tun Dr Mahathir, DS Shafiee Apdal, DAP dan Amanah kekal bersatu.

Shahril

Lazimnya, bukan kedudukan saya atau kepentingan saya untuk menasihati pihak lawan bagaimana cara terbaik untuk dikalahkan, tetapi saya memberi kamu petua percuma, peluang kamu akan bertambah baik (untuk kalah) jika kamu kekal bersama.

Chin Tong

Kami bukan hanya menentang TS Muhyiddin Yassin, kami juga menentang DS Najib, UMNO ..

Shahril

Ya benar. Kamu menentang kami, dan kami tahu apa yang kamu cuba sampaikan. Kamu cuba menyatakan walau apa sekalipun UMNO tetap bernilai dan berpengaruh meskipun menjengkelkan perasaan kamu, malah ia menjengkel dalam kalangan penyokong kamu.

Ini adalah naratif kebencian yang kamu perjuangkan. Kebencian hanya membawa kepada kebencian juga, dan kedua-dua pihak perlu berhati-hati dengan bahasa yang digunakan kerana kamu dan saya sedia maklum terdapat unsur-unsur perkauman terhadap sebilangan pentaksub anti-UMNO, dan ia juga mempengaruhi golongan pentaksud anti-DAP.

Chin Tong

Terdapat kleptokrat yang kembali berkuasa dan ia seperti kembalinya zaman kegelapan.

Shahril

Lihat dengan jelasnya inilah jenis bahasa biadap yang tidak membantu.

Sekiranya kamu mempunyai masalah dengan kes atau isu tertentu, nyatakan hujah kamu secara fakta. Sebaliknya apabila kamu menggunakan kata-kata biadap dan membuat generalisasi tentang kleptokrat, kamu mempromosikan kebencian terhadap parti saya; sebuah parti yang mewakili sebahagian besar kaum Melayu yang telah menjadikan negara berbilang kaum ini disanjung.

Bagaimana jika saya menuduh DAP sebagai organisasi rasis yang tidak adil, atau organisasi yang amat korup, adakah itu adil?

Chin Tong

Apa sahaja keuntungan yang kita peroleh pada 9 Mei 2018, semuanya terhapus dari sejarah.

Shahril

Maaf, apa keuntungan? Keuntungan ekonomi? Keuntungan Ringgit? Keuntungan dalam hal sumbangan kerajaan yang lebih baik? Keuntungan dalam pendidikan, demokrasi?

Lihat, tidak seperti kamu, saya gembira menerima beberapa kejayaan kamu, dan pendirian saya itu diperakui.

Tetapi pada masa yang sama kamu telah gagal. Kamu semua telah gagal.

Kamu gagal memenuhi janji. Kamu gagal mengubah kehidupan rakyat Malaysia menjadi lebih baik. Kamu gagal memanfaatkan harapan yang diberikan oleh rakyat Malaysia terhadap kamu pada 10 Mei 2018.

Sebaliknya, kamu bukan meguruskan kerajaan tetapi sibuk menindas rakyat dengan projek yang membazir yang tidak ada kaitan dengan kesejahteraan rakyat, dan yang hebatnya kamu bergaduh sesama sendiri. Itulah sumbangan kamu.

Chin Tong

Apa yang berlaku pada ‘Mei 2018′ adalah kebangkitan tanpa keganasan, tetapi ia telah dirampas.

Shahril

Tidak ada sesiapa yang merampas. Kamu hanya pandai menyalahkan orang lain, kami tidak merampasnya daripada kamu.

Ia adalah perbalahan dalaman parti kamu, dan Perdana Menteri kamu telah meletakkan jawatan. Tidak ada sesiapa yang yang memaksa dia.

Berhentilah daripada menjaja pembohongan dan berhentilah dengan usaha kamu untuk mengubah sejarah.

Chin Tong

Kita perlu bersama-sama melindungi asas demokrasi.

Shahril

Itu sudah pasti, dan kita saksikan pada pilihan raya.

Chin Tong

Ini bukan hanya soal DS Anwar, Tun Dr Mahathir atau DAP, Amanah atau Warisan.

Shahril

Adakah kamu pasti bukan hanya soal mereka? Pada pandangan saya ia sebenar-benarnya mengenai DS Anwar, Tun Mahathir dan ketaksuban untuk menjadi Perdana Menteri.

Ini mengenai janji yang dimungkiri, janji tentang cita-cita peribadi kedua-dua tokoh yang telah mencemari politik negara untuk sekian lamanya.

Saya rasa ada juga yang melihat lebih jauh daripada itu.

Hala tuju kamu dengan apa jua yang berada di hadapan, telah melewahkan lagi pentaksuban ini.

Chin Tong

Ini adalah perjuangan untuk masa depan Malaysia.

Shahril

Itu saya setuju. Semoga berjaya.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: