MAT SABU JAHIL TENTANG KETUANAN KULIT PUTIH AMERIKA

RENCANA UTAMA

Oleh Dr Mamat Desa

Ahli Parlimen Kota Raja, Mat Sabu, ketika PH berkuasa telah dilantik menjadi Menteri Pertahanan. Malangnya dan memalukan negara, berdasarkan latar akademik dan ‘sifar ilmu ketenteraan’, Mat Sabu telah dilabel sebagai Menteri Pertahanan yang paling dungu dalam dunia berbanding dengan Menteri Pertahanan negara-negara lain.

Dua hari lalu, Mat Sabu yang seringkali menjadi bahan lelucon PH, telah bercakap tentang ‘White Supremacy’ Amerika Syarikat, yang disamakannya dengan ‘Ketuanan Melayu’ di Malaysia.

Dia cuba membangkitkan isu bahawa konsep ketuanan itu amat berbahaya, dengan mengambil contoh dampak ‘white supremacy’ di Amerika Syarikat.

Hujah dangkal Mat Sabu adalah seperti berikut.

“Mengutamakan membela satu kaum tanpa had, membawa bahaya. Apa yang berlaku di Amerika sebagai contoh yang baik kepada kita; White supremacy..Ketuanan orang Putih.

Akhirnya kita lihat ia berlaku berzaman, sejak zaman daripada zaman George Washinton, Lincoln, tapi kemuncaknya berlaku di zaman Donald Trump, kerana pemerintah sendiri mengapi-apikan isu perkauman, akhirnya berlaku huru-hara di seluruh Amerika.

Walaupun di zaman pandemik ini, rakyat tetap keluar tunjuk perasaan dan membawa kematian.

Inilah juga bahaya kalau kita pergi kepada ‘ketuanan Melayu’. Kita kena utarakan Melayu yang berwibawa, Melayu yang bertaqwa, Melayu yang berintegriti, bukan ketuanan Melayu…”

Komentar editorial:

Inilah masalahnya jika rakyat memilih pemimpin dungu seperti Mat Sabu kerana dia bercakap untuk menyedapkan hati pihak yang menjadikannya sebagai kerbau yang dicucuk hidung.

Mat Sabu buta sejarah kerana dia tidak melihat bahawa kaum kulit putih di Amerika Syarikat adalah kaum pendatang yang sama tarafnya dengan kaum kulit hitam.

Sebagaimana yang dicatatkan oleh Alaina Roberts:

Di sana, ‘affirmative action’ atau ‘special privileges’ kaum pendatang dijadikan alat untuk menindas kaum ‘red Indian’ yang merupakan penduduk pribumi Amerika Syarikat.

Tidak hairanlah jika hubungan kaum di Amerika berantakan sejak dari zaman Presiden Pertama, George Washington sehinggalah kepada Donald Trump, hari ini.

Malahan bukan sahaja kaum kulit hitam menentang kaum kulit putih, bahkan berlaku perang saudara (American Civil War) antara kaum kulit-putih sesama mereka kerana isu white supremacy yang memperhambakan kaum kulit hitam.

Lantas, Mat Sabu gagal untuk menterjemahkan bahawa ‘white supremacy’ adalah katalis kepada perbalahan sesama kaum pendatang.

Di Malaysia, kaum Melayu (termasuk kaum rumpun Melayu) dan bumiputera adalah kaum asal yang tidak boleh disamakan dengan kaum kulit putih Amerika mahupun kaum kulit hitam Amerika, yang kedua-duanya sama taraf sebagai kaum pendatang.

Lantas, dari aspek ‘hak’ mahupun moral, kaum pendatang Amerika tidak boleh menuntut ‘White supremacy’ kerana mereka adalah pendatang yang sama taraf dengan kaum kulit hitam. Cuma anehnya mereka mencipta undang-undang supaya ‘affirmative action’ diberikan kepada kaum pendatang.

Mat Sabu gagal merujuk Perlembagaan Malaysia perkara 153, yang cuba dipadamkan oleh kaum pendatang dan bangsa DAP, sehingga ia membangkitkan kemarahan kaum Melayu sebelum tercetusnya 13 Mei.

Isu yang berbeza di Malaysia ialah, kaum asing mencabar ‘Malay supremacy’ bukannya ‘Malay supremacy’ yang mencabar hak kaum lain sehingga meletusnya peristiwa berdarah 13 Mei itu.

Selepas PRU 1969, kaum asing telah menolak ‘Malay supremacy’ dengan sikap biadab mereka di Selangor setelah mereka kalah satu kerusi DUN.

Sebaliknya mereka bertindak seperti mereka telah berkuasa di Selangor sehingga berani menghalau ‘Menteri Besar’ keluar daripada Selangor seumpama kaum Red Indian yang dihalau dan dibunuh oleh penjajah kulit putih di Amerika.

Supremacy kulit putih amat memerlukan tenaga buruh murahan, lantas, mereka mengimport masuk kaum kulit hitam Afrika, bukan semata-mata sebagai buruh, tetapi sebagai hamba.

Adakah kaum Melayu selama ini atau pada junktur sejarah pernah menjadikan kaum Cina mahupun India sebagai hamba?

Apa yang kami lihat adalah sebaliknya!

Mat Sabu gagal melihat bagaimana sebelum tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei, ‘kaum asing’ telah mengusung penyapu besar, bukan kerana kaum Melayu menuntut ‘Malay supremacy’ sebaliknya kaum pendatanglah yang menuntut ‘imigrant supremacy.’

Penyapu besar yang menjadi ‘panji perjuangan’ mereka digunakan untuk menyapu keluar kaum Melayu, sedangkan kaum Melayu itulah yang menderita dengan cengkaman kemiskinan dan terdampar di kawasan pedalaman, jauh daripada kota besar yang dikuasai oleh kaum asing.

Dalam satu perarakan di Kuala Lumpur sebelum 13 Mei, kaum pendatang menjerit-jerit kepada kaum Melayu, “Lu sakai keluar dari Selangor, pergi masuk hutan.”

Malahan mereka menukar nama Malaysia kepada ‘Malay Si” bermaksud ‘Melayu mati!”

Mat Sabu juga gagal merujuk kenyataan Tun Tan Siew Sin yang amat berterima kasih kepada kaum Melayu dan pemimpin UMNO yang sudi menerima pendatang asing dari China dan India untuk mendapatkan taraf kerakyatan  Malaysia.

Mat Sabu juga seharusnya merujuk kepada kenyataan Tun Sambanthan, tentang bagaimanakah bangsa mereka ditolak oleh semua negara Asia Tenggara, kecuali Malaya. Tidakkah kedua-dua pemimpin utama kaum pendatang itu memperakui ‘Malay supremacy’?

Mat Sabu juga gagal memanfaatkan bidalan Melayu “seperti Belanda mendapat tanah,” “berikan betis hendakkan paha”, dan “kalau lintah itu tidak kecil, pasti merah seluruh sawah”.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: