DESTINI MAHATHIR ADALAH UNTUK MUSNAHKAN KUASA POLITIK MELAYU

RENCANA UTAMA

Oleh Dr Mamat Desa

Mahathir menyimbahkan ‘air mata keling’ atas pentas Pemilihan Agung UMNO 2002, setelah mendapat maklumat bahawa sokongan kepimpinan Melayu dan rakyat terhadapnya telah jatuh merudum.

Daripada komentar rakan spekulasi mata wang asing, George Soros, Mahathir hanya berpura-pura menitiskan ‘crocodile tears’, kerana dosa-dosa skandalnya yang sekian banyak.

Malahan Soros menggelar Mahathir sebagai ‘corrupt moron’ dan ‘Marcos Malaysia’ yang telah banyak menipu dan menjarah wang negara melalui kroni-kroninya.

Dalam ‘tangisan keling’ 2002 itu dia turut mencanangkan bahawa dia akan meletakkan jawatan, tetapi satu jam kemudiannya dia menarik balik keputusan tersebut.

Semuanya berulang kembali pada 2020 apabila Mahathir sendiri memaklumkan kepada DYMM Agong bahawa dia meletakkan jawatan sebagai PM, lantas membubarkan kerajaan PH.

Dengan lakonannya yang hampir sama, setelah DYMM menabalkan TS Muhyiddin sebagai pengganti, Mahathir menarik balik keputusannya dan menuntut kembali jawatan PM disertai tuduhan bahawa Muhyiddin adalah pengkhianat, dan DS Najib adalah punca segalanya.

Pada 2003 walaupun dia telah benar-benar meletakkan jawatannya sebagai PM dan mencadangkan Tun Abdullah Badawi sebagai pengganti, namun dia bertindak sebagai Tok Dalang yang mahu menjadikan Tun Abdullah sebagai bonekanya.

Rakyat amat gembira apabila Mahathir meletakkan jawatan dan manifestasi kegembiraan rakyat terlihat pada keputusan PRU11 (2004) apabila BN telah memenangi 90.4% kerusi parlimen setelah UMNO berjaya menguasai 109, MCA 31, Gerakan 10, MIC 9, dan parti komponen BN yang lain 39.   

Dengan itu, PRU11 telah membuktikan rakyat sememangnya menolak Mahathir dan amat gembira melihat dia meletakkan jawatan.

Walaupun tidak lagi berkuasa sebagai PM, Mahathir mahu mengangkat anaknya Mukhriz menerajui UMNO dan seterusnya dijulang sebagai PM.

Namun kehadiran DS Khairy Jamaluddin yang diterjemahkan sebagai pemimpin muda intelektual UMNO telah membantutkan segala harapan Mahathir, apatah lagi karisme anaknya Mukhriz sebagai pemimpin politik tidak begitu menonjol.

Memburukkan lagi percaturan politik Mahathir, Khairy adalah menantu Tun Abdullah.

Dari situlah bermulanya konflik Mahathir dengan Tun Abdullah Badawi.

Antara tindak balas Mahathir adalah menghasut kaum Cina Pulau Pinang supaya menentang UMNO-BN, sehingga wujudnya tsunami Cina pada PRU12 (2008) untuk memusnahkan kubu kuat Tun Abdullah di negeri itu.

Pada PRU12 Mac 2008, BN telah kehilangan lebih 30% daripada apa yang telah dimenangi pada PRU11. Itulah kali pertama dalam sejarah BN gagal untuk memperolehi majoriti dua pertiga.

Undi kaum Melayu terhadap UMNO merosot 37%, undi kaum Cina terhadap MCA merosot 52%, undi kaum Cina terhadap Gerakan merosot 80%.

Pastinya sejumlah besar sokongan pengundi Cina terhadap MCA dan Gerakan telah beralih kepada DAP yang tersohor sebagai musuh Melayu-Islam.

Bukan itu sahaja, lima buah negeri, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor telah jatuh ke tangan pembangkang.

Jelaslah, kempen hasutan Mahathir supaya pengundi Cina belot pada BN, dan hasutannya supaya kaum Melayu sendiri tidak memilih BN, telah berjaya.

Hala tujunya yang lebih besar adalah untuk mengepalai barisan pembangkang supaya dia dapat meruntuhkan kuasa politik Melayu.

Lantas, pada Mei 2008 dengan rasminya dia meninggalkan UMNO, dan sekaligus menghasut ahli-ahli UMNO supaya turut mengikut jejak-langkahnya.

Dalam satu majlis dailog anjuran Dewan Perhimpunan Melayu Kedah yang dihadiri kira-kira 1,000 orang, Mahathir mencadangkan agar Ketua-ketua Cawangan dan Bahagian UMNO keluar parti beramai-ramai sebagai satu tindakan mendesak Tun Abdullah meletakkan jawatannya sebagai PM.

Mahathir telah menggesa kesemua menteri UMNO, Timbalan Menteri dan semua peringkat pemimpin, supaya bersama dengannya keluar daripada UMNO tanpa mahu sedikitpun menilai bahawa UMNO-lah yang merupakan suara Melayu-Bumiputera, membela kaum Melayu-Bumiputera menentang penjajah British, Malayan Union dan komunisme yang mahu menyamaratakan kedudukan Bumiputera dengan kaum pendatang.

UMNO jugalah yang telah berjuang mempertahankan hak istimewa kaum Melayu-Bumiputera, kedudukan Raja-Raja Melayu serta agama Islam sehingga ia terakam dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mahathir telah mencanangkan bahawa dia tidak yakin terhadap kepimpinan Tun Abdullah, dan dalam agendanya dia mahu mengangkat DS Najib sebagai pengganti supaya anaknya Mukhriz mempunyai laluan mudah.

Sebaliknya apa yang dirasai oleh DS Najib ialah dirinya cuba dijadikan boneka pemimpin yang rakus kuasa dan kekayaan dunia.

Pada 2009 DS Najib gagal membantu mengangkat Mukhriz sebagai Ketua Pemuda UMNO, sebaliknya Khairy Jamaluddin yang berjaya.

Kemudian pada 2013, lagi sekali DS Najib gagal membantu Mukhriz memenangi jawatan Naib Presiden UMNO, sebagaimana diharapkan oleh Mahathir.

Kedua-dua kegagalan Mukhriz itu telah mencetuskan kemarahan Mahathir yang amat sangat terhadap DS Najib, meskipun Mukhriz telah diangkat sebagai Menteri Besar Kedah.

Hari ini rakyat melihat segala perbuatan dan tindakan Mahathir berulang kembali, sebagaimana sejarah pembelotannya terhadap kuasa Melayu berulang.

Perhimpunan ‘Bersatu Blackout’ pada 19 Julai 2020, di Alor Setar mengulangi perhimpunan hasutan Mahathir ke atas pemimpin UMNO supaya meninggalkan parti pada Mei 2008.

Dia cuba mendakwa dan menjaja bahawa penggugurannya sebagai ahli Bersatu adalah tidak sah, sedangkan ROS sendiri telah mengesahkan bahawa jawatannya sebagai Pengerusi Bersatu telah terlucut..

Selama 22 tahun berkuasa, Mahathir pada hakikatnya tidak membawa kebaikan yang bermakna kepada rakyat kecuali pembangunan fizikal dan kekayaan sebilangan kroni dan kaum keluarganya, sedangkan perkara-perkara lain hanyalah satu retorik dan ilusi politik.

Dialah yang memulakan tradisi penswastaan yang menjarah wang rakyat dan menjerut leher rakyat, sebaliknya hanya memberi laba kepada kroninya.

Sejak dia memfitnah PM pertama, Tunku Abdul Rahman Putra, Mahathir terus merosakkan reputasi semua pemimpin lain yang berada di sampingnya; Tun Hussein Onn, Tun Abdullah Badawi, DS Najib Razak, DS Anwar Ibrahim, YM Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Musa Hitam dan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas yang semuanya menolak untuk dijadikan bonekanya. Dia juga berkonflik dengan Raja-Raja Melayu.

Apa yang terlihat sekarang, setelah dia menguasai barisan pembangkang Pakatan Harapan, Tun Mahathir hanya memperkukuhkan kuasa bukan Melayu.

Daripada komposisi kerusi parlimen PH dengan 64 Bukan-Melayu, dan hanya 40 kerusi parlimen Melayu, adakah PH boleh dipertanggungjawabkan untuk membela kaum Melayu-Bumiputera, apatah lagi agama Islam?

Adakah relevan bagi rakyat Melayu-Bumiputera-Islam untuk menolak TS Muhyiddin Yassin, mahupun DS Najib Razak dan menerima PH sebagai parti yang berkuasa?

Jumlah 64 kerusi parlimen itu adalah milik bukan Melayu-Bumiputera yang hakikatnya adalah kaum pendatang yang menetap di Tanah Melayu ini atas ikhsan pemimpin Melayu sendiri.

Sedangkan 80% daripada kerusi parlimen kerajaan PN yang dipimpin oleh TS Muhyiddin Yassin adalah kerusi Melayu-Bumiputera-Islam.

Relevankan jika Mahathir mahu membela nasib dan masa depan kaum Melayu-Bumiputera, sedangkan dia hanyalah boneka DAP sebagaimana yang dia perakui?

Tahun 2020 adalah destini Wawasan Mahathir untuk mengangkat taraf hidup rakyat, dan menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi, sebaliknya Mahathir hanya menjadikan negara ini negara kroninya, dan mencekik leher rakyat apatah lagi golongan miskin, manakala semasa PH berkuasa, ekonomi Malaysia adalah tercorot di rantau Asia Tenggara.

Jelaslah amanat Fadzil Noor supaya umur Mahathir dipanjangkan Allah, agar rakyat dapat melihat siapakah dia yang sebenar-benarnya.

Dia tidak lekang daripada teknik propaganda Yahudi; “If lies and fallacies were to be repeated, then in the end people will believe those lies as truth.”

Dengan itu dia sering berulang-ulang mencanangkan keburukan, memfitnah dan mencaci-cerca pemimpin lain, khususnya DS Najib, DS Anwar Ibrahim dan kini TS Muhyiddin.

Apakah matlamat Mahathir sebenarnya?

Jika dia mahu mengangkat anaknya Mukhriz, apakah dia tidak sedar bahawa Mukhriz telah beberapa kali gagal memimpin kerajaan Negeri Kedah?

Pastinya lebih mudah bagi Mahathir untuk memaksa anaknya menjadi boneka daripada memaksa orang lain.

Dipetik daripada Korek Bongkar Dedah

Rakyat tahu bahawa Mahathir sedang menunggu tarikh 28 Julai, tarikh bagi Mahkamah menentukan kedudukan DS Najib. Jika DS Najib dibebaskan maka dia akan berkata bahawa TS Muhyiddin Yassin adalah ‘Tok Dalang’ kepada ‘watak-watak wayang kulit undang-undang negara’.

Jika Najib disabitkan, ke mana pula hala tuju Mahathir? Adakah dia akan bersama dengan Warisan, sedangkan Warisan mempunyai undang-undang bahawa hanya anak jati dan pribumi Sabah sahaja yang boleh menjadi ahlinya?

Lantas ke mana lagi Mahathir akan mencari jalan untuk menerobos pintu-pintu parti politik yang sudi menerimanya? Tak mungkin MIC kerana MIC berada di sisi UMNO, sama dengan PN yang dijaga rapi kesinambungan hayatnya oleh UMNO.

Mungkin pilihan terbaik Mahathir ialah DAP. Malangnya adakah kaum Cina DAP sudi menerima Mahathir dalam parti mereka kerana orang-orang Melayu yang mereka terima masuk hanyalah kaldai-kaldai tunggangan yang dicucuk hidungnya. Atau adakah Mahathir akan menubuhkan parti baharu, untuk terus memecahbelahkan kuasa politik Melayu?

Inilah yang menjadi tanda tanya rakyat, setelah Mahathir memecah-belahkan UMNO, PKR, PH, dan akhirnya dia juga memecah-belahkan partinya sendiri, Bersatu.

Rasanya Mahathir pastinya gembira melihat kuasa politik Melayu musnah atas tindakannya yang lewah dengan keserakahan nafsu untuk berkuasa.

******

Advertisement

One thought on “DESTINI MAHATHIR ADALAH UNTUK MUSNAHKAN KUASA POLITIK MELAYU

Add yours

  1. Bagus…Cungkil & Cungkil lagi!Atok dah nyanyok…Sesiapa yg duduk di-era CheDet lebih maklum cuma kasihan Gen Y & Z!Lucutkan gelaran Tun yg disandang oleh nya agar beliau dapat didakwa & dibicarakan tentang kekayaan yg dimilikinya terlalu melampau aka ada unsur² Rasuah yg perlu disiasat secara terperinci…Rakyat perlu Tahu!

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: