
RENCANA UTAMA
Oleh Dr Mamat Desa
Ketika PH berkuasa, negara dikejutkan dengan pendedahan Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong tentang strategi ‘bumi hangus’ untuk memusnahkan segala sumber kekuatan musuh bukan sahaja lojistik peperangan, tetapi juga institusi kewangan, sosial, pendidikan, sistem komunikasi, bekalan elektrik dan air.
PH mendakwa hutang negara RM1 trilion, untuk mewajarkan mereka menjual aset negara secara rakus, sambil menyebarkan propaganda bahawa hutang negara mencecah RM1 trilion.
Sebaliknya ia terbongkar sebagai pembohongan Guan Eng dan Mahathir, apabila hakikatnya jumlah hutang negara hanyalah RM686 bilion setelah dilaporkan dalam Pembentangan Bajet 2019.
Ironinya, kerajaan PH-DAP terus menambahkan hutang negara lebih RM300 bilion semasa mereka berkuasa, sehingga ia benar-benar mencecah RM1 trilion sebelum mereka tumbang.

Adakah semua operasi penjualan aset negara itu merupakan sebahagian daripada strategi Guan Eng- DAP untuk ‘membumihanguskan’ negara, dan kemudiannya rakyat akan melutut kepada kapitalis bangsa DAP?
Guan Eng mengaku bahawa dia sebagai Menteri Kewangan terpaksa menjual aset negara, malahan menambah hutang, kononnya demi melangsaikan hutang negara.

Tapi setelah PH tumbang, Guan Eng mengeluarkan kenyataan yang berkontradik 180 darjah dengan kenyataannya ketika berkuasa “Jual aset untuk langsaikan hutang negara” dengan kenyataan semasa “Saya tak jual aset negara.”
Adakah rakyat sebegitu bodoh untuk mempercayai kenyataan Guan Eng, sedangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh telah mengesahkan penjualan aset negara adalah atas arahan Menteri Kewangan Malaysia.

Hebatnya Guan Eng bermain silap mata, sedangkan Menteri Kewangan baharu Datok Tengku Zafrul mengesahkan kedudukan kewangan negara adalah kukuh, sehingga kerajaan dapat melaksanakan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin bernilai RM250 bilion untuk menghadapi situasi darurat Covid19.


Lebih daripada itu, setelah PH tumbang, Guan Eng memperakui bahawa penjualan aset negara adalah satu kesalahan ketika kedudukan ekonomi negara kukuh.
Apa yang terselindung di sebalik tabir silap mata Guan Eng ialah aset negara dijual dengan harga yang jauh lebih murah daripada nilai semasa.

Untuk merasionalkan penjualan, Guan Eng mendongengkan kepada rakyat bahawa ekonomi negara sedang nazak dan negara hampir muflis.
Antara aset negara yang telah dijual dengan begitu rakus adalah seperti berikut:

PH juga didakwa bertanggungjawab menjual 14 anak syarikat Tabung Haji Plantation (THP) pemilik ladang kelapa sawit seluas 76,975 hektar kepada Tamaco Plantation, syarikat kroni DAP.
Namun mengapakah wang jualan aset negara, tidak direkodkan dalam perbelanjaan negara? Ke manakah perginya semua wang jualan aset itu dan tambahan hutang negara sebagaimana dipersoalkan oleh Timbalan Presiden UMNO DS Mohamad Hasan?

Jumlah kasar penjualan aset negara yang disenaraikan adalah sekitar RM35.789 bilion atau dengan kadar RM2.5 juta setiap jam PH berkuasa selama 22 bulan.
Guan Eng telah memberikan rasional bahawa aset yang dijual adalah untuk mengurangkan liabiliti dan wajar dijual untuk melangsaikan hutang negara.

Sekiranya aset yang dijual adalah liabiliti dan tidak menguntungkan, mengapakah berpusu-pusu pihak yang mahu membeli dengan modal berbilion ringgit?
Guan Eng juga memberikan alasan bahawa penjualan aset berkenaan adalah untuk membayar hutang 1MDB.
Adakah ini sebahagian daripada propaganda PH supaya rakyat terus membenci bekas PM, DS Najib dan memperkukuhkan label ‘perompak, pencuri, penyagak, lanun’ sebagaimana yang dijaja oleh Mahathir?
Namun hakikatnya satu sen pun tidak digunakan oleh Guan Eng untuk membayar hutang 1MDB, malahan dana Petronas dijarah tanpa diketahui apa tujuannya kerana tidak dibentangkan di parlimen dan tiada rekod saluran perbelanjaan negara.
Guan Eng juga pernah menyatakan bahawa PH hanya berbekalkan RM450 juta sahaja untuk mengurus tadbir negara. Ia satu pembohongan yang amat ketara.
Selari dengan itu PH beretorik dengan gimik “negara tidak ada duit” “rakyat harus ikat perut” “tiada apa-apa yang percuma” dan “rakyat miskin jangan mengharapkan bantuan kerajaan”.
Menteri Kewangan PN, DS Tengku Zafrul juga telah membangkitkan persoalan, apakah muslihat dan agenda tersembunyi Guan Eng dan Mahathir menipu rakyat, sedangkan negara tidak perlu menambah hutang?

Nampaknya silap mata Guan Eng tidak menjadi, dan SPRM sedang menanti masa untuk menerjah, di samping skandal Terowong Bawah Laut yang kini menjadi mimpi ngeri Guan Eng.
*****
Tinggalkan Jawapan