KHALID SAMAD ‘CAP AYAM’ – TWEETS DS JOHARI AG

RENCANA SISIPAN

Pengundi Shah Alam sewajarnya berasa amat malu kerana mengundi calon Amanah Khalid Samad setelah pelbagai ‘kegilaan’nya sehingga dia dilabel sebagai ‘cap ayam’ setelah tembelangnya pecah terkait dengan isu tanah Kg Baru, KL.

Bekas Menteri Kewangan II, DS Johani Abdul Ghani dalam Tweets telah menciap tentang gelagat Khalid memutar-belit isu ‘pembelian tanah Kg Baru, Kuala Lumpur’.

Sebelum ini Khalid pernah mengeluarkan kenyataan kontroversi bahawa “Nabi pun tidak tunai janji” demi menutup kegagalan PH melaksanakan manifesto. Ramai ulama yang mengutuk keras kenyataan salah Khalid itu.

Dia juga pernah dilabelkan sebagai hipokrit apabila berjanji “Hari ini kita menang, Esok subuh kita tutup kilang Arak” tetapi sebaliknya setelah menang, jangankan hendak menutup kilang arak itu, Khalid menawarkan tapak baru sekiranya Carlsberg ingin melebarkan lagi perusahaannya.

Lebih hipokrit lagi apabila Khalid, ketika menjawat jawatan Menteri Wilayah Persekutuan PH, telah membenarkan Oktober Fest atau lebih dikenali sebagai ‘Pesta Arak Oktober’ dijalankan di Kuala Lumpur .

Sepatutnya Khalid menghentikan program Oktober Fest dan menasihati bekas Presiden PH, Tun Mahathir apabila anaknya menjadi pemilik kilang arak San Miguel yang terkenal dan terbesar di Filipina.

Pengkritik politik tersohor MalaysiaToday, Raja Petra pernah melabelkan Khalid sebagai “pemimpin PAN yang otaknya dah tak betul.”

Dalam ciapannya, DS Johari Abdul Ghani mencatatkan sewaktu Khalid mengumumkan untuk membeli setiap tanah Kg Baru dengan nilai RM1,000 kaki persegi dia menyokong Khalid dengan syarat tiada sebarang paksaan dikenakan kepada pemilik tanah untuk menjualnya. Mana-mana pemilik yang berminat boleh terima tawaran itu.

Malangnya tawaran yang dibuat YB Khalid Samad ini hanya “gurau senda” rupanya. Apabila kerajaan PH jatuh barulah DS Johari tahu bahawa sebenarnya kerajaan PH tidak pernah menyediakan peruntukan membeli tanah Kg Baru, tidak ada sebarang agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk membeli tanah ini.

Kabinet pada ketika itu juga tidak pernah meluluskannya. Tidak ada sebarang syarikat swasta atau pelabur yang tampil ke hadapan yang sanggup membayarnya. Inilah masalah kita bila ada pemimpin yang bercakap tidak menggunakan akal fikiran. Memang “cap ayam” betul lah mamat ni.

Sebelum ini ketika PH masih berkuasa, Khalid juga telah ditempelak kerana mengeluarkan kenyataan palsu bahawa terdapat seorang jutawan Qatar yang mahu melabur di Malaysia melalui projek kereta nasional Malaysia yang dengan nilai pelaburan RM1.6 trilion.

Kenyataan Khalid itu kemudiannya disanggah oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Redzuan Yusof.

Nampaknya pembohongan kerajaan PH yang kini telah tumbang menjadi-jadi daripada era prapemerintahan dan juga pascapemerintahan.

Sungguh memalukan apabila rakyat memilih tokoh pemimpin cap ayam sebegini.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: