
RENCANA UTAMA
Oleh Dr Mamat Desa
Rakyat Malaysia dan dunia seluruhnya hairan mengapakah Tun Mahathir tidak henti-henti mengutuk DS Najib Razak, sehingga membawa kepada penghinaan kaum keluarga dan kutukan terhadap keturunan DS Najib.
Sekiranya DS Najib bersalah dari aspek jenayah komersil atau jenayah apa jua, maka Mahathir sepatutnya sebagai umat Islam, serahkanlah sahaja kepada mahkamah, sebagaimana DS Najib sedang hadapi sekarang ini.
Mengapakah Mahathir harus menjaja dan mencanangkan dari sehari ke sehari dengan disertai penghinaan, jika tidak maki-hamun, untuk meletakkan undang-undang pada mulutnya. Adakah dia cuba mempengaruhi dan lantas menghina mahkamah?
Mahathir tidak sedarkah rakyat melihat bahawa dia juga mempunyai kaitan dengan pelbagai jenayah penyelewengan kuasa yang bukan sahaja melibatkan kerugian dana negara, malahan pembunuhan pihak yang cuba menyiasat.
Bukanlah kami cuba hendak menjadi pengamal undang-undang, namun CIA pernah mendakwa bahawa Mahathir terkait dengan pembunuhan akauntan Jalil Ibrahim yang cuba menyiasat kes skandal BMF suatu ketika dahulu.

Bukan itu sahaja, banyaklah lagi kes yang telah mendedahkan kebankrapan GLC yang terkait dengan Mahathir dan membangkitkan persoalan ke mana hilangnya dana negara seperti skandal Forex-BNM, Perwaja Steel, Maminco, MAS dan banyak lagi.

Namun tiada siapa yang mahu menjaja, ‘mewirid’, mengutuk, dan menghinanya saban hari, seakan-akan ‘mendewa-dewakan’ dirinya sebagai manusia kleptokrat yang sia-sia dipanjangkan umurnya.
Kontradiknya, Mahathir terus ‘berwirid’ mencanangkan nama DS Najib dengan label yang amat jijik dan hina seperti “penyamun, perompak, pencuri, penyangak, pembunuh dan penzina” (sila rujuk MalaysiaToday, Malaysian Gazette, SarawakVoice, YouTube)

Lebih daripada itu Mahathir juga telah mengutuk keturunan DS Najib sebagai ‘Lanun Bugis’ sehingga membangkitkan kemurkaan ‘Raja-Raja Melayu’ serta kaum Bugis di Malaysia.

Sebaliknya Mahathir lupa asal-usul keturunan dia yang jelas tercatat pada kad pengenalan bapanya, yang menjadi lelucon bangsa Melayu sebagaimana yang dicatatkan oleh Tun Seri Lanang dalam ‘Sulalatus Salatin’.
Tidakkah dalam akhlak dan adab agama Islam, umatnya dilarang mengutuk saudara se-Islam yang lain?
Jika nafsu serakah yang tamakkan kuasa dan kekayaan dunia sekalipun janganlah pentas politik, dijadikan tempat untuk menghina dan mengutuk orang lain.
Namun apa yang rakyat lihat, sikap dan perangai ‘manusia dari benua Keling’ sebagaimana wacana Tun Seri Lanang terlalu ekstrem dalam diri PM4, PM7 dan mungkin PM9, PM10, PM11, PM12 selagi Izra’il belum menjemputnya ke kubur.
Terkini dalam program ‘Bersatu Blackout,’ yang berlangsung di Alor Star, Mahathir dan anaknya DS Mukhriz tidak pula mengangkat agenda baru bagi penambahbaikan negara, sebaliknya mereka berdua masih ‘mabok’ menghina dan mencaci DS Najib, seakan-akan ia merupakan wirid berkesan untuk memulihkan kembali kuasa PH yang telah tumbang pada Mac lalu.
Nampak terang lagi bersuluh, Mahathir cuba menggunakan teknik propaganda Yahudi sebagaimana didakwa oleh Adolf Hitler.

Ironinya kes 1MDB yang mengheret DS Najib ke mahkamah masih berjalan yang nampaknya cenderong untuk diterjemahkan sebagai fitnah dan dakyah ke atas tertuduh.
Lantas tidakkah segala kenyataan ‘wirid’ yang diulang-ulang dan dilaungkan oleh Mahathir dan anaknya itu boleh diterjemahkan sebagai ‘subjudis’ kepada penghakiman kes?
Bagaimana pula dengan pendedahan bekas Peguam Negara, TS Apandi Ali tentang ‘orang suruhan’ Mahathir, DS Gopal Sri Ram, yang diarah untuk menangkap DS Najib tanpa ada apa-apa alasan perundang-undangan?
Anehnya Sri Ram itulah yang diangkat menjadi pendakwaraya terhadap kes DS Najib.

TS Apandi Ali mendedahkan seperti berikut:

Hebatnya kuasa politik yang terbuka luas untuk disalahgunakan.
Terserahlah kepada rakyat, sama ada teknik propaganda Yahudi yang menggunakan “pembohongan dan kepalsuan yang diulang dan ulang itu akhirnya akan dipercayai benar” akan berjaya meracuni pemikiran mereka.
Lantas adakah wirid Mahathir dan anaknya di Alor Star itu akan terus ‘membunuh’ karektor DS Najib sebagai PM yang telah berjaya mengangkat ekonomi cemerlang Malaysia, sebaliknya dipunahkan oleh PH?
*****
Tinggalkan Jawapan