(Video) CONTENG MURAL PEMIMPIN: SULTAN SELANGOR MURKA

BERITA SISIPAN

KAKITANGAN MBSA mengecat lukisan mural pemimpin yang diconteng pihak tidak bertanggungjawab -FOTO Hazreen Mohamad

Ruwaida Md Zain, am@hmetro.com.my

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan sangat dukacita dengan perbuatan vandalisme terhadap mural pemimpin negara yang berlaku di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam.

Istana Selangor dalam satu kenyataan berkata, Sultan Sharafuddin bertitah, contengan kata-kata kesat di lukisan mural gambar Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Ketua Pengarah Kesihatan serta beberapa pemimpin lain itu sebagai perbuatan sangat biadap.

“Baginda juga kesal dan kecewa kerana kejadian ke atas sebuah hasil karya seni berlaku di Selangor.

“Baginda menghargai karya seni pelukis tempatan seumpamanya,” titah baginda hari ini.

Sultan Sharafuddin juga berpandangan kejadian ini bukan dilakukan oleh orang kurang siuman atau budak-budak nakal, tetapi lebih kepada bermotifkan politik kebencian.

“Baginda berharap pelaku dapat ditangkap segera dan dihadapkan ke muka pengadilan,” titah baginda.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dalam satu kenyataan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 / 427 Kanun Keseksaan.

Baharudin berkata, laporan polis dibuat oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 11.53 pagi di Balai Polis Seksyen 6.

“Pihak MBSA juga bertindak membersih dan mengecat semula dinding berkenaan,” katanya.

Beliau juga meminta orang awam yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkan kepada Asisten Superintendan Yong Meng Heng di talian 019-5753399 atau balai berhampiran.

Kira-kira 7 pagi tadi, orang awam yang melalui lokasi itu terkejut apabila melihat gambar pemimpin negara terutamanya Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diconteng dengan kata-kata kesat.

Selain baginda, potret yang turut diconteng ialah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Pengarah Pengarah, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mural itu turut memaparkan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta dua selebriti tanah air iaitu pelawak, Allahyarham Abam Bocey dan Allahyarham Pak Yus (Jambu).

Harian Metro

Sementera itu kami juga ingin berkongsi video CCTV yang dimuat naik oleh Michael Gaming berdurasi 2:20 yang menunjukkan dua wanita yang tidak bertanggungjawab menconteng mural besar pemimpin PN itu.

Dimuat naik daripada YouTube yang disiarkan oleh Michael Gaming.

Walau bagaimanapun telah heboh dan tertular dalam FB tentang wanita dalam video berkenaan adalah mirip dengan wanita yang pernah heboh mengutuk PM pada Mac lalu.

Netizen tidak boleh wewenangnya berprasangka, serahkanlah kepada pihak polis untuk mengesan dan menentukannya.

Editorial, Korek Bongkar Dedah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: