(Video) DIA MENIPU RAKYAT, CUCU PUN MENIPU JUGA

RENCANA UTAMA

Oleh Dr Mamat Desa

Melayu sahaja yang pemalas, tetapi ‘Mamak’ tak pemalas, Cina tak pemalas, cuma mungkin mereka pandai menipu.

Rakyat ditipunya dengan dongeng bahawa negara akan bankrap. Dia menjaja sana-sini kerajaan kleptokrat berhutang RM1 trilion, tapi akhirnya dalam Bajet 2019, Menteri Kewangan yang juga cuba menipu latar akademiknya sebagai ‘akauntan bertauliah’ telah tanpa sedar mendedahkan hutang negara ketika BN berkuasa hanyalah RM686 bilion.

Dia menipu rakyat bahawa SST adalah terbaik manakala GST mencekik leher rakyat, tetapi kemudian mahu menggunapakai GST, kerana SST tidak menjamin harga barangan keperluan rakyat akan turun.

Begitulah sifat orang yang mudah lupa dengan penipuannya.

Itu satu isu. Isu yang lebih besar lagi ialah dia berkuasa selama hanya 22 bulan sahaja, tetapi hutang negara bertambah hampir RM400 bilion.

Jika BN berkuasa selama 60 tahun, berhutang dan berusaha melangsaikannya sehingga baki terkini ialah RM686 bilion, tetapi dia berkuasa hanya selama 22 bulan, telah berhutang hampir sejumlah RM400 bilion.

Malahan ketika PH berkuasa, dia telah menjual aset negara sejumlah kira-kira RM2 juta setiap satu jam. Tapi rakyat sehingga hari ini tertanya-tanya ke mana perginya hasil jualan aset negara itu? Dalam soal ini pun dia menipu lagi.

BN berhutang dengan kadar yang normal dengan nisbah 48.7% berbanding KDNK, tetapi dia berhutang nisbah 55% berbanding kadar KDNK.

Daripada laporan media, setelah dia ditabalkan sebagai PM ke-7, dia telah melantik dirinya sebagai Pengerusi Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB) pada 28 Jun 2018.

YBP adalah pemilik kepada Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Dengan autoriti yang dimilikinya dia telah melantik pula Tan Sri Dr. Zeti sebagai Pengerusi Kumpulan PNB berkuat kuasa 1 Julai 2018 selepas Tan Sri Abdul Wahid Omar bersara pada 30 Jun 2018.

Tan Sri Zeti kemudiannya melantik cucu saudara PM Ke-7, Abdul Jalil Rasheed sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PNB. 

Sudah tentulah TS Zeti tidak akan mengaku bahawa dia diarahkan melantik cucu PM ke-7 sebagai CEO PNB.

Hari ini cucu kepada PM ke-7 yang telah dilantik sebagai CEO PNB itu, terpaksa meletakkan jawatannya, kerana timbul kontroversi bahawa dia memiliki ijazah berbeza dengan apa yang didakwanya ketika dilantik sebagai CEO.

Wajarlah cucu PM ke-7 dengan rela hati meletakkan jawatan CEO dengan gaji lumayan beratus ribu sebulan (ada CEO GLC bergaji RM900 ribu sebulan inikan pula PNB), kerana jika tidak, maka dia akan ditendang begitu sahaja oleh kepimpinan baharu negara, setelah PH tumbang.

Dahulu dia PM ke-4 dan kemudian diangkat menjadi PM ke-7, juga tanpa berlapik mengatakan Melayu pemalas.

Entah apa yang dimaksudkannya ‘Melayu pemalas’ itu?

Adakah Melayu tidak kaya seperti peniaga Cina yang kuat menipu dan Mamak yang juga terkenal sebagai pembelit (sejak zaman Melayu Sulalatus Salatin lagi seperti Raja Mandeliar), maka boleh digeneralisasikan sebagai Melayu Pemalas. Generalisasi sedemikian menyebabkan rakyat daripada kaum Melayu amat marah.

Kemudian dalam Kongres Maruah Melayu, lagi sekali di atas pentas dia menghina kaum Melayu dan maruah Melayu, mengatakan Melayu pemalas, sedangkan kongres itu hendak mengangkat maruah Melayu. Nyanyuk agaknya kerana tidak tahu objektif dan matlamat kongres!

Mungkin juga kerana dia bukan Melayu tapi tebal dengan darah Kutty Kerala India daripada keturunan bapa dia.

Melayu tidak kaya kerana matlamat hidup kaum Melayu-Islam bukanlah kekayaan dunia semata-mata.

Melayu-Islam mencari keredaan Allah dalam hidupnya kerana kekayaan yang dituntut Allah ialah kekayaan amal ibadat, iman dan tauhid sebagai pelaburan akhirat.

Melayu-Islam tidak ekstrem dengan nafsu serakah untuk kaya dengan harta benda, membolot kuasa, sehingga sanggup membeli kilang arak demi kekayaan dunia, lantas menonjolkan diri sebagai ‘rajin’.

Melayu-Islam tidak juga menipu menggunakan harta kerajaan dan rakyat, untuk membolot kekayaan melalui nepotisme, kronisme dan kolusi sehingga negara menjadi negara kakistokrasi dikuasai manusia-manusia mabuk kuasa tapi ‘bodoh’ dalam soal pengurusan negara.

Sebaliknya kakistokrat hanya pandai menonjolkan diri dengan ijazah palsu, sijil palsu sedangkan ilmu di kepala ‘kosong’, tetapi nafsu membolot kekayaan bagaikan khinzir kelaparan.

Menurut media, terdapat lima pemimpin (dan bekas pemimpin) PH yang menipu latar akademik mereka.

Maka layaklah negara dilabelkan sebagai negara kakistokrasi yang dipimpin oleh manusia-manusia ‘tidak berilmu’ sebaliknya hanya pandai beretorik taraf longkang.

Tapi kami percaya ada ramai lagi yang sijil mereka dalam kalangan pemimpin PH yang tidak diiktiraf pihak MQA.

Tidak hairanlah kemelut sijil palsu telah terbawa-bawa kepada kemelut kad pengenalan palsu yang dijual oleh pembelot negara dengan tujuan membolot kekayaan.

****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: