
RENCANA UTAMA
Oleh Dr Mamat Desa
Pada sesi pertama Sidang Dewan Parlimen ke-14 Julai 2020, DS Bung Moktar telah menempelak Tun Mahathir sebagai pemimpin yang bertanggungjawab membentuk UMNO selama 22 tahun dia berkuasa.
Lantas mengapa pula dia harus mengutuk UMNO?
DS Bung Moktar berhujah sedemikian setelah Mahathir mengatakan bahawa dia tidak boleh bekerjasama dengan PN kerana dalam PN ada UMNO, dia menolak UMNO.
Ironinya Mahathir lupa bahawa UMNO dan pemimpin Melayu parti keramat itulah yang telah mengangkat dan membelanya sebagai PM ke-4.
Sepatutnya dalam tempoh 22 tahun itu UMNO telah mencampak dia ke luar jika tidak ke penjara, kerana terlalu banyak penyelewengan kuasa dan korupsi yang telah terbangkit daripada persepsi penganalisis politik dan juga pada mata rakyat.

Malahan Mahathir juga dilihat bertanggungjawab ke atas pembunuhan penduduk kampung Memali, dan dia juga didakwa oleh CIA terbabit dengan kematian akauntan Jalil Ibrahim, di Hong Kong dalam kes skandal BMF. Kematian Ketua Menteri Sabah, Tun Fuad Stephen dan rombongan Menteri Sabah dalam tragedi ‘Double 6’ juga masih menjadi tanda tanya rakyat Sabah.
Kontradiknya ada pihak yang masih mahu mendewa-dewakan Mahathir, dan menyerang DS Bung Moktar sebagai biadap terhadap mantan PM4 dan PM7 yang kini menyimpan pula cita-cita menjadi PM9.
Namun bagi sesetengah pengkritik pula, mereka melihat bahawa, orang yang biadap tidak boleh dilayan dengan penghormatan, tetapi harus dilayani dengan kebiadapan juga, supaya dia sedar dan insaf.
Sebagaimana kata DS Nazri Aziz, tiada layanan istimewa untuk Mahathir dalam Dewan Rakyat.

Lebih daripada itu, apa yang rakyat perhatikan, di luar dewan sekalipun Mahathir tidak lagi didewa-dewakan sebagai pemimpin idola, sebaliknya kajian kuantitatif telah menunjukkan bahawa populariti Mahathir telah jatuh merudum.

Nobleman Creation sebagai contoh, telah menjalankan kajian tentang populariti beberapa pemimpin politik utama negara.
Kajian yang mengambil kira dua garis masa iaitu pada Mei 2018 dan pada Jan 2019 telah mendapati bahawa DS Najib Razak mendahulu pemimpin lain iaitu Mahathir, DS Hadi Awang dan DS Anwar Ibrahim dengan skor 6.7 juta walaupun terdahulu pada Mei 2018, Mahathir mendahuluinya dengan kelebihan skor 2.1 juta.

Kemudiannya terbukti signifikannya kajian tersebut apabila Mahathir telah meletakkan jawatannya sebagai PM7 pada Februari 2020 kerana sebagaimana dia dakwa, tiada lagi sokongan kepadanya daripada pemimpin PH.
Adakah Ahli Parlimen Kinabatangan, DS Bung Moktar Radin bersikap biadap terhadap Tun Mahathir, apabila dia memaklumkan kepada sidang dewan bahawa peletakan jawatan Dr Mahathir telah menyebabkan pembubaran parlimen dan membawa kepada pemilihan Perdana Menteri baharu?
“Semua punca daripada Langkawi (Mahathir). Agong sudah nasihat tapi dia nak berhenti juga. Kami terpaksalah cari PM lain.
“Dulu Tun lantik Latheefa Koya dan Tommy Thomas, kita tidak pertikaikan pun, sama saja dengan kita pilih Speaker (Dewan Rakyat),” bidas Bung Moktar.
Kenyataan balas Bung Moktar itu telah menyebabkan Mahathir terdiam dan terus terduduk tanpa meneruskan hujah pencelahan.
Anehnya tiada sesiapapun dalam kalangan ahli parlimen pembangkang yang cuba mempertahankan atau mencelah bidasan Bung Moktar terhadap Mahathir, sebaliknya terdengar riuh gelak-ketawa yang bagi sesetengah penganalisis diterjemahkan sebagai penghinaan ke atas Mahathir.
Bagi sesetengah pengkritik, Mahathirlah yang sebenarnya biadap. Dia biadap dengan PM Pertama Tunku Abdul Rahman Putra, dia menekan Tun Hussien Onn sehingga beliau seperti dipaksa meletakkan jawatan, dia biadap ke atas Tun Abdullah Badawi, dia biadap terhadap DS Najib, dan terkini, dia melabelkan TS Muhyiddin Yassin sebagai ‘pengkhianat’, sebaliknya dialah yang dilihat sebagai pengkhianat kepada PH.
Antara sumber yang dapat kami petik, adalah seperti berikut:
- Mahathir maki Tunku Abdul Rahman
- Mahathir kutuk PM ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi

- Mahathir hina DS Najib apabila rakyat bersalaman dan mencium tangannya

- DS Najib dikutuk dengan label ‘lanun bugis’
- TS Muhyiddin dihina sebagai pengkhianat

- UMNO dicaci sebagai pengkhianat

Bukan setakat itu sahaja, pada 2019, Mahathir juga telah mengutuk Perdana Menteri India yang diterjemahkan sebagai cuba masuk campur isu politik dalam negara itu.
Akibatnya pengimport minyak sawit di India telah memboikot dagangan minyak sawit dengan Malaysia yang memberi dampak yang amat buruk kepada peladang kelapa sawit negara.
*****
Tinggalkan Jawapan