(Video) PAKATAN HARAPAN SEDANG NAZAK

RENCANA UTAMA

RAKYAT masih ingat lagi bagaimanakah penyokong PH serta pemimpin mereka yang sombong, bongkak, pemfitnah dan pembohong menggunakan pelbagai saluran media untuk mengindoktrinasikan pemikiran (memukau minda) rakyat bahawa UMNO sudah mati dan UMNO sudah ditalkinkan.

Malah mereka mempermainkan foto yang memaparkan mayat yang diselimuti oleh panji-panji UMNO.

Adakah ini satu penghinaan terhadap UMNO?

Hakikatnya mereka telah termakan dengan propaganda dan pembohongan PH-DAP tentang isu 1MDB, pembunuhan Altantunya, hutang negara RM1 trilion, negara akan bankrap (muflis), GST membebankan rakyat dengan cukai 6% sedangkan SST merompak rakyat dengan cukai 16%, janji hapuskan tol, janji hapuskan PTPTN, janji hapuskan hutang peneroka FELDA, janji 1 juta tawaran pekerjaan, dan macam-macam lagi fitnah, pembohongan dan janji kosong PH-DAP.

Lantas, kerana fitnah, pembohongan dan janji palsu itu semua, BN-UMNO kalah pada PRU14.

Namun setelah PH memerintah selama 22 bulan, Allah dedahkan segala pembohongan, fitnah, dan janji palsu PH-DAP.

Saban hari khalayak media melihat berita parti komponen PH dilanda musibah, ahli-ahli keluar parti, manakala cawangan dan bahagian dibubarkan.

Kontradiknya dengan tuduhan dan fitnah bahawa UMNO akan ditalkinkan, apa yang rakyat lihat hari ini ialah nazaknya PKR, Tun Mahathir ditendang keluar Bersatu, PH juga nazak apabila pembangkang berpecah-belah, PAN yang tidak laku, dan DAP dibenci oleh kaumnya sendiri, sedangkan UMNO terus kukuh dan utuh.

Malahan Majlis Presiden PH sendiri mengakui bahawa Pakatan Harapan telah hilang sokongan rakyat. Dengan itu tidak usahlah pemimpin PH menjerit-jerit mahu ‘mandat rakyat’ dikembalikan kepada mereka.

Kini rakyat sedang ghairah menunggu parlimen dibubarkan dan ingin menyaksikan parti manakah yang akan dikuburkan dalam kalangan PH.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: