(Video) WARTAWAN ALJAZEERA TERIMA UGUTAN BUNUH DI LUAR NEGARA, TAPI MASIH TIDAK INSAF

RENCANA UTAMA

Oleh Dr Mamat Desa

Dokumentari ‘Locked Up in Malaysia Lockdown’ terbitan AlJazeera yang dihoskan oleh Mehdi Hasan telah dibantah oleh 343 ribu (setakat 15 Julai) pengguna YouTube meskipun ruang komentar ditutup.

AlJazeera akan sentiasa beretorik dengan hak asasi manusia, namun lupa tentang kedaulatan dan maruah sesebuah negara, sebaliknya cuba mencari populariti dengan generalisasi dan premis genjot yang mereka dongengkan.

Mereka lebih suka menangguk di air keruh, mengambil kesempatan atas penderitaan rakyat dan negara yang sedang dilanda konflik, tanpa menyelidik secara profesional dan menyeluruh.

Tidak hairanlah apabila ada wartawan AlJazeera yang telah menerima ugutan bunuh di Arab Saudi, di Jordan dan beberapa negara lain di Timur Tengah serta Semenanjung Parsi.

Terdapat wartawan AlJazeera yang telah dipenjarakan di Guantanamo, beberapa lagi ditahan dan diseksa di Abu Gharib dan ramai juga wartawan AlJazeera yang diheret dan dihukum di mahkamah, disiasat, diharamkan, dan dihalau daripada negara liputan. Malahan ada negara yang menggesa pejabat berita AlJazeera ditutup.

Dokumentari ‘Locked Up in Malaysia Lockdown’ condong kepada satu bentuk ‘media framing’ atau pembingkaian media dengan niat buruk untuk menggambarkan ‘kezaliman’ yang diada-adakan ketika negara sedang tercungap-cungap melawan pandemik Covid19 serta kemelut politik.

Mehdi Hasan hanya ‘nampak’ tindakan pihak keselamatan mengawal mobiliti pendatang haram, tetapi dia tidak nampak bahawa Malaysia dijulang di pesada antarabangsa kerana berjaya melawan Covid19 jauh lebih baik daripada negara maju.

Angka kematian akibat pandemik Covid19 di seluruh dunia adalah melebihi 580 ribu sedangkan setakat 14 Julai Malaysia mencatatkan kematian 122 atau 0.02% sahaja.

Maknanya inilah hasil keberkesanan kawalan ketat yang dikuatkuasakan oleh kerajaan melalui PKP untuk mengekang wabak tersebut.

AlJazeera tidak mahu melaporkan bagaimana negara jiran Singapura menderita apabila epicentre pandemik Covid19 yang wujud daripada kluster pendatang asing di negara mereka.

Walau bagaimanapun tindakan pihak berkuasa Malaysia tidaklah sekeras pihak berkuasa di India yang memukul, memaki-hamun dan mencederakan rakyat yang tidak mematuhi perintahan kawalan Covid19.

Namun AlJazeera hanya nampak kawat duri yang mengeliling flat tempat tinggal pendatang haram. Sedangkan mereka tidak pula mahu melaporkan bagaimana kerajaan membekalkan makanan, seperti beras, telur, minyak masak, gula dan sebagainya kepada penghuni kawasan yang dikawal.

Namun apa yang dimusykilkan, AlJazeera cenderung memutar-belitkan fakta dan mengamalkan ‘pembingkaian media’ dengan hanya menyiarkan wawancara terpilih dengan pendatang asing seperti Rayhan Kabir yang mendakwa bahawa pendatang haram dilayan seperti binatang.

Adakah Rayhan lupa bahawa dia adalah tetamu yang tidak diundang, tetapi kemudiannya mengutuk tuan rumah wewenangnya tanpa tahu berterima kasih bahawa rumah ini menjadi periuk nasinya dan tempat dia berlindung?

Kini rakyat Malaysia berasa amat malu dan jijik apabila mereka pergi ke pusat bandar seperti di kompleks Kota Raya KL, yang persekitaranya dipenuhi dengan pendatang asing, sebagaimana rakyat Singapura malu dengan pekerja asing yang bermain kriket dengan memakai kain pelikat di tengah padang.

Pusat bandar di kawasan kompleks Kota Raya, KL, yang kelihatan seperti ibu negara Bangladesh

Mehdi Hasan yang menjadi hos pada dokumentari tersebut pernah mendedahkan bahawa dirinya adalah penganut Syiah yang pastinya datang ke negara ini dengan penuh buruk sangka kerana bumi Malaysia ini adalah tempat bermastautinnya umat Islam Ahli Sunnah Wal Jam’ah yang menganggap Syiah sebagai fahaman sesat dan haram.

Mehdi Hasan adalah penganut fahaman sesat Syiah

Kita juga sangsi dan curiga, adakah Mehdi dan AlJazeera diupah oleh pihak tertentu untuk membangkitkan persepsi buruk terhadap kerajaan, di tengah-tengah kemelut politik dan agenda pihak pembangkang yang mahu ‘merampas kuasa’?

Sebagaimana kata bekas Ketua Editor, New York Times, John Swinton,“We are the tools and vassals of rich men behind the scenes. We are the jumping jacks, they pull the strings and we dance. Our talents, our possibilities and our lives are all the property of other men. We are intellectual prostitutes.”

Adakah Mehdi Hasan juga merupakan ‘pelacur intelektual’ yang menjadi boneka dan alat propaganda kepada seseorang di sebalik tabir?

Tidak hairanlah apabila DS Najib Tun Razak meninggalkan wawancara AlJazeera apabila hos yang sepatutnya membicarakan soal ekonomi, telah dengan biadapnya bertanya tentang pembunuhan Al-Tantunya yang tiada kena-mengena dengan DS Najib sebaliknya merupakan pembingkaian media untuk membangkitkan persepsi genjot khalayak.

Walau apapun pandangan mereng AlJazeera dan Mehdi terhadap Malaysia, kerajaan membelanjakan RM3.5 juta sebulan untuk makan-minum pendatang haram di pusat tahanan sebelum mereka dihantar pulang ke negara asal.

*******

Advertisement

2 thoughts on “(Video) WARTAWAN ALJAZEERA TERIMA UGUTAN BUNUH DI LUAR NEGARA, TAPI MASIH TIDAK INSAF

Add yours

  1. Aljazeera sebelum ini dikuasai orang beriman. Kini aljazeera dikuasai musuh islam. Sesuailah aljazeera ditukar kpd nama aljahiliah. Wartawan mereka musuh islam. Mereka ditugaskan untuk merobohkan negara negara kerajaan islam.

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: