(Video) DAP GANGGU SIASATAN, KES LTTE MESTI DIBUKA SEMULA

RENCANA UTAMA

Oleh Dr Mamat Desa

Ketika DAP-PH berkuasa, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay adalah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman yang mengendalikan kes pengganas LTTE.

Dua belas suspek termasuk dua ADUN DAP dari Negeri Sembilan dan Melaka telah disyaki terlibat dengan perjuangan kumpulan LTTE. 

LTTE adalah kumpulan pengganas antarabangsa yang telah membunuh ribuan orang awam yang tidak berdosa.

Tindakan ekstremis mereka dalam tragedi pemubunuhan massa di Masjid Kattankudi yang meragut 147 nyawa umat Islam ketika sedang bersolat Isya, adalah tindakan ganas mereka yang tidak berperikemanusiaan.

Sekitar 30 gerila LTTE telah menyerbu empat masjid serentak di bandar Kattankudi ketika lebih 300 orang sedang sujud ketika solat Isyak.

Amat wajarlah sekiranya 32 buah negara telah mengisytiharkan LTTE sebagai pengganas.

TRAGEDI PEMBUNUHAN AWAM YANG TIDAK BERDOSA OLEH PENGGANAS LTTE

Namun di Malaysia, golongan penyokong LTTE ini seperti diberikan layanan istimewa oleh bekas Peguam Negara, Tommy Thomas yang merupakan konco DAP-PH.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy pernah dihebohkan sebagai aktivis LTTE.

Video majlis LTTE menunjukkan betapa bahayanya LTTE dan Ramasamy, kerana mereka mempunyai potensi untuk mewujudkan keadaan huru-hara untuk mengganggu keamanan negara yang berbilang kaum ini.

P Ramasamy, ADUN DAP, yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri II, Pulau Pinang, didapati sering mengeluarkan kenyataan tentang Tamil Nadu yang menjadi pusat LTTE.

P Ramasamy memuja AK47, salah satu amalan pemujaan pengganas LTTE

Adakah pengaruh LTTE melalui P Ramasamy sudah meresap masuk ke dalam parti DAP, parti komponen PH?

Semasa dua ADUN DAP ditahan oleh pihak polis kerana siasatan pembabitan mereka menyokong pengganas LTTE, Lim Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan bahawa “Polis memberi jaminan tiada pemimpin DAP yang ditahan selepas ini berkaitan siasatan isu kumpulan pemberontaj Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).”

Datuk Ayob Khan telah menegaskan bahawa pihak PDRM tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengatakan bahawa mereka akan memberhentikan siasatan ke atas pemimpin DAP.

Adakah pemimpin DAP- Lim Guan Eng fikir bahawa mereka akan diberikan layanan istimewa kerana mereka mendominasi kerajaan PH?

“Tidak ada sebab kenapa kita perlu menghentikan siasatan kita. Adakah ini sebab parti DAP kita perlu hentikan siasatan? Tidak daripada saya,” katanya Ayob Khan dalam satu sidang media khas di Bukit Aman.

Menteri Sumber Manusia ketika itu, Kula Segaran yang juga pemimpin DAP, telah mendakwa bahawa tangkapan suspek LTTE ada kaitan dengan Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai, tetapi Ayob membidas pandangan genjot ahli politik DAP yang sentiasa berprasangka.

Ayob menegaskan bahawa pihak PDRM tidak memilih bulu baik DAP, PKR DAP PAS UMNO atau apa jua latar parti politik mereka.

Anehnya kes ini ditutup begitu sahaja oleh Tommy Thomas yang merupakan bekas peguambela Lim Guan Eng dalam kes ‘rasuah rumah banglo’ yang juga telah digugurkan sebaik sahaja DAP-PH berkuasa selepas PRU14.

Malahan Tommy juga adalah peguambela Ketua Parti Komunis Malaya dalam buangan, Chin Peng, yang cuba menuntut untuk kembali ke Malaysia.

Dalam satu wawancara dengan media, Datok Ayob Khan telah mempersoalkan kenapakah pemimpin DAP cuba memberikan tekanan kepada pihak polis apabila dua ADUN mereka terbabit dengan pengganas LTTE?

Cawangan Khas, PDRM telah menangkap puluhan aktivis Jemaah Islamiah, dan Daesh, tidak ada seorang pun ahli politik, baik daripada PAS mahupun UMNO yang mempersoalkan tindakan PDRM.

Tapi apabila pihak polis menangkap dua ADUN DAP, ia menjadi isu sehingga mereka hendak meminda undang-undang.

Adakah orang seperti Lim Guan Eng dan Kulasegaran berfikir bahawa DAP adalah kelompok kasta tinggi yang mulia dan kebal dari segi undang-undang?

Sewajarnya ahli politik tidak campur tangan ke atas kerja-kerja polis yang mahu menjalankan tugas menegakkan undang-undang.

Keputusan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas yang menggugurkan pertuduhan terhadap 12 suspek penyokong LTTE adalah atas alasan yang lemah, seolah-olah memperlekehkan kebolehan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tommy sepatutnya bertindak memberikan keadilan melalui proses mahkamah, bukan berdasarkan budi bicara sendiri.

Tindakan Tommy telah membangkitkan persepsi salah guna kuasa.

Walaupun Menteri Dalam Negeri ketika itu, telah bertegas menolak permintaan Tommy Thomas bagi menilai semula kedudukan LTTE dalam senarai pengganas, tetapi Tommy telah menggunakan kuasa wewenangnya.

Tindakan Tommy juga telah menyebabkan rasa tidak selamat dalam kalangan rakyat negara ini, terutamanya umat Islam.

Sepatutnya Kementerian Dalam Negeri menggunakan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 yang memberikan kuasa kepada Menteri Dalam Negeri untuk menahan tanpa bicara semua suspek LTTE bagi tempoh 2 tahun atau sehingga pihak KDN berpuas hati tiada ancaman keselamatan awam daripada mereka.

Pasti rakyat mahu kes pengganas LTTE dibuka semula supaya PDRM bertindak adil tanpa mengira siapa mereka yang telah mencabuli undang-undang, lebih-lebih lagi kes pengganas.

****

Advertisement

One thought on “(Video) DAP GANGGU SIASATAN, KES LTTE MESTI DIBUKA SEMULA

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: