
RENCANA SISIPAN
Oleh Dr Mamat Desa
Lew Chin Tong bekas Timbalan Menteri Pertahanan dan Pengerusi DAP Johor, telah menulis sebuah buku bertajuk ‘The Great Reset’ yang cuba mencanangkan kepada dunia bahawa kerajaan PH-DAP tumbang kerana pihak pembangkang telah memainkan isu perkauman.
Chin Tonglah orangnya yang telah mendedahkan strategi ‘Bumi Hangus DAP’ untuk melemahkan ekonomi negara supaya kerajaan terkemudian yang mengambil alih akan lumpuh dan nazak.
Pada era PH, kementeriannya telah diketuai oleh Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan yang pernah dilabel oleh pengkritik dan penganalisis politik sebagai ‘Menteri Pertahanan terbodoh dunia’ kerana tidak mempunyai latar belakang akademik, baik dalam bidang politik mahupun dalam bidang ketenteraan.

Chin Tong gagal melihat kelemahan PH-DAP dalam mentadbir negara baik dari segi ekonomi, sosial dan pendidikan, sebaliknya cuba menyalahkan BN dengan alasan memainkan isu perkauman dan bersifat konservatif.
Chin Tong mempunyai agenda halus untuk mencanangkan bahawa BN tidak dapat menerima ideologi ‘Malaysia Baharu’ DAP yang cuba mengubah Perlembagaan Persekutuan – khususnya tentang hak kaum Melayu-Bumiputera, Keududukan Raja-Raja Melayu dan agama Islam sebagai agama rasmi negara.
“Perangai DAP dan PH tidak pernah berubah” – kata bekas PM DS Najib Razak ketika mengulas penulisan “The Great Reset” yang dibincangkan dalam portal DAP, ‘The Rocket’.
Chin Tong mendakwa BN sebagai parti konservatif telah membentuk gabungan baharu dan menyerang kerajaan PH dengan mengatakan bahawa kerajaan telah dirampas DAP dan orang bukan-Melayu.
Selain itu Chin Tong mendakwa, BN mencadangkan kepada orang bukan-Melayu bahawa Tun Dr Mahathir Muhamad mengawal segalanya sehingga merugikan orang bukan-Melayu dan strategi tersebut dianggap berjaya.
Tidakkah Tun Mahathirlah yang telah tumbangkan sendiri PH setelah dia meletakkan jawatan sebagai PM dan membubarkan kabinet PH, termasuk membubarkan jawatan Chin Tong sebagai Timbalan Menteri Pertahanan?
Mengulas tuduhan Chin Tong, DS Najib berkata, perangai DAP dan PH tidak berubah sehingga mengeluarkan propaganda untuk menipu rakyat bahawa punca utama mereka tumbang adalah kerana Barisan Nasional (BN) atau Muafakat Nasional (MN) yang dikatakan telah memainkan isu politik perkauman.
Hujahnya lagi PH sibuk mengusahakan komik propaganda politik berunsur komunis untuk diberikan secara percuma di sekolah-sekolah seluruh Malaysia, sedangkan rakyat meminta supaya negara ditadbir dan dijaga dengan baik.

Dari segi ekonomi, Najib mengulas eksport negara bertukar daripada pertumbuhan dua angka menjadi negatif dan pasaran saham bertukar daripada paras tertinggi dalam sejarah menjadi paling corot dalam dunia semasa pemerintahan PH.

PH telah menipu rakyat dengan mengatakan bahawa hutang negara yang ditinggalkan oleh BN adalah RM1 trilion, sedangkan hakikatnya ialah RM686 bilion sebagaimana Guan Eng dedahkan dalam laporan Bajet 2019.
BN mengendalikan hutang negara RM686 bilion itu setelah mentadbir negara selama 60 tahun, malangnya PH mentadbir negara hanya 22 bulan tetapi hutang PH adalah RM300 bilion!

Malah pelaburan asing jatuh menjunam dan aliran dana asing yang masuk ke pasaran saham Malaysia bertukar menjadi dana keluar.
Tegas Najib lagi PH tidak pernah berubah dan sering menipu rakyat sama ada sebelum dan semasa menjadi kerajaan, mahu pun selepas tumbang.
Perkara yang paling menggusarkan ialah perasaan rakyat yang tidak bahagia semasa era PH sebagaimana indeks kajian yang dikeluarkan PBB.
PBB melaporkan Indeks ‘Kebahagiaan Rakyat’ Malaysia jatuh dari tangga 35 kepada 80.

Oleh itu ‘The Great Reset’ secara literal adalah satu wacana yang benar kerana negara mengalami gejala ‘reset’ daripada kedudukan ekonomi kedua terbaik Asia Timur kepada kedudukan tercorot dan memalukan, sehingga pencapaian Vietnam dan Thailand yang selama ini ketinggalan di bawah Malaysia, dilihat jauh lebih baik, manakala rakyat hidup dalam kemurungan dan tidak bahagia sewaktu PH-DAP berkuasa.
****
Sial punya komunis..!
LikeLike
Bangsa komunis DAP paling RASIS dalam dunia.
LikeLike
DAP dan PH dah cuba utk menjahanamkan bangsa dan tuan tanah.. tak serik lagi atau mahu rasa tindakan yg lebih drastik lagi
LikeLike
Memang benar apa yg dijelaskan oleh Dato sri Najib.D4p ph menipu rakyat dan rakyat bukan sahaja tidak bahagia. keharmornian antara kaum didalam negara menjadi sangat teruk berbanding sebelom D4p ph memerintah.Malah amat marah apabila sering kali isu menghina agama Islam oleh puak china dan India yang tidak mengenang budi.
LikeLike