VIDEO – DAP GUNA WANITA MUDA MELAYU UNTUK ‘SCREW’ MELAYU

RENCANA UTAMA

Editorial

DAP diserang hebat dengan kenyataan Hew Kuan Yau ‘use Malay to screw Malays’ atau ‘gunakan Melayu untuk jahanamkan Melayu,’ ketika berkempen untuk calon Melayu DAP, Abdul Aziz Isa dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ketika menentang calon Melayu yang lain.

Kemudian orang sama, Hew Kuan Yau telah menerbitkan komik yang lewah dengan agenda halus ideologi komunisme DAP untuk mengindoktrinasi pemikiran generasi muda.

Bukan itu sahaja, Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming juga dalam ceramah politiknya telah mendedahkan bahawa DAP mempergunakan Tun Mahathir untuk menarik sokongan Melayu dalam PRU14.

Malahan bagi kaum Cina DAP, Mahathir hanyalah kuda tua tunggangan untuk membawa DAP kepada matlamatnya dalam strategi merampas Putrajaya.

Lebih daripada itu, Nga Kor Ming telah menghina Mahathir dengan kenyataan bahawa “Orang tua itu akan mati tidak lama lagi dan akan bertemu sahabatnya Lee Kuan Yew di kubur untuk sama-sama bermain mahjong.”

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P.Ramasamy pula dalam ceramah kempen DAP berkata bahawa DAP tidak akan lupa segala kejahatan yang telah Mahathir lakukan selama ini, tetapi DAP hanya mahu menggunakan Mahathir untuk raih undi Melayu pada PRU14.

Lantas dengan ‘menggunakan Melayu untuk menjahanamkan Melayu’, DAP dan konco-konconya telah berjaya merampas Putrajaya daripada kuasa politik Melayu semasa PRU14.

Akibatnya dengan rakus mereka cuba menghancurkan ekonomi kaum Melayu melalui strategi ‘Bumi Hangus’ apabila ekonomi institusi Melayu dilemahkan, segala bantuan kepada golongan miskin yang majoritinya kaum Melayu ditarik balik dan penjawat awam yang majoriti besarnya kaum Melayu, telah dibuang kerja.

Aset Tabung Haji yang merupakan pelaburan 9.3 juta pencarum umat Islam dengan rakusnya dijual dengan kerjasama kaldai-kaldai DAP.

Hari ini merata-rata dalam media sosial terutamanya FB, DAP menggunakan pula wanita cantik Melayu untuk menarik sokongan.

Sasaran mereka adalah kaum muda yang masih mentah dan jahil dengan strategi DAP untuk menjahanamkan kuasa politik Melayu dan golongan yang tidak tahu sejarah DAP yang diwujudkan oleh tokoh gerila komunis yang merupakan pendatang China.

Mungkin inilah generasi baru DAP yang lahir daripada Sekolah Demokrasi yang ditubuhkannya untuk mengindoktrinasi pemikiran kaum muda Melayu dengan ideologi DAP.

Sekolah demokrasi DAP telah berjaya melahirkan lebih 600 graduat Melayu sejak ditubuhkan pada 2012 dan DAP amat bangga kerana sekolah demokrasi itu telah berjaya melahirkan tokoh muda seperti Syefura Othman, Dyana Sofya dan Edry Faizal Eddy Yusof. 

Lihatlah bagaimana minda acuan graduat Sekolah DAP yang menganggap peristiwa berdarah 13 Mei sebagai dongeng.

Hakikatnya demokrasi dalam kurikulum sekolah demokrasi DAP cuba melupakan kontrak sosial dan toleransi kaum Melayu yang bersetuju menerima pendatang kaum Cina dan India sebagai warganegara Malaysia.

Sekolah Demokrasi DAP yang menggunakan kurikulum anti-sistem Demokrasi Raja Berperlembagaan antara lain menjurus kepada negara ‘Republik Rakyat’ sebagaimana terbentuknya ‘Republik Komunis Rakyat China’ yang menuntut kedudukan sama-rata melalui falsafah ‘Malaysian Malaysia’ sekaligus memadamkan hak Melayu-Bumiputera, kedudukan Raja-Raja Melayu dan agama Islam sebagai agama Persekutuan.

Malahan sebagaimana didedahkan oleh Senator TS Prof Dr Ibrahim Abu Shah, DAP cuba menjadikan Malaysia kerajaan Republik Kristian-Zionis.

Bekas pemimpin DAP daripada kalangan kaum Melayu seperti bekas Naib Pengerusi DAP YM Tunku Abdul Aziz, bekas Pengarah Strategik Melayu-Islam DAP, Mohamad Razali Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi Biro Buruh DAP, Amran Ahmad dan bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Muhd Noor, semuanya telah mendedahkan sikap rasis DAP dan agenda jahat mereka.

Walaupun dalam kepimpinan DAP terdapat seciput kaum Melayu, tetapi telah terbukti wajah-wajah Melayu hanyalah tempelan yang hanya berfungsi sebagai boneka mereka sahaja sebagaimana didedahkan oleh Bekas Timbalan Pengerusi DAP, YM Tungku Abdul Aziz Tungku Ibrahim.

Ironinya DAP telah menonjolkan sikap hipokritnya mereka, apabila sistem pemilihan parti mereka sendiri sering kucar-kacir dan tidak demokratik.

Malahan bekas Menteri Kewangan yang merupakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah membuktikan bahawa DAP telah berjaya merosakkan ekonomi negara, ekonomi kaum Melayu, Bursa KL dan ‘menghalau pelabur asing’ untuk merealisasikan strategi ‘bumi hangus’ DAP.

Sekiranya mereka menolak sistem ‘Raja berperlembagaan’ maka bolehlah mereka bermigrasi ke negara ‘Republik Rakyat’ yang mereka impikan!

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: