(Video) FAHAMAN PLURALISME AGAMA ANWAR AMAT BAHAYA KEPADA UMAT ISLAM

RENCANA UTAMA

Oleh Dr Mamat Desa

Apa jua sangkalannya, DS Anwar Ibrahim telah mengesahkan dirinya sebagai tokoh politik yang mewakili dunia ‘Islam’ tetapi memegang falsafah bahawa ‘semua agama menyembah Tuhan yang sama’ (pluralisme agama).

Mungkin tidak adil untuk menuduh Anwar, sebagai penyokong kebebasan murtad sebagaimana fahaman pluralisme agama.

Namun ucapan Anwar, dan kertas kerjanya yang dibentangkan di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010, bertajuk ‘Religion and Pluralism in a Divided World’ (Agama dan Pluralisme dalam Dunia yang Berpecah-Belah) telah membuktikan bahawa dia mendukung fahaman bahawa semua agama sama, semua tuhan yang disembah adalah sama, lantas pemurtadan adalah halal.

Bagi sarjana pemikiran Islam, seperti Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, intipati ucapan Anwar di LSE menunjukkan bahawa dia adalah penyokong pluralisme agama yang dibawa oleh John Hick (bapa pluralisme agama) dan menggerakkan penyebaran luas fahaman itu yang salah di sisi Islam kerana mengusung idea menyamaratakan semua agama.

Bagi Anwar ‘pluralisme agama’ adalah jalan penyelesaian terbaik untuk mengelakkan perpecahan yang berlaku di dunia hari ini akibat perbedaan fahaman agama.

Pandangan Anwar ini adalah salah kerana bagi El-Muhammady sekiranya diterima falsafah pluralisme itu maka tiada ertinya firman-firman Allah yang menyebut bahawa Al-Quran datang membawa al-haq (kebenaran) dan dengan itu kebatilan akan hilang.

Dengan pandangannya yang sedemikian, maka tidak hairanlah sekiranya Anwar menyokong tindakan murtad Lina Joy suatu ketika dahulu.

Pandangan Anwar itu terungkap dalam wawancara dengan media BBC.

Dengan menyokong perbuatan murtad, maka dengan jelasnya Anwar telah menafikan firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 217, yang marfumnya seperti berikut.

Dengan itu, terdapat asas kukuh yang mendakwa bahawa Anwar adalah penganut fahaman pluralisme agama yang menolak nas Al-Quran dan sunah Rasul SAW dalam isu tauhid yang berkenaan.

Semasa PH berkuasa aliran fahaman Anwar nampaknya menyerap masuk dalam pemikiran pemimpin-pemimpin mereka dan kini wujud kumpulan G25, SIS, Syiah dan pelbagai lagi yang menuntut kebebasan pemurtadan, kebebasan seks luar tabie, kebebasan LGBT, kebebasan minum arak dan sebagainya yang bertentangan dengan akidah Islam.

Anwar juga telah diangkat menjadi salah seorang pemimpin tertinggi Freemason di Asia Tenggara sebagaimana tercatat dalam laman web kumpulan itu yang berpangkalan di Kanada. Namun Anwar telah menafikannya dan membidas bahawa ‘Anwar Ibrahim’ dalam senarai itu adalah orang lain.

Freemason dan sub-golongannya Iluminati, adalah pertubuhan Yahudi yang berkonspirasi untuk mengangkat dan mengindoktrinasi minda (mentaksubkan minda) dengan fahaman pluralisme agama dan liberalisme sosial yang ekstrem kepada masyarakat dunia. Justeru freemason menentang sebarang hukum-hakam agama.

Freemason mangangkat simbol piramid sebagai simbol kemegahannya (mendewakan Namrud), dan simbol ‘mata dewa’ (mata satu) sebagai simbol yang didewa-dewakan.

Namun bagi dunia Islam ‘mata satu’ adalah sifat ‘dajjal’ sebagaimana yang disebut dalam sabda Rasulullah SAW, marfumnya:

Kamu haruslah ketahui bahawa Dajjal itu adalah bermata satu dan Allah tidak bermata satu.”  (Hadis Sahih yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Jilid 3, Musnad Ahmad 57, 1353-1355 dan Muslim, 2930-2931).

Freemason dan Iluminati ini dikatakan telah menguasai Rumah Putih Amerika Syarikat, sehinggakan logo Iluminati telah menjadi lambang dalam wang kertas 1USD Amerika.

Lambang PKR yang selari dengan lambang Freemason-Ilunimati-Yahudi adalah satu komitmen Anwar untuk menyatakan kepada pemimpin Yahudi bahawa dia bertekad untuk bersama-sama mereka memperjuangkan pluralisme agama.

Adakah dengan itu ia mewajarkan logo PKR yang mengangkat ‘mata satu’ sepertimana Freemason mendewa-dewakan ‘mata satu’ sebagai simbol kebanggaan mereka?

Tiada langsung sensitiviti Anwar terhadap lambang ‘mata satu’ PKR yang diterjemahkan oleh musuh politiknya sebagai ‘mata dajjal’.

Lantas, apa yang difikirkan oleh pihak yang melihat keterlibatan Anwar dalam Freemason-Iluminati-Yahudi yang menyokong pluralisme agama adalah amat berasas.

Tidak hairanlah juga apabila dia telah dipenjara kerana disabitkan dengan kes sodomi.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: